Saya tahu kewujudan Jeti Nelayan Changkat Nibong Tebal ini melalui Ddnology Channel. Toutube Channel yang berkaitan dengan aktiviti memancing. Siaran ini begitu digemari En. Suami. Banyak soalan yang ditanya berkaitan tempat ini tapi saya hanya jawab...tak tau.
Jeti ini sebenarnya tak jauh dari kampung saya di Sungai Bakap. Saya yang gemar dengan pemandangan jeti nelayan tidak tahu kewujudannya selama ini. Pernah ke Kampung Bagan Buaya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu tapi banyak yang dah lupa...huhu.
Balik ke kampung baru-baru ni, kami mencari jeti tersebut. Hampir tersesat juga sebab jalan ke sana agak jauh dari jalan utama. Cuaca agak mendung dan hujan turun rintik-rintik tapi kami teruskan juga untuk menikmati pemandangan sekitarnya.
|
Ramai juga pengunjung |
|
Ada nelayan yang baru hendak ke laut. |
|
Ada yang dah balik dari menjala ikan. |
|
Nelayan muda belia lagi ni.
|
|
Minta izin naik bot... tak dapat belayar pun takpa |
|
Dekat sikit |
|
Depa keluar awai untuk menjala. Ini hasilnya. |
|
Nak posing tapi takut pegang ikan. |
|
Nelayan muda yang comey.
|
|
Hasil tangkapan ini untuk saudara mara je, bukan untuk dijual. |
|
Tu dia ikan Siakap viral pun ada. Ikan keli juga. |
|
Sebelum beredar, sempat tengok aktiviti memasang enjin bot. Tak sangka besar sungguh enjin bot. Ingatkan boleh angkat gitu je. |
Dari jeti ini, nelayan atau kaki pancing akan menaiki bot untuk memancing di Sungai Udang atau sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sewa bot lebih kurang RM300 sehari. Biasanya sekitar pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Selain kawasan parkir kereta yang agak luas, ada kedai makan dan tandas. Kelihatan juga beberapa kemudahan lain yang sedang dibina.
Menarik juga tempat ni. Jom la singgah.
Lepas tu kami ke Jeti Sungai Udang pula. Kawasan pekannya padat dengan bangunan kedai. Suasana begitu sibuk dengan aktiviti berkaitan nelayan seperti mengangkut tong-tong ikan dan plastik berisi ketulan ais.
Kawasan kediaman agak banyak sehingga ke tebing sungai. Kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana tidak kelihatan ruang untuk ke jeti. Namun agak mengejutkan saya, kerana rumah-rumah nelayan di sini besar-besar belaka. Kaya nelayan kat sini.
Sori, sebab tak ambik gambar la pulak kat Sungai Udang. Kecewa sebab tak boleh masuk ke jeti.
12112021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan