BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah sebaik sahaja kebenaran rentas negeri diberikan kami mengambil peluang pulang ke kampung di utara tanah air. Demi tidak mahu melepaskan peluang menikmati musim buah-buahan yang sedang melanda negara. Seronok dapat kembali ke dusun durian legasi ayah bonda yang sudah berusia lebih 50 tahun. Jom layan beberapa keping gambar.
Dusun durian kami terletak di atas bukit. Jika cuaca okay, boleh naik dengan 4WD. |
Suasana sekitar memang mendamaikan. Pokok pun dah berusia. |
Tu dia buah durian. |
Ada yang boleh dicapai tangan. |
Abangaku yang mengurus sekarang. |
Mengutip durian dilereng-lereng bukit dan membawanya turun adalah satu cabaran. |
Hasilnya kutipan. |
Pada musim durian tahun ini aku mendapat resepi baru yang sedang popular di kampung sekitar kawasan dusun durian yang terletak di Sungai Rambai, Kedah. Kuih Durian Goreng dijual dengan harga 50 sen sebiji begitu popular di gerai-gerai. Durian yang belum masak sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai durian mangkak biasanya dibuat bubur durian namun ada yang membuangnya jika terlalu keras. Cara membuatnya seperti kita menggoreng cempedak. Makan sewaktu panas sangat menyelerakan kerana aroma bau durian yang sedap. Sedar tak sedar habis sepinggan.
Jom tengok resepi pula.
Resepi Durian Goreng
Bahan2
Isi durian yang mangkak bersama bijinya.
4- 5 sudu besar tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam.
Air secukupnya
Minyak masak
Durian mangkak @ yang masih keras. |
Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung bersama kunyit dan garam.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk adunan tepung yang agak cair tetapi boleh salut isi durian. Adunan tepung mempengaruhi rangupnya durian goreng.
3.Celupkan isi durian dalam adunan tepung satu persatu dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan.
4.Goreng sehingga garing atau kekuningan. Angkat dan toskan.
5.Ulang hingga habis.
Makan waktu panas... sedap nih. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan