Isnin, 20 Mac 2017
Rasa Dapurku (217) - Kuih Lepat Liat
BismillahirRahmanirRahim
Kenangan yang tidak pernah aku lupa ketika zaman persekolahan puluhan tahun yang lalu. Dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, aku akan singgah di sebuah rumah untuk membeli kuih lepat liat, buat mengisi perut di waktu pagi. Malang sekali aku tidak dapat mengingati namanya, yang pasti penjualnya adalah seorang yang aku panggil Pak Cik. Kelazatan kuih tersebut seolah masih terasa walau puluhan tahun aku tidak memakannya. Begitu sukar sekali untuk membeli kuih lepat liat yang begitu terkenal di utara tanah air di Kuala Lumpur.
Lama juga aku mahu mencubanya, akhirnya berjaya juga aku membuatnya dan rasanya seolah sama seperti yang pernah aku rasai dahulu.
Walaupun tidak banyak bahan diperlukan untuk menyediakan kuih lepat liat namun untuk mendapatkan adunan yang terbaik memerlukan kesabaran. Begitu juga sewaktu membalutnya. Jika terlalu cair terlalu sukar untuk membalutnya, jika terlalu pekat takut pula keras lepat yang dihasilkan. Gula yang paling sesuai digunakan ialah gula merah bukan gula Melaka atau gula perang. Ini untuk memastikan warna kuih lepat liat cantik seperti dodol. Resepi ini asalnya dari Blog aimzfi.blogspot.my. Namun aku ubah sedikit dengan menambah gula pasir.
Resepi Kuih Lepat Liat
Bahan2:
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1-2 sudu besar gula putih
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Daun pisang
Sedikit minyak masak
Sehelai daun pandan
Cara Membuatnya:
1.Masukkan gula merah, gula pasir,air, santan, daun pandan dan garam ke dalam sebuah periuk.
2.Masak sehingga mendidih.Tapis dan biarkan sejuk.
3.Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam air gula tadi sambil dikacau. Sehingga
adunan menjadi likat.(Tidak berketul)
4.Ambil daun pisang yang sudah dilayur dan dipotong. Sapukan sedikit minyak.
5.Letakkan anggaran satu sudu besar adunan tadi di atas daun pisang.Letakkan kelapa di tengah
dan balut. Adunan yang elok kelikatannya tidak akan meleleh/mengalir ketika dibalut.
Rasa Dapurku (216) - Roti Pita Berinti Burger
BismillahirRahmanirRahim
![]() |
| Kiri Kebab Burger daging,Kanan Kebab Burger Ayam. |
Roti Pita Berinti Burger ini seumpama Kebab Segera. Mudah disediakan dan sedap dimakan. Biasanya burger daging atau ayam dijadikan intinya, pastinya keluaran Ramly menjadi pilihan. Inti digoreng bersama bawang besar tanpa menggunakan minyak kemudian dimasukkan serbuk Oregano untuk memberikan aroma yang lebih sedap. Jika mahu menambah hirisan tomato dan cili juga apa salahnya. Ketika mahu makan, barulah diletakkan sos cili, sos lada hitam atau mayonis.
Resepi Roti Pita Berinti Burger
Bahan2:
3 keping Roti Pita dipanaskan dan dipotong dua
3 keping burger daging atau burger ayam dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji buah tomato dipotong dadu (pilihan)
Sedikit serbuk Oregano
Hirisan daun Sadri/Ketumbar (pilihan)
Hirisan daun Sadri/Ketumbar (pilihan)
Daun salad/hirisan timun
![]() |
Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali dan masukkan burger dan kacau.
2.Masukkan bawang dan goreng sehingga semuanya masak.
3.Masukkan serbuk oregano dan tomato. Kacau sekejap dan
padamkan api. Sejukkan.
4.Masukkan daun salad/ hirisan timun ke dalam Roti Pita yang telah dibuka
seperti poket, diikuti dengan inti sehingga hampir penuh.Ulang sehingga habis.
seperti poket, diikuti dengan inti sehingga hampir penuh.Ulang sehingga habis.
Ahad, 12 Mac 2017
Sabtu, 4 Mac 2017
Rasa Dapurku (215) - Sambal Terung
BismillahirRahmanirRahim
Resepi ini asalnya dari arwah Tok Wan Mat Ariff, ayah kepada ibuku. Resepi ini agak mudah untuk disediakan dan sedap pastinya sedap. Ianya boleh dimasak sehingga kering atau berkuah, terpulang kepada cita rasa masing-masing. Biasanya aku akan gandingkan masakan ini dengan sup ikan atau masak lemak.
Resepi Sambal Terung
Bahan2:
2 biji terung panjang
Cili Kisar secukupnya
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Ikan bilis* (jika suka)
Bahan berganda* ditumbuk/kisar
1 sudu kecil kicap manis
Minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Sedikit air
Cara Membuatnya:
1.Terung dibersikan dan dikreingkan.Potong memanjang atau bulat
mengikut saiz yang sesuai.
2.Gaulkan bersama garam dan kunyit, biar sekata.
3.Panaskan kuali bersama minyak masak.
4.Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
5.Keluarkan sebahagian dari minyak masak tadi.
6.Masukkan bawang yang dikisar dan goreng sehingga wangi.
7.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
8.Masukkan garam, sedikti air dan kicap. Gaul rata.
9.Masukkan terung dan kacau sehingga pecah minyak
menggunakan api yang kecil.
Rasa Dapurku (214) - Asam Rebus Bendi
BismillahirRahmanirRahim
Bendi memang berkhasiat dan menjadi pilihan kami sekeluarga. Direbus dan dimakan sebagai ulam untuk dimakan bersama sambal tumis mampu menjadi pembuka selera. Bendi dikatakan sesuai untuk mengatasi beberapa masalah kesihatan seperti masalah berkaitan kandungan gula dalam darah, mengurangkan sembelit, membantu mengatasi ulser, mengurangkan masalah berkaitan penghadaman, menguatkan daya memori otak dan banyak lagi.
![]() |
| Asam Rebus Bendi |
Asam Rebus Bendi ini sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan setitik minyak, sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Paling best ialah saat menghirup kuahnya ketika panas...huuh.....
Resepi Asam Rebus Bendi
Bahan2:
15 biji bendi
1 inci halia*
1/2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 susu besar ikan bilis*
3 -5 biji cili padi*
Semua bahan * ditumbuk
1-2 sudu besar cili kisar
1 batang serai dibelah dua
3 keping asam keping
Garam
500 -700 ml air
Beberapa tangkai daun kesum
Cara Membuatnya:
1.Masukkan air ke dalam sebuah periuk yang sederhana besar.
2.Masukkan semua bahan kecuali bendi.
3.Masakan dengan api perlahan sehingga semua bahan mesra
dan masak.
4.Masukkan bendi yang telah dibersihkan dan masak bendi sehingga lembut.
![]() |
| Senang dan cepat. |
Isnin, 20 Februari 2017
Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (4) - Gazi Husrev Bezistan, Bascarsija.
| Pusat Kota lama Sarajevo, kelihatan menara masjid dan gereja. |
![]() |
| Bahagian depan masjid |
![]() |
| Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Masjid Gazi Husrez |
Sarajevo mengalami zaman keemasan sewaktu pemerintahan Gazi Husrev. Sekolah-sekolah rakyat atau madrasah, menara jam, perpustakaan, hamam atau pemandian awam, rumah penginapan dan bazar turut didirikan di kawasan tersebut.
![]() |
| Bangunan madrasah, kini dijadikan muzium. |
![]() |
| Pintu masuk madrasah, peninggalan kerajaan Uthamaniyyah. |
![]() |
| Pelbagai monumen penting sekitar Gazi Husrev Bezistan. |
![]() |
| Muzium baru berdekatan madrasah, sumbangan kerajaan Qatar. |
zias/bosnia/17
Sabtu, 18 Februari 2017
Rasa Dapurku (213) - Lempeng Kelapa
BismillahirRahmanirRahim
Lempeng Kelapa terkenal di Melaka, ianya sedap dimakan dengan sambal ikan bilis. Hari cuti memberi peluang untuk aku memasak sesuatu yang enak dimakan ketika masih panas. Teringin pula untuk membuat lempeng kelapa supaya baki asam pedas daging yang dibuat dapat dihabiskan. Selepas mencari resepi di blog, aku memilih resepi lempeng kelapa yang asli tanpa penaik. Adunan yang dibuat ini menghasilkan 4 keping lempeng yang sederhana besarnya.
Resepi Lempeng Kelapa
Bahan2:
1 cawan kelapa (putih sahaja)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit mentega/minyak
Cara Membuatnya:
1.Masukkan kelapa dan tepung gandum ke dalam bekas yang sesuai.
2.Masukkan air dan kacau sehingga membentuk adunan yang tidak berketul.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kacau .
4.Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega/minyak.
5.Masukkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakan.Biarkan
sehingga masak. Terbalikkan lempeng dan biarkan sehingga masak.
Rabu, 25 Januari 2017
Rasa Dapurku (212) - Lepat Labu Kuning
BismillahirRahmanirRahim
![]() |
| Lepat Labu Kuning berinti kelapa...memang best. |
Labu memang sedap dibuat Pengat. Teringin pula untuk membuat Lepat Labu kerana aku tidak pernah merasainya. Aku memilih resepi Lepat Labu Kuning dari Blog Fiza's Cooking kerana bahan-bahan yang diperlukan sudah ada di dapur. Rasanya memang sangat sedap lagi pula mudah untuk disediakan.
Sepanjang proses membersihkan buah labu kuning yang aku rasa agak susah, aku teringat memori ketika tinggal di Riyadh. Di sana, kebanyakan mall menjual labu kuning dalam bentuk potongan Ianya lebih mudah untuk dikendalikan. Kita hanya perlu membunag kulit dan memotongnya ikut saiz yang dikehendaki. Jadi mudah untuk memasaknya dan kerap juga kami membelinya walaupun rasanya lain sedikit dari labu kuning di tanah air sendiri.
![]() |
| Labu Kuning yang dijual di Riyadh. |
Resepi Lepat Labu Kuning
Bahan2:
1/2 biji labu kuning dalam 1 kg
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam halus
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Daun pisang yang dilayur
Cara Membuatnya:
1.Kupas labu kuning dan dipotong isinya. Rebus sehingga lembut,
toskan dan lenyek sehingga hancur.
2.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam. Gaul
sehingga sebati. Pastikan secukup rasa, boleh ditambah gula jika
kurang manis.
![]() |
| Adunan yang sudah siap. |
3.Masukkan satu sudu adunan ke atas daun pisang. Letakkan pula
kelapa parut dan tutupkan kelapa parut dengan satu sudu adunan
di atasnya.Bungkus dengan kemas.
4.Kukus sehingga masak.(dalam masa 10 - 15 minit)
![]() |
| Biarkan sejuk dahulu . |
Ahad, 15 Januari 2017
Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (2) - KL - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Langgan:
Catatan (Atom)
Jualan Merdeka 2026.
BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, dapat bertemu lagi di penghujung bulan Ogos. Sekejap sungguh masa berlalu, sedar tak sedar sudah l...
-
BismillahirRahmanirRahim Tazkirah Ramadhan Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi umat Nabi Muhammad SAW Umur kita terlalu singk...
-
Kota Madinah adalah tempat hijrah dan tempat tinggal Rasulullah s.a.w. Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa ziarah baginda adalah sebe...





























