BismillahirRahmanirRahim
Nasi Ayam Diet |
Nasi Ayam antara pilihan ramai rakyat Malaysia. Pelbagai versi Nasi Ayam yang boleh dibeli dengan harga yang murah dan memuaskan hati. Mengikut resepi tradisi untuk menyediakan nasi ayam, proses bermula dengan ayam direbus bersama bawang putih, bawang besar dan halia yang dikisar. Kemudian air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi dan menyediakan sup. Ayam pula digaul dengan kicap, madu, lada hitam dan serbuk cili lalu diperap. Kemudian ayam tersebut digoreng atau dibakar. Macam senang namun mengambil masa juga untuk disiapkan.
Kali ini KakJee ingin berkongsi resepi Nasi Ayam yang menyihatkan tanpa setitik pun minyak. Prosesnya pun senang dan yang penting ianya begitu sedap dan menyelerakan. Resepi ini adalah ubahsuai antara Nasi Ayam Thai dan Nasi Ayam Hainan. Tak sangka ianya begitu digemari oleh ahli keluarga. Jom tengok resepinya.😋
Resepi Nasi Ayam Diet KakJee
Bahan2:
2 cawan beras basmati direndam 1/2 jam
2/3 ekor ayam AzZain dibersihkan
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bahan * dikisar
1 batang serai diketuk
Akar daun ketumbar @ daun saderi (sup)
Daun bawang
Air
Garam
1 sudu besar mentega
Beberapa helai saffron
4 sekawan/ rempah penumis.
1 helai duan pandan
1 sup bunjut
Cara Membuatnya:
1.Didihkan air bersama bahan kisar, serai, akar ketumbar dan garam. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak. Keluarkan ayam.
2.Ambil 3 cawan air rebusan ayam bersama serai ke dalam periuk yang sesuai. Masukkan 4 rempah penumis, saffron dan daun pandan. Masak sehingga mendidih dan masukkan beras yang telah dibersihkan.
3,Apabila nasi sudah hampir kering masukkan ayam tadi di atas nasi dan mentega. Tutup periuk dengan penutupnya dan kecilkan api. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.
Masukkan ayam dan mentega setelah nasi hampir kering. |
Sup Nasi Ayam
1.Masukkan sup bunjut, penumis, batang daun bawang dan batang daun saderi ke dalam baki air rebusan ayam tadi.
2.Biarkan sehingga sup mendidih. Masukkan hirisan daun bawang, saderi dan bawang goreng.
Tambah kapsyen |
Sos Nasi Ayam
3 cili merah saiz besar
2 cili padi merah besar
2 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
Sedikit air rebusan ayam/ air
3 sudu besar sos cili
Kisar semua bahan di atas sehingga halus.Siap.
Taburkan sos ke atas hirisan nasi ayam sewaktu hendak makan.
💓Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan