Rabu, 29 November 2023

Pesta Buku Melaka 2023

BismillahirRahmanirRahim


Pesta Buku Melaka 2023 telah berlangung dalam bulan September yang lalu namun tak sempat nak update ceritanya.

Bertarikh 30 September, saya dan suami terus ke The Shore Shopping Gallery yang terletak di tengah bandar Melaka. Cantik tempat ni. Hampir sejam juga kami berdua berada di booth Gua Novel untuk bertemu dengan peminat buku.

Alhamdulillah dengan promosi yang diberi ada pembeli buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid. Pembeli pertama Ustazah Siti Salbiah yang begitu tertarik dengan penerangan saya dan terus membeli empat naskhah iaitu Travelog Arab Saudi, Tunisia, Eropah 1 dan Eropah 2.


Persembahan.



Tulis elok-elok tau

Terima kasih ustazah.

Seterusnya saya berkenalan dengan adik Ameer yang suka membaca buku. Dia sendiri yang memilih buku Travelog Eropah 1 dan Eropah 2 untuk dibeli. Mamanya ikut sahaja. Sangat petah berbual dan bercita-cita mahu melanjutkan pengajiannya di Singapura apabila dewasa nanti. Wow! Hebat dik.



Encik Budin balik kampung kerana ada urusan keluarga jadi beliau singgah untuk melihat buku-buku yang dipamerkan. Mulanya dia tidak begitu berminat dengan buku travelog tetapi selepas saya terangkan, dia pun mahu try membacanya. Travelog Eropah 1 & 2 menjadi pilihan.


Rezeki sungguh Encik/Ustaz Asri, empunya Gua Novel. Sampai licin buku Eropah 1 di rak. Saya pun tidak pula membawa stok. Rugi juga kerana masih berbaki lagi pesta buku.

Muka ada senyum. Pemilik Gua Novel,  Ustaz Asri

Travelog Eropah 1 dah licin.


Seronok sungguh berada di pesta buku kali ini. Bagus orang Melaka yang amat mencintai ilmu, kehadirannya memang antara yang terbaik. Yang paling best dapat berjumpa dengan peminat buku secara langsung. 


Jumpa lagi di pesta buku seterusnya, insya-Allah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...