BismillahirRahmanirRahim
Aduhai KakJee memang sukan sangat dengan Lasagna dan kebanyakan makanan barat. Lasagna paling sedap yang pernah KakJee rasa ialah di Ancasa Hotel Kuala Lumpur. Waktu itu KakJee sebagai Pengerusi Kelab Guru dan AJK memilih tempat tersebut untuk jamuan akhir tahun. Namun KakJee agak terkilan kerana tidak dapat makan dengan puas, maklumlah banyak tugas menanti.
Sejak itu KakJee memang menanam keinginan untuk membuat sendiri Lasagna sebab bila beli ada saja tak puas hati. Alhamdulillah akhirnya KakJee dapat resipi yang agak mudah dan disesuaikan dengan rasa sendiri.
Resipi Beef Lasagna
Bahan2:
3 keping lasagna direndam sehingga lembut.
Mozarella cheese
Cheddar cheese (tak letak)
Inti Bolognese
200 gram daging kisar jenama ADABI
3 sudu besar sos bolognese jenama ADABI
1 biji bawang Holland dipotong dadu
1/2 biji capsicum hijau dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
Carrot dipotong dadu (ikut banyak mana)
Cendawan butang dipotong dadu (tak letak)
3 biji cili padi dihiris nipis
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Sedikit oregano
Sedikit basil
Sedikit thyme
Minyak zaitun
Sedikit mentega
1.Panaskan minyak zaitun dan mentega. Masukkan bawang dan kacau sehingga sedikit perang. Masukkan daging kisar dan kacau sebentar.
2.Masukkan semua bahan lain dan masak hingga hampir kering. Sejukkan.
Sos Putih
30 gram mentega
30 gram tepung gandum
250 ml susu segar
Secubit garam
1.Panaskan mentega dalam periuk sehingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sekata.
2.Masukkan susu segar dan garam. Kacau sehingga pekat. Sejukkan.
Cara Membuatnya:
1.Sapu mentega pada permukaan pembakar.
2.Letakkan isi bolognese dan ratakan.
3.Lapiskan dengan sekeping lasagna (jika basah, keringkan terlebih dahulu).
4.Letakkan sos putih dan ratakan.
5.Ulang sehingga selesai supaya dapat sekurang-kurannya tiga lapisan. Atas sekali mesti sos putih.
6.Akhir sekali taburkan cheese.
8.Sedap dimakan sewaktu panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan