BismillahirRahmanirRahim.
Tambah kapsyen |
Dua bulan lepas kami meraikan Profesor Dr Hamdi yang berkunjung ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Rakan sekerja suamiku ketika bertugas di Riyadh ini adalah warga Tunisia. Beliau mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur dan mahu menunggang gajah. Kami membawanya ke Al Famosa di Melaka dan turut sama merasai pengalaman menaiki gajah. Dr Hamdi begitu teruja dengan makanan Malaysia seperti satay, tomyam, durian dan udang goreng butter. Tidak ketinggalan kelapa muda. Sedap rasanya udang goreng butter lalu aku pun mahu mencuba resepinya.
Best oooo |
Restoran Seafood di Kampung Baru, Kuala Lumpur. |
Resepi dari blog Azie Kitchen menjadi pilihan kerana ditunjukkan dengan lengkap cara menyediakannya. Hidangan ini tidak sesuai untuk mereka yang sedang berdiet atau ada masalah kolesterol. Ini disebabkan ianya menggunakan minyak dan mentega dalam kuantiti yang agak banyak dan kuning telur selain udang sendiri yang tinggi kandungan kolesterolnya. Namun sesekali apa salahnya untuk melepaskan geram.
Resepi Udang Goreng Butter
Bahagian A : Menyediakan Sarang telur/floss
2 biji kuning telur dipukul ringan
1 senduk butter
1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya
1.Panaskan butter dan minyak masak di dalam sebuah kuali.Pastikan minyak
betul-betul panas, dengan menggunakan senduk kacau membulat sehala tanpa
henti.
2.Tuangkan kuning telur,biar tinggi sikit untuk dapatkan saiz yang halus.Pusing
atau kacau dengan laju dan tuang sehingga habis.Kacau terus sehingga telur
masak berwarna keemasan. Angkat dan toskan.
*Sangat mencabar untuk menyediakannya.Sebaiknya guna kuali yang besar.
Aku mencubanya sebanyak 3 kali baru dapat hasilnya.Itu pun masih kasar
sarang/flossnya.
Bahagian B:
9 ekor udang
Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
2-3 ulas bawang putih dicincang/tumbuk
3-4 tangkai cili padi dihiris (boleh lebihkan)
Sedikit daun kari
Sedikit butter untuk menumis
1/4 cawan susu cair/segar
Cara Membuatnya:
1.Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah. Goreng dengan sedikit minyak
sehingga berubah warna dan hampir masak. Angkat dan keluarkan minyak.
2.Panaskan butter dan masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari, kacau
sehingga naik bau.
3.Masukkan susu dan kacau.Masukkan udang dan perisakan dengan garam dan
lada sulah.
4.Masak sehingga agak kering. Masukkan ke dalam pingan dan taburkan floss
di atasnya.
Ehmmm sedap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan