Rabu, 3 Disember 2025

RRCM - Norway, Sweden, Turkiye


BismillahirRahmanirRahim


Assalamualaikum.

Cepatnya masa berlalu, bulan Disember pun sudah menjelma. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, kita akan bertukar tahun. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk melalui bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Tahun 2025, sempat Kak Jee travel ke Uzbekistan (Januari), Vietnam (Julai) dan Norway & Sweden (November). Kali ini Kak Jee kongsikan dahulu RRCM di Norway, Sweden dan Turkiye sewaktu trasit di situ.

Perjalanan kami bermula di KLIA jam 10:05 pagi, memakan masa selama 10 jam lebih untuk sampai di Istanbul Airport.


Terbang dengan Turkish Airlines

Lunch, Kak Jee pilih pasta. Air ceri yang masam2 manis.

Mengeteh

2 jam sebelum mendarat.

Telur dan kentang.

Selamat mendarat

Kali kelima jejak di airport ni.

Transit selama lebih 16 jam, lepak sambil tengok barang-barang yang mahal dalam Euro. Jam 9:00 pagi terbang ke Oslo. Sempat pekena Simit dan Burek.


Simit  5 Euro

Burek 


Sampai di Oslo jam 11:00 pagi, usai urusan kami dibawa oleh travel agen ke pusat bandar. Hujan menjadikan keadaan kurang selesa untuk berjalan selepas makan. Kebetulan nampak kedai halal, terus masuk pesan makanan. 


Oslo
Vinny's Kebab, Oslo


Makan kat Vinny's Kebab. Saiz memang besar. Sedap!
Kyllingkebab lamb (NOK120) dan Shawarma ayam (NOK 120), RM200.84


Meneruskan perjalanan Ke Flam, singgah solat di Napoli dan lunch di Khalles Corner. 

Depan kedai.

Makan Fish & Chips. Yang ni lagi mahal NOK 330 sepinggan.

Ada yang order Pizza, kami nak rasa Fish & Chips Norway.

Dari Flam ke Trondhelm, sampai dah malam jadi kami dinner di Menara Trondhelm.

Restoran berputar seperti di Menara Kuala Lumpur
Kami pilih Sup Ikan (rasa masam sikit) dan Trout bakar. Setiap satu
NOK 300 ke atas. Memang mahal.







Dari Trondhelm ke Mo I Rana

Solat di sini. Muzium sains.

Sempat pekena waffle

Lembut, sapu jem. Terbaik 


Makan Pizza large untuk dinner di Trixie Kebab of Pizza di Trofors

NOK 280 (RM140.00 sebiji)


Kami sudah masuk ke Lingkaran Kutub Utara (North Circle) menuju ke Lofoten.


Singgah di mercu tanda Artic Circle

Muzium ni dah tutup.


Lunch dan solat di sini. Restoran Salmon Rokland

Buffet Salmon, NOK 250 seorang (RM125.00)
Boleh tambah.

Pekena 3 ketul ikan Salmon, puas makan.





Lofoten


Fish & Chips

Nordis Restaurant di Svolvaer.


NOK295 (bahagilah 2) sepinggan.


Trip ini tidak termasuk makan jadi disebabkan harga makanan terlalu mahal, kami hanya makan sekali sahaja sehari di luar. Waktu lain kami bawa makanan dari Malaysia. Kak Jee bawa makanan sedia dimakan produk Brahim's seperti Nasi Arab, Nasi Tomato, Asi Beriani, Nasi Lemak. Tidak ketinggalan pes  termasuk jenama Adabi.



Jika agak lama di satu tempat, dapatlah beli bahan mentah untuk masak.

Rebus je

Pes masak lemak.

Inilah hasilnya


Kentang rebus


Kuetiaw kering dibuat sup.

Nasi goreng

Kesukaan Kak Jee, sejuk2 memang sedap.

Kuetiaw tomyam

Habis seperiuk.

Spageti goreng dan keledek rebus buat sarapan.
Mi Kari Nyonya Dr Rizal sampai ke Norway.
Shopping barang di X Extra Svolvaer.
Semua mahal


Hepi shopping.
  
Kedai Asia


Dari Norway, kami menaiki Sleeper Train untuk ke Stockholm.


Cafe

Muffin

Di Stockholm, jumpa kedai halal.


Old Towm Stockholm

Chicken SEK125 (RM55.00)

Mix Specia;, SEK155 (Murah sikit berbanding di Norway), RM68.00

Semalam sahaja di Stockholm. 13 Nov 2025 menaiki Turkish Airlines ke Istanbul jam 6:00 petang. Empat jam penerbangan.

Nasi, kofta daging dan kacang kuda.

17 jam transit di Istanbul Airport. Sampai malam, esoknya baru terbang. Kebetulan ada jualan sempena Black November, potongan sehingga 60%. Aktiviti menghabiskan Euro pun berjalan lancar maklumlah tak digunakan langsung di Norway dan Sweden. Semuanya guna kad sehingga masuk tandas.

Tumpuan.

Lunch kat sini.

Doner kebab ayam.

Merasa baklava yang segar, tak terlalu manis.

Sup tomato dimakan dengan nasi.

10 jam lagi dalam penerbangan kembali ke Malaysia.

Pasta


Telur pilihanku.



Alhamdulillah selamat sampai jam 8:25 pagi.








































 

Rabu, 22 Oktober 2025

Kisah Fauziah Abdul Hamid Dalam Mastika Online

BismillahirRahmanirRahim


Travelog Fauziah Abdul Hamid 

 









Rasa Dapur Kak Jee (426) - Masak Lemak Daun Ajinomoto sama Udang.

BismillahirRahmanirRahim



Pokok Ajinomoto semakin digemari kerana senang hidup, banyak khasiat dan sedap dimakan. Kaya dengan zat besi, kalsium, protein dan vitamin C. Cara memasaknya seperti pucuk ubi kayu, boleh dibuat masak lemak, tumis belacan, tumis air atau dibuat ulam cicah air asam atau sambal belacan.

Pokok Ajinomoto ni, KakJee tanam dalam pasu sahaja hanya dengan keratan batang yang diambil dari rumah abang ipar. Cepat sahaja tumbuhnya tanpa perlu banyak baja, sebenarnya tak sempat bagi baja pun.

Awas: Jangan terkena getah daun pada tubuh badan, akan menyebabkan gatal-gatal.


Pokok Ajinomoto


Kebetulan ada stok udang segar, jadi KakJee pun buat masak lemak. Memang best lah!
Jom tengok resipinya.

Resipi Mask Lemak Daun Ajinomoto sama Udang.
Daun Ajinomoto
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
6 ekor udang bersaiz besar
1 inci kunyit hidup
4-5 cili padi bersaiz besar
1 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Daun Ajinomoto direbus selama 10-15 minit. Buang airnya dan hiris ikut saiz yang disukai.
2.Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk atau dikisar.
3.Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk yang sesuai. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau. Masukkan santan cair. Selepas mendidih, masukkan daun ajinomoto yang sudah direbus. Masak sehingga agak sebati dan masukkan udang serta daun kunyit dan garam.
4.Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. perlahan. Jangan sampai pecah minyak. Tutup api.

Makan dengan nasi panas-panas, memang ngam.

Selamat Mencuba.




Khabar gembira!

Buku travelog KakJee yang kelapan sudah terbit. 
Alhamdulillah.










 

Khamis, 25 September 2025

Rasa Dapur Kak Jee (425) - Cucur Jagung Bebas Gluten

BismillahirRahmanirRahim




Cucur jagung yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Ramai dah orang sekarang mula mencari tepung tanpa gluten demi mencuba gaya hidup yang lebih sihat. Pakar pemakanan sering membuat perkaitan antara penyakit dan tabiat pemakanan rakyat Malaysia. Pelbagai penyakit kronik dikaitkan dengan tiga bahan utama yang terdapat pada menu kita. Gula putih, tepung gandum dan susu dikatakan antara bahan yang perlu dielakkan jika mahu pulih daripada pelbagai penyakit kronik.

Kak Jee pun dah mula berpantang dengan tiga jenis sumber makanan tersebut semenjak diserang penyakit gerd dua tahun lepas. Gula putih Kak Jee gantikan dengan gula kelapa, susu memang tak ambil dan diganti dengan banyakkan makan sayur hijau sebagai sumber kalsium. Untuk tepung gandum agak sukar, pernah beberapa kali beli tepung tanpa gluten di pasaran namun harganya amatlah mahal. 250 gram mencecah RM30.00. Yang kecewanya, rasanya tak sedap dan agak keras. Malas nak beli lagi.

Baru-baru ni Kak Jee cuba buat cucur jagung tanpa tepung gandum. Kak Jee guna tepung beras dan tepung ubi kayu, mulanya jadi cair. Mungkin terlebih air, Kak Jee buangkan air dan tambah tepung semula. Gaul perlahan-lahan sampai boleh dijemput adunan tersebut dan goreng seperti biasa denga minyak. 

Sungguh tak disangka, rasanya lembut dan agak rangup. Lagi sedap berbanding dengan tepung gandum. 


Hasil kali pertama.


Kali kedua buat, bertambah sedap sebab Kak Jee tambahkan daun kunyit yang dihiris halus. Ada kawan yang mencadangkannya. Sedap dan wangi cucur jagung kali ini sehingga dipuji.

Jomlah cuba.

Resipi Cucur Jagung Bebas Gluten

Bahan2:
2 tongkol jagung segar yang diambil isinya
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung ubi kayu
1 biji telur
1/2 biji bawang besar dihiris dadu
1 biji cili merah dihiris
Daun bawang dan daun sup yang dihiris atau daun kunyit
Garam
Air sejuk dari peti ais 
Sedikit sebuk kunyit
Minyak masak kelapa sawit secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan dalam senarai kecuali air sejuk ke dalam sebuah bekas yang sesuai saiznya. Gaul rata semua bahan, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dijemput dengan tangan. Jangan terlalu cair.
2.Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing ikut pilihan masing-masing.

Selamat mencuba, anda pasti suka.


 

Khamis, 26 Jun 2025

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib





 

Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil daging korban. Tahun ini kami buat di Surau As Siddiq, jadi dapatlah lima kilo daging, sebungkus tulang lembu dan sebungkus campuran limpa, hati, paru dan jantung lembu.

Sewaktu gotong royong menyediakan bahan masakan untuk daging korban, ada yang beritahu tentang Rendang Nasib.

"Tak pernah dengar pun," respon saya.

"Masak macam rendang daging tapi campuran daging dan organ-organ dalaman tu. Jadi nasiblah siapa yang dapat daging atau organ dalaman," terang Puan Adibah.

"Oh! Nak cubalah." 

Kebetulan pula sahabat muka buku, Puan Sri Diah Shaharuddin berkongsi resipinya. Mudahlah kerja saya. Ikut ajelah, cuma saya tambah penumis atau empat sekawan, nak bagi lebih ummp.

Cubalah, bagi saya rendang ini memang sedap terutama yang organ-organ tu.

Resipi Rendang Nasib

Bahan2:
2 kg campuran daging, limpa,hati,paru dan jantung lembu. Dipotong kecil dan direbus sehingga mendidih, buang air rebusan.
20 biji cili kering*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai* (saya tambah, 2 batang serai yang diketuk)
1 inci kunyit hidup*
5 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar kerisisk
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Kisar bahana yang bertanda *
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis penumis diikuti dengan bahan kisar.
3.Kacau hingga wangi dan masukkan rempah, biar pecah minyak.
4.Masukkan daging dan lain-lain yang direbus dan masak sehingga lembut, tambah air jika perlu. 
5.Masukkan santan, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perisakan dengan garam dan masak sehingga pekat dan berminyak.
6.Sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.

Selamat mencuba.

Isnin, 16 Jun 2025

Korban 1446H/2025M


BismillahirRahmanirRahim




Selamat Hari Raya Aidiladha.


Alhamdulillah, tahun ini dapat bersama jiran-jiran meraikan program ibadah korban di Surau As-Siddiq. Program bermula seawal jam 9:00 pagi selepas selesai solat sunat Aidiladha. 


Apron khas untuk petugas wanita.


Lembu korban suami dan geng.

10 ekor lembu untuk korban tahun ini, RM1,000.00 satu bahagian lembu

Tiga ekor kambing.

Siap sedia.
Mulakan tugas bersama jiran.

Dapat kawan baru, Puan Norhashimah.

Semakin ramai yang datang membantu.


Meriah.

Dengan kawan mengaji, Puan Zainabi.

Dapat beberapa petua sewaktu memotong daging. Hiris tengah garisan 
untuk potong uratnya supaya cepat masak dan lembut.

Nilah daging urat keting yang sedap dibuat sup! Tak pernah try lagi.

Situasi di luar surau pula. Berbaju kuning tu, petugas lelaki.

Siap memotong, kita tolong kacau pula. Ni gulai kawah, sedap giler!

Tu dia!


Masak lemak cili padi N9.

Kari kambing.

Sup tulang, kaum bapa yang masak kali ni.

Makan time.

Semua sedap.


Makan dengan geng.

Tu dia, makan sakan.

Kongsi tiga orang.


Semoga ibadah korban kita diterima walaupun di mana kita melaksanakannya.
Jumpa lagi tahun depan, insya-Allah.


Bergambar selepas solat sunat.

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...