Kenangan Berkebun di Riyadh
Aktiviti yang paling aku rindu ketika di Riyadh ialah berkebun. Walaupun kawasan bertanah di sekitar rumahku di Cheras tidak begitu luas namun aku mampu menanam pelbagai jenis pokok untuk digunakan apabila perlu. Pokok pisang, serai, daun pandan, pegaga, aloe vera , kunyit dan pokok daun pudina hidup subur. Malah pokok pisang dan aloe vera kekal subur sehingga sekarang. Setahun berlalu tanpa aku mampu menanam sebarang pokok ketika tinggal di Riyadh. Aku sedia maklum cuaca yang panas selama 8 bulan serta persekitaran padang pasir yang tandus pasti sukar untuk berkebun. Pemandangan serba kehijauan yang sering kita lihat di mana-mana di tanah air mustahil untuk dilihat di Riyadh. Hanya padang pasir dan bukit-bukit berbatu kelihatan. Minat untuk bercucuk tanam terpaksa aku pendamkan buat sementara.
|
Pemandangan dari jendela rumah kami di Riyadh. Hanya tompokan pokok
yang hampir kering memenuhi kawasan sekitar. |
Namun aku dapati warga Riyadh memiliki kawasan taman yang dipenuhi rumput menghijau dan pokok-pokok bunga di sebalik tembok rumah mereka. Pelbagai jenis pokok selain pokok kurma juga ada ditanam di bahagian hadapan rumah. Pada setiap pokok pasti terdapat sebatang paip untuk menyiram pokok tersebut. Suasana semakin ceria apabila tiba musim sejuk. Gerai-gerai menjual pokok-pokok bunga dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga. Kawasan riadah juga dihiasi dengan indahnya. Contohnya di kawasan sekitar Prince Sultan University di mana terdapatnya kawasan untuk beriadah. Tempat tersebut menjadi pilihan kami untuk berjalan kaki di hujung minggu jika kami tidak bermusafir ke mana-mana
|
Kampus wanita di PSU |
|
Taman-taman dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan |
|
Sejenis pokok yang menarik perhatian aku. Terdapat dalam pelbagai warna |
|
Ini pula di sekitar Wadi Hanifah |
Satu hari di musim sejuk, aku menyambung minat untuk berkebun. Selepas selesai urusan membuat pembayaran bulanan di Toyota , kami singgah di nurseri yang terletak berhampiran dengan Riyadh Gallery. Habis le 200 rial, aku membeli beberapa pokok, tanah dan pasu. Hasrat untuk berkebun sudah tidak dapat ditahan lagi. Lagi pula harga pokok yang dijual agak murah. Mujur ada pekerja berbangsa Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris ada di situ. Apa lagi borong sakan lah!
|
Semangat betul. Semua ada. |
|
5 rial |
|
5 rial |
|
Anak pokok cili ,1 rial sahaja |
|
Pokok cili yang sudah berbuah 10 rial |
|
Anak pokok tomato pun 1 rial |
|
Pokok pudina |
|
Pokok Aloe vera , 5 rial |
|
Ruang dapur lebih berseri dengan kehadiran pokok bunga segar |
|
Selesai proses mengubah anak pokok ke dalam pasu yang lebih besar. |
|
Sukanya tengok pokok bunga hidup di dalam rumah |
Kesemua pokok diletakkan di dalam sebuah bilik kosong di dalam rumah. Malangnya pokok-pokok tersebut tidak dapat bertahan lama. Semuanya mati kecuali pokok aloe vera yang mampu bertahan hampir setahun. Pun begitu pokok aloe vera turut pupus selepas kami kembali ke Riyadh setelah pulang bercuti ke Malaysia selama sebulan lamanya. Begitu sukar untuk aku memahami kehendak tanah yang aku gunakan untuk menanam pokok-pokok tersebut. Aku tidak pasti keperluan air yang diperlukan oleh pokok-pokok tersebut.
Memang sukar rupanya untuk bercucuk tanam di negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi. Modal yang besar diperlukan untuk mendapatkan air yang mencukupi. Contohnya bahagian pembahagi jalan yang terletak berhampiran dengan kediaman kami. Berbulan lamanya masa diambil untuk menyediakan tapak bagi menanam pokok samada pokok kurma atau pokok hiasan. Antara kelengkapan yang diperlukan ialah memasang saluran paip di setiap tapak di mana pokok akan ditanam. Beberapa kali aku melihat kawasan tapak itu digali kemudian dikambus. Sehingga kami berangkat meninggalkan Riyadh, pokok masih belum ditanam. Aku begitu kecewa kerana tidak berpeluang melihatnya. Pengalaman tersebut membuatkan aku menjadi lebih kuat semangat untuk meneruskan hobi berkebun selepas kembali ke tanah air.
|
Kawasan jalan berhampiran dengan rumahku. Kelihatan bahagian pembahagi jalan
yang dibina untuk ditanam dengan pokok. Suasana selepas hujan. Hujan tidak selebat
mana pun namun air bertakung dengan cepat kerana ketiadaan sistem pengaliran
air di jalan-jalan di Riyadh. |
|
Pokok Pisang Lemak Manis masih subur menanti kepulangan
tuannya. |
|
Aktiviti berkebun pun bermula. |
zias/cheras/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan