Ahad, 30 Julai 2017

Rasa Dapurku (239) - Asam Pedas Ikan Tenggiri



BismillahirRahmanirRahim



Dicicah dengan Roti Pratha pun sodap.
Kali ini aku mahu berkongsi bagaimana menyediakan Asam Pedas yang mudah dan cepat disediakan. Menjadi rutin harian di mana aku menyediakan makanan untuk tengahari di awal pagi, sebelum subuh. Jadi aku perlu memikirkan resepi yang agak mudah tetapi rasanya tetap sedap. Kebetulan ada Ikan Tenggiri dari Kuala Selangor yang masih sedar, hasilnya memang cun.

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri
Bahan2:
3 keping Ikan Tenggiri 
3-4 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar*
3-4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci kunyit hidup* (boleh guna kunyit serbuk)
Semua bahan* ditumbuk/ dikisar halus
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
Air Asam jawa secukupnya
Garam
Sedikit gula
1 batang serai @ bunga kantan @ daun limau purut@ daun kesum
3-4  kacang bendi
Minyak masak secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan bawang yang dihiris
    dan goreng sehingga garing.
2.Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga wangi.
3.Masukkan cili kisar, garam dan gula. Goreng sehingga garing.
4.Masukkan air asam jawa secukupnya dan biar mendidih.
5.Masukkan ikan dan bunga kantan atau serai. Jika menggunakan daun limau
   purut dan daun kesum, masukkan di akhir sekali.
6.Apabila ikan sudah masak masukkan kacang bendi dan perlahankan api.
   Biar sehingga agak pekat. Tutup api apabila semua rasa telah sempurna.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...