BismillahirRahmanirRahim
Kuih ini asyik menjelma di laman FB selama beberapa hari. Ianya dari FB Yati Rahim dan dikongsi beberapa kali oleh rakan FB. Minggu lepas, aku sudah kekeringan idea untuk menyediakan sarapan pagi. Lalu teringat resepi kuih yang bulat-bulat dan comel je ni. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sedia ada di dalam simpanan, Memang senang untuk dibuat dan sedap dimakan begitu sahaja. Disebabkan aku mengejar masa, maklum mahu ke tempat kerja jadi cucoq kembong ni kurang seragam saiznya.
Resepi Kuih Cucoq Kembong
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
3 sudu besar gula (boleh kurangkan)
1/2 sudu kecil garam
Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam bekas yang sesuai dan gaul
supaya rata.
2.Masukkan air panas dan kacau dengan senduk sehingga sebati dan biarkan sejuk .
3.Ambil sedikit adunan dan bulatkan ikut kesesuaian.
4.Jika doh melekat, basahkan tangan dengan sedikit air supaya proses membulatkan
kuih cucoq lebih mudah.
Heghot pethot cucoq nih... |
5.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali, pastikan cucoq boleh tenggelam penuh.
6.Apabila minyak sudah panas, kecilkan api sedikit dan masukkan cucoq ke dalam
minyak. Besarkan api semula dan goreng sambil kacau sehingga warna sekata.
Angkat dan toskan.
Sedap juga jika dimakan dengan kuah kari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan