Jumaat, 22 Julai 2022

Visit My Malaysia - Cameron Highlands, Pahang (1)

BismillahirRahmanirRahim





Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Didoakan agar semua pengunjung blog ini sihat walafiat hendaknya. Maklumlah, suasana persekitaran kita agak membimbangkan dengan pelbagai penyakit berjangkit dan suasana cuaca yang tidak menentu. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Maaflah dah lama tak bersiaran ya. 

Hari ni aku nak berkongsi tentang percutian kami sekeluarga ke destinasi popular di Malaysia iaitu Cameron Highlands. Tempat yang paling kerap kami kunjungi. Setelah dikira, adalah sepuluh kali (termasuk yang baru-baru ni) kami ke sana dan bermalam. Ada juga yang singgah sahaja tanpa menginap.

Boleh ingat ke?

Kali pertama sewaktu aku masih bujang, mengikuti rombongan sahabat dari Melaka. Tak silap pada tahun 1990. Masih ingat lagi, bas sampai ke Masjid Tanah Rata pada waktu subuh. Kami bermalam di rumah banglo satu tingkat, milik Persatuan Bola Sepak Pahang. Sejuknya, waktu tidur kami berimpit-impit supaya tidak sejuk. Kami melawat Blue Valley yang dikelilingi ladang teh dan kebun bunga ros. Kawan baik waktu itu ialah Puan Rosni dan Puan Yudasma.

Kali kedua dibawa suami selepas berkahwin, tahun 1991.

Lepas tu dah tak ingat tahunnya lagi. Hanya ingat tempat menginap. Antaranya:
Hotel The Cool Point (4)
Hotel Merlin (depan padang golf)
Hotel Heritage (Kursus guru)
Homestay Mardi
Homestay di Perumahan Makmur 

Kali terakhir ke CH tahun 2016, dah 6 tahun. Aduh rindunya. 

Kebetulan ada kelapangan masa, jadi kami ke sana pada 12 Julai hingga 15 Julai 2022. Lebih kurang pukul 10:00 pagi kami mulakan perjalanan.

Sebab ada Mak Mentua, kami memilih jalan yang tidak begitu memeningkan. Iaitu laluan  Raub - Sungai Koyan - Cameron Highlands. Pernah sekali kami menggunakan jalan ini sewaktu balik dari CH. Jalannya lebih luas dan lebih selesa namun agak jauh dan sunyi.

Keluar dari Lebuhraya Pantai Timur ke Raub.

Menuju ke Sungai Koyan

Dari Felda Sungai Koyan ambil simpang di sebelah kiri. Laluan ini dipenuhi dengan kawasan hutan dan perkampungan orang Asli, antaranya Pos Betau. Ada kawasan R&R di sini. Banyak juga kenderaan yang melalui laluan ini jadi tak sunyi sangat.

Menghampiri Pekan Ringlet, kita akan nampak banyak kebun sayur dan kebun bunga yang dilitupi dengan plastik (green house). Bilangannya memang banyak sehingga ke puncak bukit.


Tu dia kebun sayur.


Sampai hotel lebih kurang pukul 3:00 petang setelah dua kali berhenti dalam tempoh yang agak lama. En. Suami telah membuat tempahan seminggu awal untuk menginap di The Cool Point Hotel . Ianya menjadi pilihan kerana terletak di pusat bandar Tanah Rata jadi sangat hampir dengan kebanyakan tempat tumpuan pelancong.




Kawasan parkir yang luas dan dekat dengan bangunan hotel

Biliknya dengan standard Hotel Seri Malaysia

Tak jauh dengan Perhentian Bas dan Teksi Tanah Rata

Hanya menyeberangi jambatan untuk ke kedai tumpuan ramai.

Ni haa jambatannya

Restoran TAC, sebelah hotel je. 

Dikelilingi pokok pain, seolah di luar negara

Harga bilik untuk semalam ialah RM115.00 jika dilihat pada laman page hotel ini. Namun kami diberi keistimewaan dengan hanya RM100. Bilik juga dinaiktaraf ke  bilik VIP. (RM100 x 2 x 3 malam = RM600 ). Sungguh selesa. Harga ini tidak termasuk sarapan. Jika sarapan diadakan, bayaran sebanyak RM12.00 seorang. Kami berpeluang bersarapan sebanyak dua kali tanpa dikenakan bayaran. 

Bilik VIP

Memang best bilik ni.

Layanan istimewa oleh pemilik hotel ini menyebabkan kami merasa malu untuk menginap di sini selalu. Ada masanya kami ambil hotel atau homestay di tempat lain. 

Sebenarnya pemilik hotel ini adalah rakan En suami semenjak mereka di sekolah rendah sehingga menengah. Jadi mereka berdua agak rapat.  Tuan Haji Azman adalah bekas tentera dan isterinya Puan Hajah Maria pula berasal dari CH. Selepas bersara mereka mengusahakan hotel ini, dah lebih 20 tahun rasanya. Namun buat masa sekarang anak mereka yang menguruskannya.

Lama juga kami tidak ke hotel ni, jadi ada penginapan lain di atas bukit belakang bangunan utama. Dikenali dengan Hiilside Cottage, jadi perlu naik tangga lah.


Jom merayau-rayau atas bukit pula.










Yang ni dua tingkat

 Tak pasti harganya, jika berminat boleh Google ya.

En Suami dan Tuan Haji Azman (kiri)


Terima kasih  Puan Maria

Malamnya aku dan En suami ke sekitar pekan Tanah Rata. Ada laluan di Restoran TAC untuk ke pasar malam harian tidak jauh dari kawasan parkir awam. Terdapat banyak kedai-kedai makan termasuk Ikhwan Delights Restaurant di Medan Selera Tanah Rata. Tidak seperti beberapa tahun yang lalu, agak susah untuk mendapatkan makanan yang sesuai dengan selera di CH.

Kita sambung nanti ya. Insya-Allah.
 




Rabu, 29 Jun 2022

Majlis Persaraan Puan Fauziah binti Abdul Hamid

 BismillahirRahmanirRahim



Sebelum terus terlupa, saya nak berkongsi gambar sempena majlis persaraan. Dah lama bersaranya iaitu pada tarikh 1 Mac 2019. Majlis diadakan di Kolej Vokasional Kajang, tempat terkahir saya berkhidmat sebagai seorang guru. Tamatlah perkhidmatan saya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia selama 30 tahun. 


Perarakan ke dewan. Kelihatan Pengarah, Encik Sufian.

Kena berucap atas pentas.

Kita belanja nasi Arab untuk kekawan.

Jamuan perpisahan.

Terima kasih, semuanya sedap.

Hadiah daripada Kelab Pensyarah dan Staf.

Kenangan di tempat duduk, biik guru bersama Puan Shafinaz dan  Puan Ku Azaniah



Sebelum tarikh bersara.

Dapat hadiah lagi.

Bergambar lagi.

Isnin, 20 Jun 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 BismillahirRahmanirRahim

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang diadakan pada 3 Jun sehingga  12 Jun diakui sangat meriah. Seolah mahu melepaskan rasa rindu yang mendalam terhadap pesta berprestij tersebut, selepas tertangguh lebih dua tahun. Dianggarkan 1.3 juta pengunjung yang hadir.

Dengan penuh debaran saya turut berusaha untuk menempatkan semua buku travelog di pesta tersebut. Mulanya saya mahu menyewa Ruang Mandiri yang dibuat khas untuk Swaterbit. Kadar sewa yang amat berbaloi, RM300 untuk 10 hari ( 10 pagi - 10 malam).Saya tidak mampu untuk berada di ruang tersebut dalam tempoh tersebut setiap hari. Untuk mencari pekerja pun agak sukar.

Ruang Mandiri yang sempat saya singgah. Terletak di belakang pentas utama.

Tidak berpurus asa, saya menghubungi pihak Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd dan menyatakan hasrat untuk menumpangkan buku di reruainya. Alhamdulillah di terima oleh Cik Puan Hidayah dengan beberapa syarat.

Tidak lama selepas tu, CEO The Bibliophile, En Kiridaren Jayakumar turut memberi tawaran yang sama. Lega.Seterusnya atas nasihat CEO Kasi Terbit yang tidak menyertai PBAKL kali ini, saya menyediakan bunting dan flyers.

3 Jun 2022

Saya ke WTC untuk memasang bunting dan terus ke Reruai Pekan Ilmu di tingkat 3. Tanpa diduga saya ditegur oleh bekas anak murid sewaktu di SMTeknik Kuala Lumpur. Pelajar tahun 1997/98 bernama En. Azmey yang bekerja di situ. Dia mencadangkan bunting itu diletakkan di reruai dan sanggup menjaganya.



4 Jun 2022
Saya ke PBAKL dengan menaiki MRT dan LRT (Maluri). Saya mula mengedar flyers kepada pengunjung yang kian ramai. Pelbagai kerenah, ada yang tak mahu terima...huuh mencabar juga. Sempat ke Reruai Jejak Tarbiah yang turut meletakkan semua buku saya.

Antara reruai tumpuan ramai

Tumpang anak murid.

Bangga la.

Dengan Azzah Abdul Rahman, antara ikon backpacker.

5 Jun 2022
Saya dan keluarga pulang ke Melaka kerana ada kenduri kahwin. Ada yang memberi pesanan untuk berjumpa, malangnya saya masih di kampung. Hari Isnin, sahabat sepegajian saya di USM iaitu Wan Zarina menghubungi saya. Kecewa juga kerana terpaksa menghampakan harapannya untuk berjumpa.

Wan Zarina dan suami, Abdullah Fahmi.

Lengkapkan koleksi travelog FAH

6 Jun 2022
Saya ajak suami balik ke rumah lebih awal agar dapat berjumpa Wan Zarina di Puncak Alam, Shah Alam. Kebetulan ada majlis kesyukuran di rumah anaknya Iman. Dapatlah kami berjumpa dan berbual agak lama setelah 33 tahun. (Graduat tahun 1989)

Kenduri.

Lepas rindu di kalbu.

7 Jun 2022
Hari ni saya beri peluang suami ke pesta buku pula, sambil restok buku Travelog New Zealand dan Travelog Eropah 1 yang dah menyusut bilangannya. 


Ambil kesempatan nampak.

8 Jun 2022
Sampai di WTC pukul 10:00 ke atas, ramai pengunjung. Hasil perbincangan dengan Kiridaren, akhirnya buku-buku saya berada di rak The Bibliophile. Beliau meminta maaf atas kelewatan tersebut.



Rak The Bibliophile

Sempat juga ke Reruai Jejak Tarbiah yang terletak berhadapan dengan The Bibliophile. Kebetulan CEOnya, Puan Saadiah Ali berada di situ. Beliau minta dua judul buku direstok.

Travelog Eropah 1 dan Tunisia perlu restok.

Dengan Puan Saadiah Ali.


Selesai melihat dua reruai tersebut, saya ke Reruai Pekan Ilmu dan menyambung tugas mengedar flyers di situ. Saya ubah strategi dan berdiri berhampiran dengan bunting. Ada yang perasan penulis di situ. Mereka singgah dan membeli buku-buku tersebut. Sukanya aai.

Sahabat penulis, Aslina Idris beli buku Eropah 1.

Pengunjung dari Sabah, lupa namanya... mohon ampun.

Cik Puan Atikah tahu mengenai buku ini dari sahabatnya di Tawau, waah.

Baru rasa seronok kerana dapat bermesra dengan pengunjung, petangnya saya menyambung tugas tersebut.

Puan Shahada, peminat buku travelog.

Sahabat penulis yang lebih dikenali sebagai Jihan Rashid sudi singgah.

Puan Hamidah Parman turut singgah, sayangnya
saya tak berada di reruai.

Dengan petugas SAP.

9 Jun 2022
Hari ni bawa beg besar yang berisi buku Eropah 1 dan Tunisia. Heretlah dengan menaiki tren.
Jom



Selepas restok buku, saya ke ruang Rehat & Baca untuk mendengar pengisian tenang buku oleh tim UNlKH. Kebetulan Puan Sri Diah Shaharuddin pun ada, dapatlah saya hadiahkan buku Eropah 1 untuknya.



Guru penulisan saya.

Sempat jumpa Tuan Hafiz Latiff, Pengetua Sekolah Penulisan Ramadan 2022.

Sambung tugas di Reruai Pekan Ilmu, bertemu lagi dengan peminat buku travelog.

Adoih lupa nama lagi

En. Nizam

Puan Zatul Iffah

Sesi petang pula.

Cik PUan Aimi

Puan Siti Nazuha, Pemilik syarikat pencetakan.

Puan Hasnah yang budiman

10 Jun 2022
Saya ke PBAKL pada sebelah petang kerana ada Majlis Pelancaran Buku Kisah Hidup UnlKH. Ianya di bawah pimpinan Puan Sri Diah.

Di pentas utama.

Jumpa dengan ramai pengkarya lain. Puan Irni Fazrita Farid (kiri) dan Puan Ilham Muslimah (kanan)

Dalam perjalanan diberitahu stok Eropah 1 dah habis. Mujur bawa lebih.


11 Jun 2022
Bertugas lagi di Reruai Pekan Ilmu, meraikan pengunjung. Memang padat suasana di setiap kawasan reruai. Meriah sungguhlah, nak jalan pun susah. Hari ni pun bawa beg besar.


Puan Sofiah yang pernah beli buku Winter D'Riyadh secara online, terus singgah
bila nampak bunting.

En Mohd Yusri dan anak gadisnya.

Beli untuk adik, Syuhada.

Sahabat penulis, Puan Siti Hasni pun singgah tambah koleksi.

Pekena nasi Mandy

Kat Sunway Mall

Petang sambung lagi.

Peminat travelog, Encik Izzat.

Sahabat penulis, Puan Shakirah Md Din.

Sebelum balik sempat snap gambar.

Pemilik Pekan Ilmu




Boss pun beri sokongan dengan membeli.

Sempat lagi restok

Yang berminat, masih ada peluang untuk beli dengan harga istimewa.
Hubungi 0133645560

Jumpa lagi PBAKL2023, insya-Allah.
















Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...