BismilahirRahmanirRahim
Resepi yang mudah untuk dibuat dan memikat rasanya ini aku ambil dari FB Resepi Sedap. Aku mencuba resepi ini untuk dibawa ke rumah abang iparku yang sedang sibuk dengan persiapan untuk membuat kenduri terima menantu tidak berapa lama lagi. Rasanya memang sedap namun aku tidak berpuas hati dengan rupa apam yang terhasil. Macam-macam bentuk ada.
Apam Coklat Lembab |
Resepi Apam Coklat Lembab
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil nescafe
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
Acuan lompang/apam yang disapu minyak
Cara Membuatnya:
1.Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik
ke dalam sebuah mangkuk besar. Gaul.
2.Masukkan telur, minyak, air panas, susu pekat, susu segar dan
nescafe. Gaul sehingga rata. Guna whisk untuk memudahkan kerja.
Sssudah digaul kesemuanya. |
3.Tuangkan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4.Hasilnya lebuh kurang 40 - 50 biji bergantung kepada saiz acuan.
Pelbagai bentuk kejadian ada....huhuhu |
Untuk dijamu ketika bergotong royong. |
Ramai yang membantu semalam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan