Isnin, 10 Disember 2018

Rasa Dapurku (289) - Kacang Panjang Goreng



BismillahirRahmanirRahim




Lama tak makan kacang panjang, teringin la pulak. Untuk mengatasi masalah berangin aku rendam dahulu kacang panjang yang dihiris dalam air dengan sedikit garam. Rasa macam ok je. Begitu juga jika aku masak kobis. Aku akan rendam dahulu kira-kira 30 minit. Kasi angin hilang....Alhamdulillah tiada lagi masalah angin selepas makan sayur yang dikatakan berangin ni.

Resepi Kacang Panjang Goreng

Bahan2
1 ikat kacang panjang dihiris
1 bungkus Fucuk Suhun Hasdey  direndam hingga lembut (asingkan pucuk dan suhun)
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 biji bawang besar dikisar (jangan campur dengan bawang putih)
1 sudu besar ikan bilis yang dikisar (jika suka- boleh kisar bersama bawang besar)
1 biji cili merah dihiris nipis
1/3 biji lobak  merah dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan
    sedikit perang. Masukkan bawang besar, cili merah dan lobak merah.Kacau rata.
2.Masukkan lada hitam dan garam.Kacau dan masukkan air dan kicap.
3.Masukkan pucuk  dan kacang panjang. Goreng sehingga keduanya lembut.Tambah
   air jika perlu.
4.Masukkan suhun dan kacau sehingga kering. Tutup api.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...