Miang Kham
BismillahirRahmanirRahim
Miang Kham |
Sebelum Ramadan, aku dan Pn Norhibah sempat menyediakan hidangan yang unik ini. Sudah lama sos ikan yang diberi Pn Hibah tersimpan di dalam peti sejuk. Akhirnya aku gagahkan juga menyediakan sos yang merupakan bahan terpenting untuk resepi ini. Setelah siap, aku pun membawa sos tersebut ke kolej. Apabila diberi kelulusan oleh Pn Hibah, kami pun merancang untuk makan Miang Kham bersama rakan-rakan yang lain pada keesokan harinya.
Hidangan secara komersil. Mahal. Gambar diambil dari FB |
Miang Kham adalah sajian dari Thailand, merupakan hidangan istimewa yang disajikan di hotel atau restoran. Selama ini aku hanya mampu mendengar akan cerita keenakannya. Tahun lepas aku berpeluang merasanya apabila Pn Hibah dan rakan-rakan lain menyediakannya. Aku terus sahaja memakannya, tidak boleh berhenti apabila suapan pertama terasa begitu enak sekali. Sehingga ditegur oleh rakan lain yang merasa takut jika tidak sempat untuk merasainya. Bekalan daun kaduk segar sentiasa ada, ianya dibawa oleh Pn Nor Acmyza dan Pn Elizabeth.
Miang Kham amat sesuai dimakan secara berjemaah bersama rakan atau saudara mara sambil bercerita. Namun jangan keliru kerana bentuk daun kaduk yang hampir sama dengan daun sirih. Jangan terambil daun sirih pula,,,,,hihihi. Cubalah....memang sedap dan berkhasiat.
Pokok kaduk subur di kawasan teduh . |
Resepi Miang Kham
Bahan2:
Sos Miang Kham
2-3 ulas bawang putih - dikisar halus
2-3 sudu besar sos ikan
1 ketul gula Melaka - dimasak dengan dan ditapis
1 sudu besar mentega
Sedikit udang kering yang dikisar (tak letak)
1 batang serai
Sehelai daun pandan
Cara Membuatnya:
1.Panaskan mentega di dalam kuali. Masukkan bawang putih
dan goreng sehingga wangi.
2.Masukkan sos ikan, kacau sebentar.
3.Masukkan air gula Melaka, daun pandan dan serai dan masak
sehingga pekat. Sejukkan.
Pekat tetapi boleh mengalir sosnya |
Bahan lain
Daun kaduk segar
Halia segar*
Bawang besar*
Kacang Panjang*
Limau nipis*
Cili Padi*
* dipotong kecil
Kacang tanah digoreng/dibakar tanpa minyak
Kelapa yanag dipotong kecil atau kelapa parut disangai
Udang kering disangai (boleh juga letak ikan bilis)
Cara makan
Gulung daun kaduk
Letakkan semua bahan diikuti dengan sos |
Bungkuskan elok-elok dan ngap.....Nyum nyum nyum Sedapnya. |
Boleh juga dimakan cara begini. Masukkan sos diikuti bahan-bahan lain. |
Peminat Miang Kham sedang menjamu selera . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan