Isnin, 19 Februari 2018

Rasa Dapurku (264) - Sira Ubi Kayu




BismillahirRahmanirRahim.



Minggu lepas Kak Sal, rakan mengaji Al Quran memberi kepada aku kira-kira 2 kilogram ubi kayu. Sudah lama aku mencari ubi kayu kerana banyak yang boleh dibuat dengannya. Ubi kayu yang diberi begitu cantik, putih bersih, segar dan empuk. Sebahagian besarnya aku buat Bingka Ubi Kayu. Angan-angan punya la tinggi, untuk memberi kepada jiran-jiran dan rakan-rakan berhampiran. Ehmmm tidak sempat berbuat demikian, hanya beberapa jam semuanya licin.

Bakinya aku buat sejenis masakan yang sudah terlalu lama aku tidak temui. Sira ubi kayu. Aku tidak pasti namanya jika di sebelah utara. Seseorang yang aku panggil Mak Cik selalu membuatnya ketika aku masih kanak-kanak. Yang aku ingat Sira Ubi Kayu tersebut berwarna kuning dan berkilat. Memang sedap sebab ianya manis dan sangat empuk. 

Ketika itu ubi kayu sentiasa ada ditanam di belakang rumah.Pengalaman menanam pokok ubi kayu dan mencabut ubi kayu masih segar di dalam ingatan. Kini aku turut menanam pokok ubi kayu di belakang rumah sendiri untuk mendapatkan ubinya, tidak pasti bila aku dapat melihat hasilnya.

Aku pun mereka resepi Sira Ubi Kayu kerana terlalu ingin merasa. Amat mudah untuk menyediakannya. Alhamdulillah inilah hasilnya.

Resepi Sira Ubi Kayu
Bahan2:
1-2 batang ubi kayu segar
Gula putih secukupnya
Pewarna Saffaran/ kuning
Air secukupnya
Sehelai daun pandan.

Cara membuatnya
1.Ubi kayu dibuang kulit, dibersihkan dan dibelah mengikut saiz yang sesuai.
2.Rebus ubi kayu bersama gula, air, daun pandan dan pewarna kuning sehingga empuk. 
   Jangan lupa untuk sentiasa mengacaunya. Jika kering, tambah air sehingga betul-betul
   empuk.
3.Tutup api, boleh dinikmati ketika panas atau sejuk.





Kebun mini  di belakang rumah. 3 pokok ubi kayu untuk percubaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...