Alhamdulillah. Sebulan KakJee mengikuti kursus fotografi secara online. Kursus ini agak mencabar terutama pada minggu terakhir di mana peserta perlu mengedit gambar yang telah diambil. Setiap peserta mengedit gambar secara lansung dengan dibantu guru bertugas. Ada dua latihan yang wajib dibuat dan salah satunya akan menjadi bukti penyertaan.
Gambar di atas adalah untuk Latihan 1, flat lay namanya. Abaikan nama resipi yang tertulis di gambarnya ya. Resipi ini mudah sahaja. Boleh guna roti canai atau paratha. Jom cuba.
Resipi Roti Paratha Sarang Burung
Bahan2:
1 Keping roti paratha jenama Kawan
2 biji telur
Sedikit minyak
Cara Membuatnya:
1.Dengan menggunakan pisau potong bahagian tengah kepada 4 bahagian. Pastikan potongan tidak terkena sehingga bahagian tepi.
2. Lipatkan ke bahagian luar seperti dalam gambar di bawah.
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Masak kedua belah sehingga kekuningan.
4. Masukkan telur ke bahagian lubang yang disediakan, biar sehingga telur masak seperti yang dikehendaki. Masak penuh atau 3/4.
5. Boleh dimakan bersama inti daging untuk kuih cara berlauk seperti dalam gambar.
Selamat Mencuba. Senang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan