Isnin, 3 Julai 2017

Rasa Dapurku (233) - Kuih Bakar Berlauk

Kuih Bakar Berlauk

BismillahirRahmanirRahim




Kuih Bakar Berlauk pernah menjadi kegemaranku ketika mula-mula bertugas di negeri Melaka. Ianya dijual terutamanya di pasar malam. Ianya juga menjadi menu pilihan ketika kenduri atau jamuan. Namun kuih ini jarang dapat dilihat pada masa sekarang. Setelah berjaya menghasilkan Kuih Bakar Manis, tiba giliran mencuba Kuih Bakar Berlauk pula. Ada sedikit perbezaan ketika membakar kedua jenis kuih ini. Kuih Bakar Berlauk perlu dimasak terlebih dahulu di kedua-dua belah sebelum ditabur dengan inti daging yang disediakan.

Resepi Kuih Bakar Berlauk
Bahan2:
Untuk Inti
1 cawan isi ayam/daging  yang dikisar
2-3 sudu besar rempah kari daging jenama Adabi
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
Sedikit minyak
Garam
Sedikit air.
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan bawang
   besar dan goreng hingga keperangan.Masukkan bawang putih
   dan rempah.
2.Goreng rempah sehingga garing dan masukkan sedikit air dan
   garam. Kacau.
3.Masukkan ayam kisar dan masak sehingga dan agak kering. 

Untuk Kuih
Bahan2
1 cawan tepung gandum (jangan rata biar membumbung)
1 cawan telur (dalam 4 biji telur sederhana)
2 cawan santan sederhana pekat
Sedikit garam
Pewarna Saffron/ kuning/kunyit
Sedikit minyak masak/mentega

Bahan lain untuk ditabur
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang dan daun ketumbar.

Cara Membuatnya:
1.Kisar tepung bersama telur, garam, pewarna saffron/kunyit,
   santan dan air di dalam blender.
2.Tapis adunan yang terhasil dan masukkan ke dalam bekas
   yang sesuai.

Cara Membuatnya.
1. Panaskan acuan sehingga agak panas. Sapukan minyak/ mentega
    sehingga rata.
2.Tuangkan adunan ke dalam acuan kira-kira 2/3 penuh. Tutup dengan
   tudung periuk  dan biar sehingga hampir masak.


3.Terbalikkan dan bakar di dalam oven pada suhu 180 C sehingga masak
   dan sedikit berkerak.
4.Keluarkan dan tabur dengan inti diikuti dengan hirisan daun bawang
   dan cili. Potong ketika hendak dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...