Semalam Kak Jee buat Kuih Vadei, antara kuih kegemaran. Rupanya kacang dal ni banyak sangat khasiatnya, sebab itu ianya digunakan dalam pelbagai masakan. Biasanya kita buat dalca la, huuh sedapnya.
Kacang dal ni tinggi kandungan kalsium, protein, kaya dengan serat, mengandungi flavoneid, zat besi, vitamin E, antioksidan serta zat galian lain. Harganya pun murah, sebab itu ianya menjadi pilihan ramai terutama bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian.
Resipi ini daripada guru penulisan Kak Jee, Puan Sri Diah Shaharuddin. Sedap sungguh kerana ianya garing di luar dan lembut gebu dalamnya.
Resipi Vadei Terlampau
Bahan2:
1 mangkuk kacang dal - direndam 4 jam
2 labu bawang besar - dihiris
3 bijicili merah - dihiris
3 biji cili hijau - dihiris (tak masuk)
3 sudu besar jintan manis
5 tangkai daun kari
Garam dan bahan perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1.Asingkan lebih kurang segenggam kacang dal. Selebihnya dimesin dengan kira-kira secawan air hingga hancur.
2.Tapis airnya.
3.Campurkan kacang yang hancur tadi bersama semua bahan lain, gaul supaya sekata.
4.Panaskan minyak ( guna banyak minyak supaya boleh tenggelam) tapi jangan biar terlalu panas. Api biar sederhana sahaja. Ambil sedikit doh dan bentukkan, biar mampat dan kering.
5.Goreng sampai dah garing baru terbalikkan (bila perlu). Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa. Baru helok kejadiannya.
6.Sudah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan.
Selamat mencuba, serius memang sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan