BismillahirRahmanirRahim
Kali ini aku mahu berkongsi sejenis jus yang baik untuk kesihatan. Setelah beberapa kali membuatnya, aku kongsikan di sini supaya senang untuk dirujuk. Dikatakan jus ini boleh menurunkan paras kolesterol, namun aku belum dapat mengesahkannya lagi kerana belum menjalankan ujian darah. Walau bagaimana pun kesan positifnya sudah dirasai seperti mudah berpeluh, rasa ringan tubuh badan, lawas ke tandas dan rasa sihat.
Resepi Jus Sihat
Bahan2:500 gram bawang putih (buang kulit)
500 gram halia (buang kulit)
1 cawan perahan lemon (dalam 3-4 biji)
1 cawan apple cider
1 cawan madu Tualang (boleh lebihkan)
2 cawan air
Cara membuatnya:
1.Kisar bawang putih bersama 2 cawan air dengan menggunakan blender.
2.Tapis. Hasilnya digunakan untuk kisar halia. Tapis.
3.Masukkan hasil tapisan tadi bersama perahan lemon ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan
selama 30 minit. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Campurkan dengan apple cider dan madu. Kacau hingga sekata.
5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk.
6. Minum 1 sudu besar waktu pagi selepas bangun tidur (sebelum sarapan) dan 1 sudu besar
selepas makan malam atau 1/2 jam sebelum tidur.
Hasilnya
Setelah dimasukkan ke dalam botol madu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan