BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah kerana dengan izinNya, sudah berlalu 10 hari pertama ramadhan. Hari-hari yang diturunkan rahmat dari Allah kepada manusia. Kini kita sedang melalui fasa kedua bulan ramadhan yakni fasa 10 hari pertengahan ramadhan. Saat ini Allah banyak memberi maghrifah atau ampunan. Waktu untuk kita meminta ampun atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ayuh kita memohon agar semua dosa-dosa kita dimaafkan dan taubat diterima.
Kali ini aku ingin berkongsi resepi kuih yang sedap untuk berbuka puasa. Resepi yang aku ubah suai sedikit setelah dua kali mencuba. Bagusnya resepi ini kerana menghasilkan bilangan kuih kaswi yang sesuai untuk keluarga kecil. Labih kurang 12 - 15 bekas, bergantung kepada saiz acuan. Aku menggunakan acuan kecil supaya lebih cepat masak dan tidak perlu tunggu lama untuk menyejukkannya.
Resepi Kaswi Pandan Gedik
Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air daun pandan (guna 4-5 helai daun pandan dan dimesin dengan air:
hasilnya mesti jadi 2 cawan)
4 sudu besar air kapur
Setitik pewarna hijau
Kelapa putih dicampur sedikit garam.
Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi dan gula di dalam
sebuah bekas yang sesuai.
2.Masukkan air daun pandan sambil dikacau perlahan sehingga semuanya
sebati dan tidak berketul.
3.Masukkan pula air kapur dan pewarna. Kacau dan tapis.
4.Sapu sedikit minyak pada acuan dan tuang adunan di dalam acuan.
5.Kukus sehingga masak. Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
6.Gaul dengan kelapa yang dicampur garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan