Ahad, 5 Februari 2023

Rasa Dapur KakJee (420) - Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi


BismillahirRahmanirRahim





KakJee mula makan tempoyak atau orang utara panggil asam durian baru setahun lebih. Sebelum ni memang tak suka apa-apa yang dimasukkan tempoyak. Setelah mendapat tahu tempoyak sebagai sumber prebiotik dan probiotik , barulah nak cuba-cuba.

Durian frozen yang sedia ada tu KakJee ambil isinya, dilecek dan ditambah garam lalu disimpan di dalam peti sejuk. Beberapa hari kemudian jadilah tempoyak. Jika nak makan sambal, campurkan dengan tempoyak. Sedapnya, rugi dari dulu tak makan. Sedangkan ahli keluarga lain memang hantu tempoyak.

Hari ni KakJee upgrade sikit dengan buat masak lemak pucuk ubi pula. Kebetulan pokok ubi jiran sebelah rumah dah tinggi menjulang. Jadi KakJee tolong tebangkan dan ambil pucuknya. Jiran pun selalu pelawa sebab banyak pokok ubi yang ditanamnya semata-mata untuk makan pucuknya.

Jom, kita masak.


Resipi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

Bahan2:
Pucuk ubi kayu secukupnya.
1 sudu besar tempoyak (boleh tambah jika suka)
Petai (pilihan)
1 sudu besar ikan bilis
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1/2 cawan santan pekat
2 batang serai diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sekeping asam keping

Cara Membuatnya:
1.Bersihkan daun ubi kayu dan rebus bersama sedikit bawang putih atau halia (petua untuk elak angin). Toskan dan hiris ikut saiz yang disukai.



2.Kisar kunyit hidup, ikan bilis dan cili padi.


3.Masukkan semua bahan yang dikisar, air secukupnya, tempoyak dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan, asam keping, garam dan pucuk ubi kayu. Kacau sehingga masak mesra.

4.Dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng, sedapnya.


Cubalah ya.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...