BismillahirRahmanirRahim
Salah satu tujuan saya menulis dan menerbitkan buku adalah untuk berkongsi pengalaman yang pernah dilalui. Dengan penuh harapan agar apa yang dinukilkan menjadi panduan buat pembaca tidak kira peringkat usia. Sebagai bekalan akhirat nanti.
Impian yang membuatkan saya terus bermotivasi untuk terus menerbitkan buku-buku saya secara swaterbit adalah agar berada di rak perpustakaan seluruh negara. Syukur alhamdulillah misi dan visi saya sudah menjadi kenyataan.
Kini, buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid sudah berada di perpustakaan desa di seluruh negara dan perpustakaan negeri kecuali Pustaka Sarawak. Doakan agar ada buku-buku saya sudi dibeli oleh perpustakaan tersebut.
Buku Travelog Arab Saudi : Winter D'Riyadh telah menerima Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tahun 2021. Sekali lagi Buku Travelog Eropah 1 juga menerima anugerah yang sama bagi tahun 2023. Alhamdulillah.
507 naskah selamat dihantar. |
Dua anugerah ini amat bermakna bagi saya sebagai penanda aras bahawa buku saya berkualiti dan diiktiraf oleh badan yang penting dalam industri buku iaitu Perpustakaan Negara Malaysia. Walaupun tanpa penerbit untuk saya bernaung, buku saya tetap mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut.
Apa kelebihan mendapat anugerah Dana Penulis jika kita menerbitkan buku secara swaterbit?
PNM membeli sejumlah 507 naskhah untuk tahun 2021 dan 506 naskhah bagi tahun 2023. Harga yang dibayar adalah harga pada kulit buku. Jika anda penerbitnya, semua nilai yang dibayar untuk anda sendiri. Jika melalui penerbit, anda akan menerima royalti mengikut peratus yang telah dipersetujui.
Secara tidak langsung pendapatan tersebut boleh dijadikan modal untuk menerbitkan buku seterusnya.
Swaterbit bermakna penulis sendiri yang menguruskan semua hal yang berkaitan dengan penerbitan tanpa melalui penerbit atau organisasi berkaitan.
1. Menentukan sendiri proses suntingan dan bacaan pruf manuskrip dengan mengupah editor yang bertauliah.
2. Menentukan reka bentuk kulit buku dan reka letak dalaman buku dengan mengupah desinger yang berkaliber.
3. Memohon ISBN dan PDP melalui Perpustakaan Negara Malaysia.
4. Menentukan pencetak yang sesuai untuk mencetak buku mengikut spesifikasi yang dipersetujui seperti saiz buku, jenis kertas dan kuantiti buku yang bakal dicetak. Mendapatkan sebut harga untuk dipertimbangkan.
5. Memasarkan sendiri buku-buku yang diterbitkan.
Alhamdulillah di samping menjual sendiri buku-buku yang diterbitkan, saya juga menggunakan meletakkan platform lain seperti kedai buku dan pembekal buku. Antaranya ialah
1.Kedai Buku Popular seluruh negara kecuali Sabah & Sarawak ada menjual
Travelog Eropah 1
Travelog Eropah 2
Travelog New Zealand : Syurga Di Wajah Queenstown
2. MPH Lembah Klang ada menjual
Travelog Eropah 1
Travelog Eropah 2
Travelog Bosnia & Herzegovina : Memburu Salju Di Langit Sarajevo
3. Galeri Buku Syabab Bangi ada menjual
Travelog Eropah 1
Travelog Eropah 2
4.Shopee Kasi Terbit
Buku-buku tersebut juga berpeluang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur serta pesta buku negeri yang dianjurkan di seluruh negara semenjak tahun 2022.
Terima kasih diucapkan buat sahabat yang setia mengunjungi blog ini serta memberi sokongan dengan membeli buku-buku ini.
Doakan agar saya terus menerbitkan buku travelog, insya-Allah.
Travelog Pertama (2017 & 2021) Sudah habis stok degan penulis |
Travelog kedua (2020 & 2021) Sudah habis stok |
Travelog ketiga (2021) Berbaki lagi 10 dalam stok penulis |
Travelog keempat (2021) Berbaki lagi 15 pada penulis |
Travelog kelima (2022 & 2023) Tiada stok pada penulis |
Travelog keenam (2023) Masih ada stok pada penulis |
Nantikan Travelog Pakistan. |
Jika berminat untuk memiliki buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid, sila WhatsApp 0133645560.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan