Ahad, 14 Ogos 2022

Rasa Dapur KakJee (414) - Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang

BismillahirRahmanirRahim



Jantung pisang Awak ni diambil dari laman dapur KakJee. Kali ni besar pula saiznya, maklumlah kemain lama lagi nak berbuahnya. Pokoknya sangat tinggi sehingga tak tercapai dek tangan, terpaksalah suami KakJee guna sabit untuk memotongnya.


Ni haah jantungnya

Rugi pula kalau setakat rebus dan buat ulam, dah biasa sangat. Kali ni KakJee ambil keputusan untuk buat masak lemak cii api pula. Berdasarkan survey di FB, yang mencadangkan kerabu, masak lemak putih dan masak lemak cili api. Yang dua lagi tu dah pernah rasa.

Resipinya diubahsuai dari Negeri Sembilan di mana Kak Jee tambah lada hitam sebab ada kunyit yang sangat berkhasiat kerana  di dalamnya ada kurkumin, sejenis bahan antioksidan.

Namun ianya tidak mudah diserap oleh tubuh. Penggunaan lada hitam dalam masakan yang menggunakan kunyit berfungsi untuk meningkatkan penyerapan bahan baik yang ada dalam kunyit.

Kerana lada hitam ada zat bioaktif, piperine. Bahan ini membolehkan tubuh badan mendapat khasiat yang ada dalam kunyit dengan lebih berkesan.

Resipi Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang
12-15 cili api
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk 
1 cawan santan pekat yang segar
1 helai daun kunyit 
Secubit lada hitam yang ditumbuk
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk tumis 
Sekeping asam keping jika suka

Cara buat
1.Buang lapisan merah jantung pisang sehingga tinggal warna putih sahaja.
2.Belah dua dan hiris nipis, terus rendam dalam air garam.

3.Cili padi dan kunyit ditumbuk atau kisar.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai diikuti dengan bahan kisar dan kacau.
5.Ambil sedikit santan pekat untuk dijadikan santan cair dan masukkan ke dalam kuali. Kacau bagi rata.
6.Masukkan pula jantung pisang yang sudah dibersihkan, masak hingga lembut.
7.Masukkan santan pekat,  garam dan daun kunyit. Kacau hingga mendidih dan pekat. 


Terangkat beb, makan bersama nasi putih, sambal dan ulam raja,
 ikan kering dan ikan goreng. Habislah seperiuk.


Isnin, 8 Ogos 2022

Pesta Buku Negeri Sembilan 2022

BismillahirRahmanirRahim



Ya pesta buku kembali lagi! Kali ini pesta buku adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan diadakan di Mydin Mall Seremban 2. Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd turut serta pada kali ini dan membawa kesemua buku aku ke booth mereka.

Aku memang dah berhasrat untuk ke pesta buku setelah terlepas peluang untuk ke pesta buku negeri Perak dan Perlis yang diadakan pada bulan Julai lepas. Jarak tempat pesta berlangsung daripada 4 hingga 7 Ogos tu pun tak jauh dari rumah. Lebih kurang 1 jam lebih sedikit jika melalui lebuhraya PLUS.

Tup tup dapat pula jemputan untuk aktiviti santai, memang sahlah kena pergi kan. Dua kali juga kami ke sana. Pada hari Jumaat, 4 Ogos untuk meninjau keadaan dan suasana tempat pesta. Terus ambil kesempatan menyaksikan majlis perasmian pada sebelah petangnya, kira-kira pada pukul 3:00 petang.

Laluan ke ruang pesta buku.

Bergambar dahulu dengan boss Pekan Ilmu, Nurul Hidayah.

Tu haah buku kita

Sekitar majlis perasmian. 

Nyanyian oleh jemputan.

Lahu Merdeka yang menceriakan majlis.

Ucapan perasmian sedang berlangsung.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' SeriAmunuddin bin Harun


Aktiviti Santai, 7 ogos 2022

Di atas pentas utama.


Sesi sembang santai bersama moderator, Puan Mawar dari PPAN9

Puas hati dapat memberi penjelasan berkaitan buku-buku yang sudah diterbitkan.

Sahabat dari zaman sekolah rendah yang tinggal di Senawang
sudi hadir menonton aktiviti santai bersama suami. Sukanya.
Puan Nur Aida Abdul Hamid adalah pembeli terawal kesemua
buku travelog dan antologi.


Sebelah petang cik puan Rohaniah Noor, CEO Kasi Terbit dan Pemilik 
Mobile Book Cafe, Tuan Haji Muhamad bin Ali puan ada.

Sebelum balik bergambar dengan staf Pekan Ilmu dan Al- Ameen Serve Sdn Bhd

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, diharap berpeluang lagi untuk memberi sumbangan dalam siri pesta buku seterusnya. Banyak pengalaman yang diraih, semoga memberi manfaat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang telah sudi membeli buku Travelog Arab Saudi : Winter  D'Riyadh untuk koleksi perpustakaan.


Sabtu, 30 Julai 2022

Rasa Dapur KakJee (413) - Rendang Daging Korban

BismillahirRahmanirRahim



Minggu lepas abang KakJee, Abang Mat datang ke Kuala Lumpur kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Seperti biasalah, dia datang bersama dengan buah tangan. Jadi KakJee pun pergilah ke tempat yang dijanjikan.

Tu dia... ada dua guni buah cempedak, pisang, limau kasturi dan bekas plastik yang diisi dengan buah-buahan yang difrozenkan. Ada durian, rambutan dan nangka. Tidak ketinggalan daging korban, bahagian KakJee yang disimpan. 

Semuanya KakJee kongsikan dengan anak-anak buah yang tinggal di Lembah Kelang dengan syarat perlu datang ambil sendiri di rumah KakJee.  

Kebetulan Abang Mat pun belum sempat merasa daging korban kerana masih beku untuk dipotong. Jadi KakJee pun mengambil keputusan untuk buat rendang dan bekukan bahagian Abang Mat. Bila balik kampung naanti bolehlah bagi. Mestila sayang abang sebab dia sentiasa ingat akan adik beradik yang lain dalam semua hal.

Ingat nak buat Rendang Tok tapi biji rempah dan jintan manis tak cukup la pula. Jadi KakJee buat rendang Che Nom. Pernah dah buat rendang ni tapi tak sempat ambil gambar, jadi kita buat sekali lagi.

Resipi Rendang Daging Korban
Bahan2:
1 kilogram daging lembu
2 cawan minyak masak
500 gram santan pekat (ambil sedikit dan campurkan dengan 2 cawan air  - santan cair)
2-3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit dihiris nipis
3-4 helai daun limau purut yang dibuang urat tengahnya
Sedikit gula Melaka
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar 1
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering direbus dahulu
Sedikit serbuk lada hitam

Kisar semua bahan di atas dengan bleder

Bahan kisar 2
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan di atas disangai dan dikisar kering dengan blender

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar 1, kacau sehingga pecah minyak.
2.Masukkan daging, bahan kisar 2 dan lada hitam,  kacau biar rata.
3.Masukkan santan cair, renehkan sehingga daging masak empuk. 
4.Bila daging dah lembut dan agak kering, masukkan santan pekat dan asam keping.
5.Tambahkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut..
6.Masukkan gula Melaka dan garam secukup rasa.

 *Cara potong daging : potong daging ikut arah lawan urat kira-kira 2 inci. Tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.


Selamat Mencuba.

Rabu, 27 Julai 2022

Visit My Malaysia - Cameron Highlands, Pahang (4)




BismillahirRahmanirRahim





Hari keempat ( 8 Julai 2022)

Sebelum checkout dari hotel, kami bersarapan terlebih dahulu dengan Tuan Haji Azman dan keluarga di kafe hotel. Menunya nasi goreng, kuetiau goreng, roti bakar, air teh dan kopi. Aku suka kopinya yang pekat, memang dua cawan la.

Bye, jumpa lagi.

Puan Maria hadiahkan aku jem dan sos strawberi setelah aku serahkan dua buku iaitu Memburu Salju di Langir Sarajevo dan Travelog Eropah 1. Suatu masa dahulu, mereka juga ada kebun strawberi di tapak Restoran TAC tu. Memang puas kami petik strawberi waktu tu. Sekarang dah tak ada lagi, banyak bisnes lain kot.

Sedap

Kami tinggalkan The  Cool Point Hotel dengan harapan akan berkunjung lagi di masa datang. Insya-Allah. Kalau ikutkan hati memang belum puas berada di CH ni.

Dalam perjalanan pulang melalui Simpang Pulai, kami singgah di Cameron Valley Tea menuju ke Bukit Raja. Aku mahu beli hadiah buat jiran. 


Wajah founder Bharat Group. Gambar atas : Shuparshad Bansal Agarwal
yang berasal dari India. Gambar bawah : Pewarisnya iaitu anak beliau,Brijkishore.
Kini diwarisi kepada Dato Kesav dan Dato Vinod.

Berkenan pula dengan set teh, ada teko, dua cawan beserta piring dan sudu,
bekas gula dan bekas susu.

Teh perisa strawberi menjadi pilihan

Kami memang terkejut melihat pembangunan pesat ladang sayur di atas bukit yang tinggi, penuh dengan struktur berbumbung plastik. Di lereng bukit serta di puncak bukit. Risau tengok.

Keadaan jalan pun agak teruk menuju Simpang Pulai, nampak sangat ianya diguna secara intensif. Terasa merbahaya pula dengan menuruni bukit, tidak boleh terlalu laju. Tidak ketinggalan untuk kami singgah membeli petai yang masih segar.

Sampai di Kuala Lumpur jam 3:00 petang. Percutian yang begitu bermakna. Alhamdulillah.


Termia kasih kerana sudi membaca cotretan ini.

Selasa, 26 Julai 2022

Visit My Malaysia - Cameron Highlands, Pahang (3)

BismillahirRahmanirRahim


Hari ketiga (14 Julai 2022)

Suhu jam 7:00 pagi di Tanah Rata sekitar 16 darjah celsius. Aku dan Saffura bersedia untuk  berjalan kaki, kami mengikut laluan yang sama seperti semalam. Tapi tidak singgah di Kampung Taman Sedia, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Brinchang.

Suasana begitu nyaman tatkala menyusuri laluan pejalan kaki dengan pemandangan hutan di sebelah kanan. Tidak terasa mendaki kawasan yang berbukit tinggi kerana suasana begitu menyegarkan. Kelihatan keseluruhan perkampungan Taman Sedia yang agak luas nun di bawah bukit.

Pokok paku pakis yang besar nun di bawah sana

Menghampiri bangunan lama yang begitu terkenal iaitu Smokehouse Hotel , terdapat laluan berupa ranting pokok yang terbiar sehingga menghalang laluan. Aku terjatuh sewaktu mahu menyeberang bagi mengelak halangan tersebut. Terlukalah sedikit kedua belah lututku. 

Selepas kejadian tersebut kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan pintas dengan melalui ke Smokehouse yang seiiringan dengan padang golf. Kagum melihat suasana sekitar Smokehouse yang dijaga rapi dan penuh dengan bunga-bungaan.

Rasa macam nak masuk tengok tamannya tapi tak boleh, hanya untuk mereka yang menginap di situ sahaja. Jadi kita tengok ikut pagar jelah.

"Jom ma, dok kat sini." Ajak Saffura.

"Lain kali, insya-Allah." Balasku

Cantik tamannya


Ambil gambar je dari pagarnya

Ramai juga yang duduk kat sini

Kami meneruskan perjalanan melalui Kampung Taman Sedia dan ada sungai di sini. Sayangnya tidak dijaga dengan baik, banyak sampah. Sedih.


Sampai di hotel, Tn Haji Azman beserta isteri dan cucu-cucunya yang seramai lima orang sedia menanti untuk sarapan. Hari ni  ada sarapan di hotel, mungkin bilangan penyewa ramai kot. RM12.00 satu kepala untuk dewasa. Ada nasi lemak, mihun goreng, telur mata, roti bakar beserta jem strawberi yang disediakan oleh pihak hotel. Sedap dan murah.

Lebih kurang jam 10:00 pagi kami ke Cameron Valley Tea yang terletak di tepi jalan tu. Jika dari Tapah, mesti jumpa ladang teh ni sebelum sampai ke Tanah Rata. Kami tidak ke kafe yang sentiasa penuh dengan orang ramai. Sebaliknya turun ke bawah sedikit untuk masuk ke ladang teh.

Kereta buggy

Kami menaiki kereta buggy dengan bayaran RM15 seorang, boleh juga berjalan kaki tapi kena bayar RM5 seorang. Sempat kami berselisih dengan pemilik Ladang Teh Bharat ini yang sedang berjalan kaki dengan isterinya. Dato Vinod namanya, kami diberitahu oleh pemandu kereta buggy tersebut. Aku hanya sempat melihat isterinya, tak nampak pula dato'nya. 

Ada seekor anjing yang besar saiznya bersama mereka. Menurut pemandu yang sudah bekerja lebih daripada 40 tahun itu, jika ada anjing tu bermaksud dato pun ada bersama.

Itulah tempat yang kami nak pergi, jauh di bawah.

Terpegun sekejap bila pemandu tu kata, ladang teh ini seluas 500 ekar. Bayangkan berapa kayanya pemilik ladang teh ini. Lalu aku pun mahu tahu siapa pemiliknya. Boleh baca di https://mrkumai.blogspot.com

Kami dibawa terus ke bahagian paling bawah. Ada aliran sungai dan kawasan untuk berehat. Ianya juga tempat untuk menunggu kereta buggy apabila mahu kembali semula ke atas.


Inilah tumpuannya tapi air terjun buatan rupanya.




Pelancong dari Qatar berkelah kat sini






Selepas puas bergambar di belah bawah, kami mendaki kawasan berbukit pula. Ya Allah nyamannya suasana di sekitar pohon-pohon teh ini. Tiupan angin yang lembut bersama aroma daun teh yang datang dari bangunan kilang diadun bersama. Indahnya menikmati suasana alam yang serba hijau.

Rumah pekerja kot.


Yang berbumbung hijau kilang proses daun teh rasanya. Sebelah kiri itu
rumah tuan punya syarikat Bharat ni. Boleh nampak rumah tu dari jalanraya.

Pot yang bagus untuk bergambar, memang cantik.



Pokok Angel's Trumpet bunga putih melambai-lambai ditiup angin.

Kita perlu ke tempat tadi untuk menaiki kereta buggy dan balik ke kawasan kafe.

Mestilah nak minum teh kan, jadi kami order satu teko teh untuk tiga orang. RM33.00. Teringin pula nak rasa scones yang popular di CH. Dua biji bersama set jem strawberi, butter dan cream RM16.04. Memang sedap,  ianya tawar sebab tu perlu makan bersama jem.

Iklan buku jap. Mai la beli.

Tak puas makan, kena cuba buat ni.

Lebih kurang pukul 11:00 pagi kami bertolak ke Lavender Garden. Seperti biasa laluan Brinchang ke Kea Farm memang perlahan kerana banyak kenderaan. Kawasan Kea Farm dipenuhi kereta kerana menjadi tumpuan untuk orang ramai membeli belah. Aku tak singgah langsung, malas.

Nak masuk ke Lavender Garden ni perlu bayar RM20.00 seorang, mahal kemain. Namun kami agak kecewa melihat pokok lavendernya yang tak banyak mana. Maklumlah kami pernah tengok lautan pokok tersebut di Belanda, jadi kurang mengancamlah sedikit.

Namun untuk kanak-kanak memang best, sebab ianya seperti taman tema. Pelbaga jenis bunga ada. Jom tengok gambarnya.

Daun pulak yang lebat


Spesis lavender




Yang ni unik dan jadi tumpuan


Ni pun lavender katanya


Tak lama kami kat sini, lebih kurang pukul 1:30 kami pun balik. Berehat di bilik sehingga petang. Aku dan suami keluar ke  Billion Shopping Centre (dulu tanah ni milik tentera) yang merupakan mercu tanda terkini di Brinchang. Aku beli barang untuk dihadiahkan kepada keluarga Tuan Haji Azman.

Meriah juga

Malamnya kami menjamu selera dengan stemboat di Restoran TAC yang terletak di sebelah hotel. Puas hati dengan kepelbagaian menunya, tambahan pula ada huruf  "A" untuk kualiti restorannya. RM45 untuk seorang dewasa, RM35 untuk warga emas (50 tahun ke atas)


Puas makan kambing bakar

Best.

 

Bersambung

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...