BismillahirRahmanirRahim
Inilah pokoknya. |
Kebetulan ada buah labu kuning yang sudah lama dibeli. Sudah KakJee buat Sira Labu jadi yang sebelah lagi nak cuba buat masak lemak pula. Apa kata masak lemak tu KakJee campurkan dengan pucuk kacang panjang yang agak banyak tu.
Jom petik. Ambil pucuk sahaja, daun yang lembut. |
Meh tengok resepinya.
Resepi Masak Lemak Labu Kuning Sama Pucuk kacang Panjang
Bahan2:
1/2 biji labu kuning
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
1 batang serai diketuk
1/2 biji bawang besar
Garam secukupnya
Ikan bilis/ udang kering buat perencah (tak letak)
Cara membuatnya
1.Labu kuning dibuang kulitnya, guna pengupas kentang supaya kulit hijau labu yang kasar sahaja dibuang. Kekalkan bahagian hijaunya. Potong agak besar supaya tidak hancur nanti.
2.Rebus labu bersama santan cair, serai dan bawang sehingga empuk. Tambah air jika perlu.
4.Hidang bersama nasi putih, lebih ummph jika ada ikan masin atau pekasam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan