Sebelum cuti akhir tahun bermula, aku berpeluang mengikut rombongan pelajar ke Melaka. Perjalanan dari Kajang ke Bandar Hilir, Melaka mengambil masa kira-kira 2 jam.
|
Doa dibaca sebelum memulakan perjalanan |
|
Mercu tanda untuk ke Bandar Hilir |
Destinasi pertama kami ialah Jalan Hang Jebat di mana terletaknya Jonker Walk. Jonker Walk terkenal sebagai tempat membeli belah di Bandar Melaka, Popular dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, tukang jam, pembuat terompah, pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan cenderahati. Di sini juga budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat terutama masyarakat Cina serta Baba dan Nyonya.
Tujuan utama lawatan adalah untuk ke Mamee Jonker House sebagai memenuhi sukatan pelajaran yang diambil oleh pelajar bisnes. Mereka mahu melihat bagaimana bisnes dijalankan. Aku tidak berhasrat untuk mempromosikan produk Mamee ya. Namun bagi peminat produk Mamee bolehlah berkunjung ke sini. Antara aktiviti yang disediakan adalah menyediakan mamee cup sendiri.
|
Boleh singgah di Mamee Jonker House jika tidak berpeluang melawat kilangnya. |
|
Aktiviti mewarna cup mamee |
|
Sukanya ...kitakan geng. |
|
Mamee cup sedia untuk dibungkus |
Tidak sah andai ke Melaka tanpa melawat muzium yang agak banyak di sekitar Bandar Hilir. Kami hanya berjalan kaki dari Jonker Walk ke kawasan yang dipenuhi dengan Bangunan Merah.
|
Mini Holland. |
|
Kawasan tumpuan yang penuh dengan sejarah |
Stadthuys merupakan sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka pada tahun 1650.Ianya telah dijadikan Muzium Sejarah dan Ethnografi. Di kawasan ini ada banyak beca-beca yang dihias cantik untuk dinaiki. Harga dalam RM15 - RM25 satu pusingan di sekitar kawasan tersebut serta Dataran Pahlawan.
|
Abang beca sedang mencari rezeki |
|
Pusat Pelancongan tidak jauh dari bangunan merah |
Kami melalui jalan belakang untuk ke Muzium Kesultanan Melaka dengan menaiki Bukit St Paul. Juga dikenali sebagai Bukit Melaka yang pernah menjadi lokasi Istana Sultan Melaka sebelum diserang Portugis pada tahun 1511. Dikatakan Sultan boleh melihat keadaan Pelabuhan Melaka dari istana pada ketika itu.Kawasan tersebut telah dimusnahkan untuk membina A' Famosa
|
Bukit St Paul |
|
Pemandangan laut dari Bukit St Paul |
|
Kelihatan A Famosa dari Bukit St Paul |
Kota A' Famosa adalah sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511. Memang berdetik di hati kenapa kubunya begitu kecil berbanding kubu di tempat lain.Rupanya banyak bahagian-bahagiannya yang telah diruntuhkan pada tahun 1807. Yang tinggal hanya Porta de Santiago iaitu sebuah gate house....ooooo
|
Rehat kejap di depan A' Famosa. |
Tiba masanya kami melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka yang terletak tidak jauh dari A' Famosa. Ianya sesuai untuk memahami sejarah Kesultanan Melaka. Pendekatan penyampaian maklumat berbentuk koleksi galeri, infografik, potret lukisan dan diorama.
|
Muzium Istana Kesultanan Melaka |
|
Replika suasana perjumpaan sultan dan pembesar di Balairong Seri |
|
Buat kenangan |
Tidak jauh dari Muzium Kesultanan Melaka dan A' Famosa terletak Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Dataran Pahlawan ini pernah menjadi tempat perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.Tarikh di mana pengisytiharan Kemerdekaan dibuat.
Kini Dataran Pahlawan juga terkenal sebagai pusat membeli belah dengan pelbagai barang moden dan kraf.
|
Kereta yang dinaiki Tuanku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia. |
|
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan......tempat bersejarah. |
Terdapat banyak lagi muzium di kawasan ini yang boleh dilawati jika ada masa yang panjang.
-
|
Melaka Alive, pernah dikenali sebagai Melaka Light & Sound. |
Seterusnya kami mahu ke Menara Taming Sari yang terletak tidak jauh dari Dataran Pahlawan. Jika letih mahu berjalan kaki, jangan risau....becakan ada.
Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 meter menawarkan pemandangan sekitar bandar Melaka. Untuk ke atas perlu bayar RM17.00 jika dalam rombongan . Pengunjung diminta duduk di atas kerusi yang disediakan secara membulat.
|
Ini dia bangunan Menara Taming Sari |
|
Tinggi juga ni... |
|
Tempat menunggu sebelum naik ke menara |
|
Semua dah tak sabar nak naik. |
|
Ini di atas....sekejap je kecut perut, lepas tu best... |
Dari atas kita dapat melihat Selat Melaka dengan jelas melalui dinding berkaca.Kemudian ianya berputar 360 darjah untuk membolehkan kita melihat panorama Bandar Melaka dengan jelas. Memang berbaloi naik di atasnya. Bandar Hilir begitu pesat membangun dan dipenuhi bangunan serta hotel.Tidak hairanlah kenapa ianya menjadi tumpuan pelancong dan jalan raya menjadi sesak di hujung minggu.
|
Selat Melaka. |
|
Kerja-kerja menambak laut diteruskan lagi. |
|
Semakin penuh dengan bangunan baru. |
|
Sungai Melaka untuk bercruise |
|
Kawasan bangunan merah |
|
Pulau Besar ke tu???? |
Selepas melihat kawasan sekitar, bolehlah membeli belah di kawasan berhampiran seperti Dataran Pahlawan atau Pahlawan Walk. Macam-macam ada.Sempatlah aku membeli Dodol dan Gula Melaka Asli.
Kami menunaikan kewajipan bersolat di Masjid Selat Melaka yang memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk sampai dari Menara Taming Sari.
|
Ruang hadapan masjid |
|
Sekitar dalam masjid. Masjid seolah terapung. |
Sebelum balik, kami ke Pantai Klebang. Bukan untuk menikmati pemandangan laut, rupanya ada yang mahu merasa Coconut Shake.
|
Memang sedap! |
Jangan tak tahu, Melaka juga terkenal dengan Kuih Keria Antara bangsa di samping Asam Pedas Melaka.
Bagi yang mahu menginap beberapa hari di Melaka, buatlah persediaan awal. Hotel dan homestay di Melaka mempunyai permintaan yang sangat tinggi.
Selamat Datang ke Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan