BismillahirRahmanirRahim
Rezeki dari Sabah. Beberapa hari sebelum Ramadan tiba, saya menerima kiriman PosLaju pelbagai jenis hidupan laut yang dikeringkan.Ya Allah... terkejut sungguh apabila bungkusannya dibuka. Ikan bilis, udang kering, geragau kering, ikan kering, sotong kering termasuk belacan Sabah.
Pengirim yang baik hati ni bernama Nazifah, yang saya kenal asbab beliau membeli 9 buah buku travelog saya. Sudahlah beli banyak buku, bagi hadiah pula ni. Masya-Allah terharu dengan ukhuwah ini. Beliau berasal dari negeri Pahang dan kini bertugas sebagai seorang guru di Kudat.
Jadi saya pun berkongsi rezeki tersebut dengan saudara mara dan jiran tetangga, agar pahalanya tersebar dan lebih ramai yang dapat merasanya. Ya Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah buat Cikgu Nazifah.
Tibalah masanya KakJee buat sambal tumis, kegemaran KakJee dan Saffura. Tak susah sebab stok Ibu Sambal sentiasa ada dalam peti sejuk. Resipinya ada di sini. https://memoryziasaf.blogspot.com/2020/02/rasa-dapurku-323-ibu-sambal.html
Ni hah kirimannya. |
Resipi Sambal Tumis Sotong Kering.
Bahan2
1 ekor sotong kering
1 senduk ibu sambal
Air asam secukupnya
1 biji bawang besar dihiris
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1.Rendam sotong di dalam air semalaman atau awal pagi hari kejadian.
2.Hiris nipis dan rebus sebentar supaya betul-betul lembut.
3.Panaskan ibu sambal, perisakan dengan air asam dan garam. Bila mendidih, masukkan sotong dan masak hingga lembut.
4.Masukkan bawang besar dan perlahankan api. Biarkan pecah minyak dengan elok baru tutup api.
Sedap dihidang dengan nasi lemak, nasi lemuni atau nasi ulam utara.
Selamat Mencuba dan berbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan