Isnin, 20 Jun 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 BismillahirRahmanirRahim

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang diadakan pada 3 Jun sehingga  12 Jun diakui sangat meriah. Seolah mahu melepaskan rasa rindu yang mendalam terhadap pesta berprestij tersebut, selepas tertangguh lebih dua tahun. Dianggarkan 1.3 juta pengunjung yang hadir.

Dengan penuh debaran saya turut berusaha untuk menempatkan semua buku travelog di pesta tersebut. Mulanya saya mahu menyewa Ruang Mandiri yang dibuat khas untuk Swaterbit. Kadar sewa yang amat berbaloi, RM300 untuk 10 hari ( 10 pagi - 10 malam).Saya tidak mampu untuk berada di ruang tersebut dalam tempoh tersebut setiap hari. Untuk mencari pekerja pun agak sukar.

Ruang Mandiri yang sempat saya singgah. Terletak di belakang pentas utama.

Tidak berpurus asa, saya menghubungi pihak Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd dan menyatakan hasrat untuk menumpangkan buku di reruainya. Alhamdulillah di terima oleh Cik Puan Hidayah dengan beberapa syarat.

Tidak lama selepas tu, CEO The Bibliophile, En Kiridaren Jayakumar turut memberi tawaran yang sama. Lega.Seterusnya atas nasihat CEO Kasi Terbit yang tidak menyertai PBAKL kali ini, saya menyediakan bunting dan flyers.

3 Jun 2022

Saya ke WTC untuk memasang bunting dan terus ke Reruai Pekan Ilmu di tingkat 3. Tanpa diduga saya ditegur oleh bekas anak murid sewaktu di SMTeknik Kuala Lumpur. Pelajar tahun 1997/98 bernama En. Azmey yang bekerja di situ. Dia mencadangkan bunting itu diletakkan di reruai dan sanggup menjaganya.



4 Jun 2022
Saya ke PBAKL dengan menaiki MRT dan LRT (Maluri). Saya mula mengedar flyers kepada pengunjung yang kian ramai. Pelbagai kerenah, ada yang tak mahu terima...huuh mencabar juga. Sempat ke Reruai Jejak Tarbiah yang turut meletakkan semua buku saya.

Antara reruai tumpuan ramai

Tumpang anak murid.

Bangga la.

Dengan Azzah Abdul Rahman, antara ikon backpacker.

5 Jun 2022
Saya dan keluarga pulang ke Melaka kerana ada kenduri kahwin. Ada yang memberi pesanan untuk berjumpa, malangnya saya masih di kampung. Hari Isnin, sahabat sepegajian saya di USM iaitu Wan Zarina menghubungi saya. Kecewa juga kerana terpaksa menghampakan harapannya untuk berjumpa.

Wan Zarina dan suami, Abdullah Fahmi.

Lengkapkan koleksi travelog FAH

6 Jun 2022
Saya ajak suami balik ke rumah lebih awal agar dapat berjumpa Wan Zarina di Puncak Alam, Shah Alam. Kebetulan ada majlis kesyukuran di rumah anaknya Iman. Dapatlah kami berjumpa dan berbual agak lama setelah 33 tahun. (Graduat tahun 1989)

Kenduri.

Lepas rindu di kalbu.

7 Jun 2022
Hari ni saya beri peluang suami ke pesta buku pula, sambil restok buku Travelog New Zealand dan Travelog Eropah 1 yang dah menyusut bilangannya. 


Ambil kesempatan nampak.

8 Jun 2022
Sampai di WTC pukul 10:00 ke atas, ramai pengunjung. Hasil perbincangan dengan Kiridaren, akhirnya buku-buku saya berada di rak The Bibliophile. Beliau meminta maaf atas kelewatan tersebut.



Rak The Bibliophile

Sempat juga ke Reruai Jejak Tarbiah yang terletak berhadapan dengan The Bibliophile. Kebetulan CEOnya, Puan Saadiah Ali berada di situ. Beliau minta dua judul buku direstok.

Travelog Eropah 1 dan Tunisia perlu restok.

Dengan Puan Saadiah Ali.


Selesai melihat dua reruai tersebut, saya ke Reruai Pekan Ilmu dan menyambung tugas mengedar flyers di situ. Saya ubah strategi dan berdiri berhampiran dengan bunting. Ada yang perasan penulis di situ. Mereka singgah dan membeli buku-buku tersebut. Sukanya aai.

Sahabat penulis, Aslina Idris beli buku Eropah 1.

Pengunjung dari Sabah, lupa namanya... mohon ampun.

Cik Puan Atikah tahu mengenai buku ini dari sahabatnya di Tawau, waah.

Baru rasa seronok kerana dapat bermesra dengan pengunjung, petangnya saya menyambung tugas tersebut.

Puan Shahada, peminat buku travelog.

Sahabat penulis yang lebih dikenali sebagai Jihan Rashid sudi singgah.

Puan Hamidah Parman turut singgah, sayangnya
saya tak berada di reruai.

Dengan petugas SAP.

9 Jun 2022
Hari ni bawa beg besar yang berisi buku Eropah 1 dan Tunisia. Heretlah dengan menaiki tren.
Jom



Selepas restok buku, saya ke ruang Rehat & Baca untuk mendengar pengisian tenang buku oleh tim UNlKH. Kebetulan Puan Sri Diah Shaharuddin pun ada, dapatlah saya hadiahkan buku Eropah 1 untuknya.



Guru penulisan saya.

Sempat jumpa Tuan Hafiz Latiff, Pengetua Sekolah Penulisan Ramadan 2022.

Sambung tugas di Reruai Pekan Ilmu, bertemu lagi dengan peminat buku travelog.

Adoih lupa nama lagi

En. Nizam

Puan Zatul Iffah

Sesi petang pula.

Cik PUan Aimi

Puan Siti Nazuha, Pemilik syarikat pencetakan.

Puan Hasnah yang budiman

10 Jun 2022
Saya ke PBAKL pada sebelah petang kerana ada Majlis Pelancaran Buku Kisah Hidup UnlKH. Ianya di bawah pimpinan Puan Sri Diah.

Di pentas utama.

Jumpa dengan ramai pengkarya lain. Puan Irni Fazrita Farid (kiri) dan Puan Ilham Muslimah (kanan)

Dalam perjalanan diberitahu stok Eropah 1 dah habis. Mujur bawa lebih.


11 Jun 2022
Bertugas lagi di Reruai Pekan Ilmu, meraikan pengunjung. Memang padat suasana di setiap kawasan reruai. Meriah sungguhlah, nak jalan pun susah. Hari ni pun bawa beg besar.


Puan Sofiah yang pernah beli buku Winter D'Riyadh secara online, terus singgah
bila nampak bunting.

En Mohd Yusri dan anak gadisnya.

Beli untuk adik, Syuhada.

Sahabat penulis, Puan Siti Hasni pun singgah tambah koleksi.

Pekena nasi Mandy

Kat Sunway Mall

Petang sambung lagi.

Peminat travelog, Encik Izzat.

Sahabat penulis, Puan Shakirah Md Din.

Sebelum balik sempat snap gambar.

Pemilik Pekan Ilmu




Boss pun beri sokongan dengan membeli.

Sempat lagi restok

Yang berminat, masih ada peluang untuk beli dengan harga istimewa.
Hubungi 0133645560

Jumpa lagi PBAKL2023, insya-Allah.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...