|
Antara juadah yang diberi di MasjidilHaram |
Kami berazam untuk keluar awal bagi mendapatkan tempat duduk di dalam MasjidilHaram dan terus bersolat Hari Raya Aidil Fitri. Setelah mandi sunat sempenan Aidil Fitri dan berpakaian baru, kami keluar dari bilik hotel. Pukul 2.00 pagi, suasana di Tingkat Satu MasjidilHaram sudah dibanjiri tetamu Allah. Mengherankan sekali dengan kehadiran kanak-kanak yang berpakaian cantik dan bergaya sebelum masuk waktu subuh. Tidak ada tanda-tanda mereka mengantuk, wajah mereka penuh keriangan , berjalan ke sana ke mari menegur sesama sendiri. Kenalan atau jiran agaknya. Waktu subuh di Mekah lewat dua puluh minit berbanding dengan waktu solat di Riyadh. Sekitar pukul 4.15 pagi, baru masuk waktu subuh di Mekah. Pasti kanak-kanak yang begitu ramai di depan kami tidak tidur malam tadi seperti kebiasaannya di bulan Ramadhan. Bayangkan mereka sudah ada di dalam masjid sebelum pukul 2 pagi. Pasti tidak berlaku di tempat lain.
|
Berpakaian lengkap. |
Selepas Solat Subuh, Takbir Raya berkumandang tanpa henti. Takbir Raya di sini tidak berlagu seperti di Malaysia yang membolehkan kita merasa sedih apabila melayani pelbagai kenangan silam. Takbir berakhir sebaik sahaja selesai Solat Hari Raya Aidil Fitri. Kehadiran kanak-kanak yang berpakaian cantik lengkap dengan segala aksesori seperti kasut, rantai, gelang, hiasan rambut dan tas tangan. Semuanya comel-comel belaka. Selesai Solat Subuh, aktiviti memberi hadiah bermula. Ramai yang memberi hadiah seperti coklat, gula-gula, manisan Arab, makanan ringan, gelang tangan, rantai, tudung dan sebagainya. Orang-orang dewasa juga turut sama meminta hadiah-hadiah tersebut dari penderma sehingga kadang kala berlaku suasana yang hiruk pikuk. Ada yang meminta lebih dari satu sehingga menimbulkan rasa marah sang pemberi. Aku dan Saffura tidak berganjak dari tempat duduk kami sekadar memerhati. Kami menghayati laugan Takbir Hari Raya yang tidak berhenti-henti dan merdu itu.
|
Tambah kapsyen |
Minuman seperti gadwa dan teh turut diberikan bersama manisan lain. Coklat paling banyak diedarkan oleh mereka yang hadir di situ. Solat Hari Raya Aidil Fitri dimulakan pada pukul 6.00 pagi diikuti dengan khutbah khas sempena hari raya. Aku terlupa untuk membawa headphone, jadi sudah pasti apa yang dikhutbahkan tidak kami fahami walaupun ianya dialihbahasa kepada Bahasa Indonesia. Usai khutbah, kanak-kanak tersebut datang kepada kami dan yang lain untuk bersalam. Bagus betul adab mereka bersalaman dengan semua orang sambil mengucapkan Eid Mubarak.
|
Berhampiran D'Saji |
Kami terus keluar dari MasjidilHaram untuk ke D'Saji bagi menjamu selera di pagi Hari Raya. Di depan restoran tersebut kelihatan beberapa orang kaki tangan D'Saji yang berpakaian Melayu dan bersongkok. Seperti biasa tiada meja yang kosong, jadi kami perlu menunggu untuk mendapat giliran duduk dan makan di situ. Meja yang terletak di bahagian hadapan sekali berhampiran D'Saji kelihatan diduduki oleh beberapa orang VIP. Suasana agak sibuk dan kecoh di situ disebabkan aktiviti bergambar. Rupanya terdapat selebriti Azwan Ali yang mencuri perhatian orang ramai. Ramai yang sibuk mahu bergambar dengan beliau dan kebanyakan para jemaah yang kelihatan di situ datang melalui pakej Andalusia. Suasana menjadi bertambah riuh rendah apabila muncul Pelawak Zizan dengan pakaian Arabnya. Kali ini, mereka bergilir-gilir bergambar dengan Zizan pula.
|
Pelawak Zizan dan peminat |
Memang ramai rakyat Malaysia ketika itu yang sedang menjamu selera dan berbual mesra. Sehingga ada yang duduk terlalu lama di meja tertentu, mereka dalam kumpulan yang ramai, mereka makan, berbual dan bergambar tanpa rasa bersalah sedangkan ramai lagi yang belum berpeluang duduk dan makan di situ. Aku terus membeli beberapa juadah yang dijual setelah mendapat meja dan kerusi dari tiga orang warga Afrika yang baru selesai makan satay dari D'Saji Sebenarnya kami turut menanti rakan dari Riyadh untuk bersama kami menjamu selera. Malangnya Wan Salisa, Dr Fauzi dan keluarganya tidak muncul-muncul setelah habis makanan di depan kami. Kami tidak boleh terus duduk kerana sudah ada yang menunggu giliran. Lebih satu jam kemudian barulah lapan beranak tersebut muncul dan kami menunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan meja dan kerusi. Sayangnya semua hidangan khas hari raya sudah habis, hanya roti canai dan bihun goreng menjadi habuan mereka. Lama juga kami berada di situ sehingga pukul 11.30 pagi.
|
Juadah di pagi raya. Set Satay 5 cucuk, Ketupat Palas 5 biji, Lodeh dan Rendang daging...RS50. Kuih raya pelengkap suasana |
|
Sumayyah tidur dengan nyenyak tanpa hirau suasana bising sekeliling |
|
Bersama keluarga besar Pn Hjh Wan Salisa. |
|
Peluang berbual panjang |
|
Suasana mulai tenang |
Suasana sekitar MasjidilHaram begitu berbeza pada petang 1 Syawal. Warga tempatan pulang meraikannya di rumah masing-masing. Tinggal tetamu Allahdari negara lain yang masih berbaki.
|
Hilang suasana sesak dan padat selama ini. |
|
Sewaktu Solat Asar...terasa kehilanagan... |
Bersambung.....
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan