Alhamdulillah, kita dapat menyambut suasana Hari Raya Aidil Adha 1442H/2021M. Walau masih dalam suasana PKP, hanya diraikan di rumah sendiri bersama ahli keluarga. Pastinya persediaan seringkas yang boleh.
Sebenarnya KakJee dan suami tidak perasan temu janji untuk suntikan vaksin Sinovac untuk Covic-19 yang kedua adalah pada hari raya. Kira-kira tiga hari sebelum tarikh tersebut baru kami menyedarinya. Serba salah juga apabila memikirkan waktu untuk solat sunat Aidiladha.
Jadi KakJee memasak terlebih dahulu beberapa jenis juadah seperti sate, kuah kacang dan Karahi Ayam. Semuanya disejuk beku setelah siap dimasak. Tinggal merebus ketupat nasi sahaja sehari sebelum hari raya. KakJee tak mahu terlalu letih, sebagai persediaan untuk disuntik nanti.
Sarung ketupat yang dianyam suami. |
Pukul 8:30 pagi, KakJee dan suami ke MIECC untuk menerima suntikan vaksin Sinovac. Kernderaan berderet menanti giliran untuk di parkir di ruang yang disediakan. Ada petugas yang meminta kami menunjukkan temu janji di MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dewan. Kali ini tidak dibenarkan pengiring mengikut peserta yang akan disuntik.
Di checkpoint pertama, ada petugas yang meminta kami membuka aplikasi MySejahtera untuk menjawab beberapa soalan. Lama juga. Kemudian ke checkpoint seterusnya, kami ditunjukkan laluan khas untuk mereka yang akan mengambil suntikan kedua. Petugas agak ramai dan peserta dipisahkan mengikut kategori doa pertama atau kedua.
Di checkpoint seterusnya kami diberi nombor dan diminta duduk menanti giliran untuk ke meja yang disediakan. Kemudian bertemu dengan petugas di meja yang ditetapkan, MySejahtera dan borang yang sedia ada (diisi semasa suntikan pertama) diperiksa. Sampai di dewan untuk disuntik yang terletak di tingkat atas, kami terus disuruh duduk menanti giliran. Tidak perlu berjumpa dengan doktor yang bertugas.
Kerusi disusun dan kami duduk mengikut giliran untuk dipanggil ke bilik suntikan. Di depan bilik suntikan, kami disuruh duduk sekali lagi sebelum dipanggil misi yang bertugas. Kali ini KakJee berkongsi bilik di mana ada dua orang misi dan dua orang peserta. Mulanya KakJee tidak berapa setuju, ialah nanti nampak aurat pula. Mujur peserta seorang lagi adalah wanita juga sewaktu KakJee hendak disuntik.
KakJee meminta izin untuk melihat proses suntikan, maklumlah sudah ada beberapa kes dimana peserta disuntik tanpa vaksin di dalam picagari. Dibuktikan melalui beberapa rakaman video yang viral di media sosial. Misi yang bertugas pun menunjukkan cecair vaksin yang disedut dalam picagari sebanyak 0.5 ml. Tengok juga la jarum dicucuk ke sebelah atas lengan sebelah kiri. Baru puas. Alhamdulillah.
Selepas disuntik, kertas nombor giliran 2092 dan surat yang ditandatangani diserah kepada petugas dan KakJee disuruh duduk di ruang yang disediakan. Apabila nama dan nombor dipanggil, KakJee diberi semula surat tadi dan KakJee meminta tunjuka ajar bagaimana untuk mendapatkan sijil yang menunjukkan KakJee sudah menerima suntikan lengkap. Waah seronoknya. Siap disuntik pada pukul 9.00. Cepat kan.
Langkah setrusnya, kami berdua mengambil gambar kenangan peristiwa bersejarah ini. Semoga Allah melindungi kita semua daripada wabak merbahaya ini. Aamiin.
Sampai di rumah, cepat-cepat mandi dan bersedia untuk sarapan juadah yang sudah disediakan. Kemudian solat sunat hari raya, bergambar dan berehat.
Tahun ini KakJee melaksanakan ibadah korban di Uganda, tahun ketiga dah. Kali ini KakJee menamakan pahala korban untuk kakak KakJee iaitu Puan Jamilah Abdul Hamid. Semoga ibadah diterima Allah SWT.
Cerita Vaksin
KakJee dan keluarga agak lambat mendaftar untuk suntikan vaksin. Kami tidak mahu terburu-buru dan berebut, biarkan terlebih dahulu golongan yang layak diberi vaksin terlebih dahulu. Seperti petugas di bahagian hadapan negara atau golongan berusia dan yang ada penyakit.
Pada 22.06.202, kami mendaftarkan diri dengan MySejahtera dan mendapat tarikh temu janji pada 27.06.2021. Tarikh suntikan dos pertama adalah pada 29.06.2021 di PPV MIECC, Seri Kembangan Selangor. Namun masa tidak sama, di mana suami KakJee sebelah pagi manakala KakJee pula pada sesi petang. Namun KakJee mahu ikut waktu suami dan berdoa agar ianya diterima.
Pukul 8.30 pagi, kami bertolak ke tempat suntikan yang hanya memerlukan sekitar 10 minit untuk sampai. KakJee dibenarkan ikut suami malah digalakkan pula jika tarikhnya adalah sama. Lega. Kami perlu melalui petugas pertama dan kedua untuk memastikan temu janji kami adalah betul dengan merujuk MySejahtera.
Di checkpoint ketiga, kami diberi nomnor giliran borang untuk diisi dan disuruh duduk menanti di ruang yang disediakan. Suasana amat legang kerana orang tidak ramai dan petugas pula agak ramai. Kami berdua diminta bersama dalam urusan seterusnya iaitu bertemu dengan petugas di meja untuk disemak butir yang ditulis dalam borang.
Seterusnya kami ke tingkat atas, di ruang yang lebih luas. iaitu HCO A.Disebabkan tidak ramai orang jadi kami tidak perlu menunggu. Terus bertemu dengan pegawai perubatan yang bertugas. Dr Vinesh bertanya jika kami mempunyai masalah kesihatan. Seterusnya menerangkan jenis vaksin yang akan kami terima, iaitu jenis Sinovac. Penerangan juga diberi jika terdapat kesan sampingan akibat suntikan.
Di HCO A |
Dr Vinesh |
Bilik untuk disuntik |
Selepas disuntik, kami diminta berehat selama 15 minit di kerusi yang disediakan sambil menanti nama dan nombor giliran dipanggil. Kami diberi tarikh untuk suntikan kedua iaitu pada 20.07.2021.
Pastilah kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di tempat khas yang disediakan. Alhamdulillah semuanya selesai pada pukul 9.15 pagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Jom balik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan