Rabu, 20 Julai 2016

Dapurku D'Riyadh (193) : Kunafa


BismillahirRahmanirRahim.


Kunafa antara manisan Arab yang aku gemari selain bakhlava dan maamoul. Ianya begitu popular terutama di bulan puasa. Namun hidangan tersebut boleh aje didapati bila-bila masa sahaja di sini. Kebanyakan restoran Arab menawarkan menu ini di samping cream caramel yang diminati ramai. ada beberapa manisan Arab lain yang tidak aku sukai disebabkan rasanya yang terlalu manis atau lemak seperti Umm Ali, Basbousa dan Qatayef. Senang sahaja untuk menyediakan kunafa tetap kita memerlukan doh khas untuk kunafa. Aku merujuk beberapa laman blog dan YouTube untuk belajar membuatnya. Terhasillah resepi kunafa yang mudah untuk disediakan.


Mudah diperolehi di mall dengan pelbagai jenama.


Resepi Kunafa
Bahan2:
200 g doh kunafa (nyahbekukan dan balut dengan
kain lembab supaya ianya tidak kering)
100 g mentega dicairkan
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3-4 sudu besar gula
200 g cream cheese
Monzarella(pilihan)

Air Gula
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2  sudu besar jus lemon
Masak sehingga larut dan sedikit pekat.

Cara membuatnya:
1.Panaskan susu segar di dalam sebuah periuk . Masukkan
   tepung gandum dan tepung jagung dan kacau.
2.Masukkan gula dan kacau sehingga masak atau terbentuk
   gelembung.
3.Masukkan cream cheese dan kacau sehingga tidak berketul.
   Guna api sederhana.Ketepikan.


4.Gunting doh kunafa kepada saiz kecil atau boleh gunakan
   food processor.

Macam bihun tapi bukan bihun,
jangan guna bihun pula...hihihi.
5.Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan gaulkan
  dengan mentega yang dicairkan.


6.Masukkan separuh dari doh ke dalam bekas pembakar
  yang sesuai.Tekankan doh supaya rapat dan padat.



7.Masukkan pula cream/inti yang disediakan tadi dan
   ratakan.


8.Masukkan pula sebahagian lagi doh kunafa dan ratakan
   serta padatkan.


9.Panaskan oven pada suhu 180 C. Bakar kunafa di dalam
   oven selama 50 minit - 1 jam atau sehingga garing atau
   keperangan permukaannya.
10.Keluarkan dan tuang air gula dipermukaannya.
  


Tuang air gula...suka2
banyak mana.


Siap

Boleh dipotong untuk dimakan


Sedap dimakan sewaktu masih panas.



Ini yang aku biasa makan di Restoran Romansiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...