BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah dapat kembali berkursus di Kolej Komuniti Hulu Langat setelah lama bercuti. Memang tak sabar nak hadir ke sesi memasak. Pelbagai jenis resipi ada terutama yang menjadi pilihan untuk hari raya nanti. Ada kursus buat kuih siput, popia simpul, biskut raya dan banyak lagi.
Kali ini aku pilih buat biskut raya, sajalah nak tahu rahsia buat biskut yang sedap dan ranggup. Kursus bertarikh 28 Januari 2023 (Sabtu) dengan seramai 13 orang peserta. Rasanya semua mereka terlibat menjual biskut tidak kira sewaktu hari biasa atau hari raya. Kecuali aku yang nak belajar suka-suka.
Tiga jenis biskut yang sedap selamat disediakan iaitu Pistachio Delight, Almond Rich dan Butter Cookies. Semuanya biskut mahal ni. Kelas bermula jam 8:30 pagi dan berakhir jam 12:30 petang.
Jom layan gambar buat kenangan.
|
Cikgu Hazlillawati dan nak mula kelas |
|
Jom tengok dulu. |
|
Tulis apa yang patut. |
|
Dah siap bakar, nanti kita solekkan. |
|
Nampak macam senang tapi mencabar juga nak bentukkan.
|
|
Mulakan tugas untuk buat pula. |
|
Geng kami berempat. Paling kiri Munirah, Zainab dan Ros Azlin |
|
Kerja! |
|
Semua ada kerja. |
|
Petua ni. |
|
Cairkan coklat masakan, letak atas air panas je. |
|
Butter Cookies |
|
Almond Rich |
|
Pistachio Delight |
|
Menantu dan Mertua join bersama. |
|
Pek untuk dibawa pulang. |
|
Selesai untuk hari ni. Alhamdulillah. Jumpa lagi insya-Allah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan