BismillahirRahmanirRahim
Lepat Labu Kuning berinti kelapa...memang best. |
Labu memang sedap dibuat Pengat. Teringin pula untuk membuat Lepat Labu kerana aku tidak pernah merasainya. Aku memilih resepi Lepat Labu Kuning dari Blog Fiza's Cooking kerana bahan-bahan yang diperlukan sudah ada di dapur. Rasanya memang sangat sedap lagi pula mudah untuk disediakan.
Sepanjang proses membersihkan buah labu kuning yang aku rasa agak susah, aku teringat memori ketika tinggal di Riyadh. Di sana, kebanyakan mall menjual labu kuning dalam bentuk potongan Ianya lebih mudah untuk dikendalikan. Kita hanya perlu membunag kulit dan memotongnya ikut saiz yang dikehendaki. Jadi mudah untuk memasaknya dan kerap juga kami membelinya walaupun rasanya lain sedikit dari labu kuning di tanah air sendiri.
Labu Kuning yang dijual di Riyadh. |
Resepi Lepat Labu Kuning
Bahan2:
1/2 biji labu kuning dalam 1 kg
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam halus
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Daun pisang yang dilayur
Cara Membuatnya:
1.Kupas labu kuning dan dipotong isinya. Rebus sehingga lembut,
toskan dan lenyek sehingga hancur.
2.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam. Gaul
sehingga sebati. Pastikan secukup rasa, boleh ditambah gula jika
kurang manis.
Adunan yang sudah siap. |
3.Masukkan satu sudu adunan ke atas daun pisang. Letakkan pula
kelapa parut dan tutupkan kelapa parut dengan satu sudu adunan
di atasnya.Bungkus dengan kemas.
4.Kukus sehingga masak.(dalam masa 10 - 15 minit)
Biarkan sejuk dahulu . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan