Jumaat, 21 Disember 2018

Rasa Dapurku (290) - Somtam Mangga


BismilahirRahmanirRahim



Somtam Mangga memang sedap diratah begitu sahaja. Menjadi kegemaran ramai terutama kaum wanita. Rasa masam, pedas dan manis ditambah lemak kacang tanah memang menyelerakan. Persekitaran kolej yang dipenuhi pepohon buah mangga memudahkan kami untuk membuatnya. Pantang ada mangga muda, pakat bawa balik untuk diramukan menjadi somtam mangga yang enak.

Resepi ini diberi oleh Puan Farihan, siap ada tutorial lagi....semenjak itu aku kerap menyediakan somtam sendiri. Pantang ada buah mangga muda!


Tokey resepi di tengah tu,

Ini dia hasil tutorial somtam mangga... 3 biji buah mangga.
Untuk menyediakan somtam mangga mesti ada dua bahan penting iaitu gula siam dan sos ikan. Gula siam ini kena beli di Thailand atau Kelantan sahaja ya. Jika guna gula lain, rasanya tidak sesedap somtam Thailand.Betul tau! Sos ikan pula sudah ada di pasaran dan pilih yang ada tanda halal.

Gula siam ni macam berair sikit.

Sos ikan 



Resepi Somtam Mangga
Bahan2
1 biji buah mangga muda sederhana besar (disagat)
1-2 ulas bawang putih *
5-6 biji cili padi , pilih yang merah * (ikut pedas)
1 sudu besar udang kering disangai* (tak letak)
1- 2 sudu besar kacang tanah disangai*
Bahan * ditumbuk kasar/manja

1 biji tomato ranum dan  merah dipotong dan ditumbuk manja
1 tangkai kacang panjang dipotong pendek dan ditumbuk manja
Sos ikan - ikut rasa
Gula siam/Thai - ikut rasa 

*Jika buah betik muda
Direndam dalam ais sebelum disagat
tambah buah limau nipis supaya masam sikit

Cara Membuatnya
1.Masukkan buah mangga, bahan yang ditumbuk, tomato dan kacang panjang
   di dalam bekas yang sesuai.
2.Gaulkan bersama gula siam dan sos ikan. Masukkan ke dalam campuran tadi
   dan gaul sehingga sebati. Tambahkan sos ikan dan gula siam jika perlu.
3.Ketika hidang tabur kacang tanah.



Ini dia gambar-gambar somtam mangga yang sudah dicuba. Senang je.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...