Ahad, 21 April 2019

Rasa Dapurku (300) - Masak Lemak Cili Padi Cendawan Tiram


BismillahirRahmanirRahim



Cendawan Tiram menjadi kegemaran kami, pelbagai resepi sudah dibuat dan dikongsi di dalam blog ini. Pertama kali makan Masak Lemak Cendawan Tiram dalam suatu majlis, di mana ianya dihidangkan untuk VIP sahaja. Sedap rasanya walau dimakan tanpa nasi dan aku sudah membuatnya. Caranya sama seperti menyediakan masak lemak cili padi ayam atau daging. Untuk resepi ini aku tidak menumis bahan kisar terlebih dahulu sekadar memasaknya sekejap.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Tiram
Bahan2;
500 gram Cendawan Tiram
10 biji cili padi *(tambah jika mahu lebih pedas)
Kunyit hidup secukupnya*
Bahan * ditumbuk atau dikisar
1 cawan santan pekat
Garam secukupnya
3- 4 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit 
Asam keping/ Buah belimbing (jika suka)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan bahan kisar, serai dan sedikit air ke dalam  kuali. air jangan banyak kerana cendawan akan keluarkan air ketika masak.
2.Masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga hampir masak.
3.Masukkan santan pekat, daun kunyit, asam keping dan garam secukupnya. Kacau sehingga cendawan masak dan kuah menjadi agak pekat. Sentiasa kacau supaya elok masaknya.


Kes kecemasan, boleh ganti daun limau purut jika tiada daun kunyit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...