Isnin, 10 Disember 2018

Rasa Dapurku (288) - Kari Kambing Sedap



BismillahirRahmanirRahim



;
Kari kambing kian diminati ramai, aku pun memang peminat daging kambing. Lamb Chop, Briyani kambing, Kabsah kambing....kambing golek, semua aku suka. Beberapa kali juga aku cuba masak kari kambing tapi tidak sesedap yang dimakan di majlis kenduri kahwin atau kenduri korban.

Tetiba aku mencuba resepi kari kambing dari iResipi.com. Waaah sedap rasanya macam kat majlis kenduri.Boleh le aku share kat sini. Seperti biasa la aku ubah sikit resepinya untuk 1 kg daging kambing tempatan (goat). Aku lebihkan kuah untuk disimpan dan dimakan dengan roti jala, roti canai, lempeng dan sebagainya.

Resepi Kari Kambing Sedap

Bahan2:
Bahan A 
3 sudu besar rempah kari daging jenama Adabi
1 sudu besar serbuk cili jenama Faiza
1-2 sudu besar serbuk kurma daging jenama Adabi
1 sudu besar kerisik
Semua bahan di atas dibancuh dengan air

Bahan B
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Semua bahan di atas dikisar

Bahan lain
1 kg daging kambing yang telah dipotong.
2-3 biji kentang dipotong 4-6
1 biji tomato dibelah 4
2 biji cili hijau
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 jenis penumis
Minyak masak secukupnya
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
Sedikit gula melaka (tak letak)
1 batang serai diketuk

Cara Membuatnya:
1.Daging kambing dibasuh dengan sedikit tepung gandum dan ditoskan.
2.Daging direbus sehingga lembut menggunakan kaedah biasa .Aku guna pressure cooker
  hanya perlu masa 1/2 jam kerana daging bersaiz kecil.
3.Panaskan minyak di dalam kuali, tumis penumis dan daun kari.Setelah naik bau masukkan
   bahan B(kisar)
4.Masukkan pula bahan A dan biarkan sehingga pecah minyak. Kacau sentiasa dan masukkan
   air jika perlu.Pastikan rempah betul-betul garing.
5.Masukkan daging kambing dan kacau sehingga sebati antara rempah dan daging.
6.Masukkan air rebusan kambing, santan cair, serai , asam keping dan kentang.Masak hingga
   kentang lembut dan sedikit kering.
7.Masukkan santan pekat, gula dan garam secukup rasa.Perlahankan api ,biar pecah minyak.
8.Masukkan tomato dan cili sebelum tutup api.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...