Rabu, 6 September 2023

Visit My Malaysia - Langkawi (5)

BismillahirRahmanirRahim

Travelog Langkawi (5)

Pulau Tuba.

Kedai mi yang dicari berada berhampiran dengan pantai. Suasana yang sunyi menjadi riuh dengan kedatangan kami bertujuh.

Jeti Tanjung Pandan

Tiada pelanggan lain, jadi kami bebas memilih tempat duduk yang sesuai. Menu diberi dan kami mula memilih nak makan apa, perut dah lapar benar.

Kedai Mi
Pelbagai pilihan menu.

Masing-masing memilih menu apa yang diingini. Aku memesan mi udang +ketam + sotong atau mi kombo. Saffura pula nak mi udang + sotong. 

Kak Aishah dan Fitri makan nasi dengan sotong goreng kunyit. Fatihah ambil nasi goreng dan sotong. Kak Cik dan Kak Milah ambil nasi goreng sotong.

Aku juga memesan dua set keropok lekor dan minta dihidangkan dahulu untuk alas perut.

Sementara menanti hidangan disiapkan, kami menikmati pemandangan pantai dan laut di depan mata.

Cuaca terang benderang namun tak panas sebab angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mesra. Langit nan membiru menambah indah pemandangan dengan taburan pulau-pulau. Asyik.

Seronoknya mandi
Deretan pulau-pulau
Satu je kedai di sini

"Sedap keropok lekor ni, rasa ikan saja," komen Kak Aishah.

Kepok lekor best!

Semua bersetuju, sekejap saja licin dua piring keropok lekor.

Kalah keropok lekor pantai timur. Terus Kak  Aishah dan Kak Milah pesan 2 kilogram setiap seorang untuk dibawa pulang.

Mi kombo yang dihidangkan tidak terasa sosnya seperti mi udang yang pernah aku makan. Udang, sotong dan ketam yang segar menjadi perisa asli. Sampai licin kuahnya kami hirup.

Mi Kombo
Ada air kelapa lagi
Mi udang dan sotong
Nasi goreng sotong


Tidak ada tarikan lain di sekitarnya jadi selepas makan kami bergerak ke jeti untuk menanti bot yang akan sampai jam 3:00 petang.

Papan tanda Tanjung Pandan
Banyak pokok asam jawa kat pulau ni.
Tunggu bot
Jom naik bot
Dalam bot

Sampai di jeti baru kami membayar tambang bot iaitu RM5.00 seorang. Bersama dengan kami di dalam bot adalah penduduk Pulau Tuba yang membawa barang-barang untuk dipasarkan.

Sekitar jeti
Bot kami

Saya memandu kereta ke Terminal Jeti Kuah yang terletak di sebelah jeti ke PulauTuba. En Khairul sudah sedia menanti. Dia membantu kami untuk menurunkan beg-beg yang penuh di dalam kereta.

Tu dia hasil tangkapan di Langkawi
Encik Khairul pun tolong angkat beg.

"Kena mai lagi sini, satu malam tak cukup." Pesannya sebelum kami bergerak ke ruang perlepasan.

"Insya-Allah," balas saya.

Masa yang berbaki kami gunakan untuk menunaikan solat di surau yang disediakan.

Kami menaiki feri untuk ke Kuala Kedah tepat jam 5:30 petang dan sampai lebih kurang jam 8:00 malam. 

Kami menaiki grab ke Stesen Keretapi Alor Setar, seterusnya mengambil komuter terakhir jam 10:30 malam untuk balik ke rumah.

Alhamdulillah percutian kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Semua orang gembira nampaknya.

"Nanti buat pasport, bila-bila kami balik Penang kita pi Krabi." Pesan saya kepada kakak-kakak. Seronok rasanya bercuti dengan mereka.

Mereka bertiga tersenyum girang mendengarnya dan masing-masing mahu membuat atau renew pasport dengan segera.

Semoga diberikan kesihatan, rezeki dan masa untuk terus menyantuni mereka bertiga yang amat dikasihi. Selagi hayati dikandung badan, carilah ruang dan peluang untuk mencipta memori bersama.

Perbelanjaan percutian 2H1M untuk 7 orang.

Hotel = RM300.00 (ditaja Abang Mat)

Kereta sewa dan minyak = RM130.00

Feri = RM479.00

Bot Pulau Tuba =RM70.00

Grab = RM60.00

Makan = RM240.00


Jumlah perbelanjaan untuk 7 orang tidak termasuk shopping =  RM1,279.00


RM183.00 seorang.

Tak perlu belanja mahal jika ada cara yang lebih murah dan menjimatkan. Janji selesa, seronok dan silaturrahim kian rapat.

Alhamdulillah.

























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...