Rabu, 20 Julai 2016

Dapurku D'Riyadh (190) : Roti Jala Gulung


BismillahirRahmanirRahim

Resepi ini aku buat ketika bulan Ramadhan baru-baru ini sebagai juadah berbuka puasa. Ingin pula merasa Roti Jala tanpa kuah, sedap juga tidak perlu cicah bagai .Lagi pula inti karipap masih ada sedikit yang berbaki, aku pun cubalah....sedap rasanya, Rugi tidak mencubanya lebih awal. Intinya boleh sahaja dipelbagaikan seperti rendang, tandoori dan sebagainya.




Resepi Roti Jala Gulung
Resepi Roti Jala
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan susu segar
Sedikit garam
Air
Sedikit Pewarna Saffron(boleh ganti dengan kunyit)
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya;
1.Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam
   blender. Kisar sehingga semuanya bercampur sekata.
2.Tapis adunan tepung yang dihasilkan.
3.Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan ratakan.
4.Masukkan adunan tepung ke dalam acuan dan jalakan.
   (guna api sederhana)

Inti 
Bahan2:
2-3 biji kentang dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ikan  jenama Adabi
1 sudu besar rempah kurma jenama Adabi
1 sudu kecil serbuk Garam Masala
Sedikit daun kari
1 labu bawang besar(didadu)
2 labu bawang putih(dipecahkan)
Sedikit  daging/ayam (didadu)
Air secukupnya
Minyak, garam

Daun bawang dan daun ketumbar(dipotong kecil)

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan
   daun kari dan bawang besar dan goreng sehingga
   kekuningan.
2.Masukkan bawang putih dan kacau sekejap.
3.Masukkan semua rempah dan kacau sekejap,masukkan
  sedikit air.Kacau sehingga pecah minyak.
4.Masukkan daging/ayam, kentang. keledek dan
   garam. Kacau dan masukkan air sehingga
   sama paras dengan ubi kentang dan keledek.
5.Masak sehingga ubi lembut.Tambah air jika perlu.
   Angkat dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
6.Taburkan daun bawang dan ketumbar yang dihiris
   di atas inti tadi.

Cara Menggulung Roti Jala
1.Masukkan inti ke dalam Roti Jala yang sudah siap dimasak.
2.Tutup di bahagian depan, kiri dan kanan. Kemudian gulung
   dengan rapat.
3.Disebabkan saiznya agak besar, boleh dipotong ketika
   hendak dihidangkan.

   




Hasilnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...