BismillahirRahmanirRahim
Musim buah duku di Muar, Johor mendorong kami untuk ke sana awal September. Harga buah duku di Kuala Lumpur agak mahal iaitu RM10 sekilogram. Mencekik darah betul. Rugi pula jika ke Muar hanya sekadar membeli buah duku. Jadi kami mengambil keputusan untuk ke Taman Negara Gunung Ledang yang terletak di Tangkak.
|
Simpang selepas Tol Tangkak |
Sampai di Pekan Tangkak, terus nampak gerai-gerai menjual buah duku. Terus singgah beli RM20 untuk 3 kilogram. Manis buahnya. Pekan Tangkak agak sunyi, tidak seperti di tahun 1990an, ianya begitu terkenal seluruh negara dengan jualan langsirnya. Selepas kewujudan Nilai 3, terus hilang kemasyuran tersebut. Ada banyak papan tanda untuk ke Taman Negara Gunung Ledang, perjalanan diteruskan ke Sagil.
|
Tu dia Gunung Ledang. |
|
Info berkaitan taman ini |
Bayaran RM1 untuk dewasa dan yuran parkir kereta RM2. Untuk mendaki Gunung Ledang bermula pada pukul 8.00 pagi bersama guide Taman Negara dengan bayaran tertentu. Kami tidak berhasrat untuk mendaki gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia ini. Ketinggiannya adalah 1,276 meter.
|
Pokok anggerik di kawasan parkir |
Terus kami melangkah masuk ke kawasan sekitar mengikut tanda arah ke air terjun. Ada taman herba namun kelihatan tidak berfungsi maklumlah lama kawasan ini ditutup akibat pandemik Covid19. Kami mengikut sahaja laluan yang disediakan. Semakin lama kelihatan hutan dan kedengaran bunyi deruan air. Seronoknya melihat aliran air yang jernih mengalir di celah batu batan yang pelbagai saiz.
|
Jom masuk ke dalam hutan. |
Ada kawasan mandi manda, kelihatan beberapa keluarga bersama anak-anak sedang mandi. Sekumpulan remaja sedang membakar makanan yang dibawa. Tidak disangka ramai yang ke sini untuk mandi-manda kerana lebih privasi.
|
Sejuk airnya |
|
Terpegun tengok pokok-pokok besar yang berusia
|
|
Waah ada laluan ke kawasan yang lebih tinggi |
|
MasyaAllah ada air terjun di sini. |
|
Best! |
|
Suasana lebih tenang |
|
Seronoknya |
|
Ada tempat berkelah |
|
Ada undang2 ya |
|
Air jernih, banyak ikan |
|
Pokok tinggi menjadikan suasana agak gelap |
|
Jom la turun |
|
Tingginya
|
|
Ada kabin hutan dan chalet, namun sudah terbiar. |
|
Kisah Puteri Gunung Ledang |
|
Kawasan mandi berdekatan kabin hutan dan chalet |
|
Info lagi |
|
Nak balik dah |
Masih ada masa lagi untuk kami singgah di Hutan Lipur Gunung Ledang, tidak jauh dari Taman Negara Gunung Ledang. Tempat ini terkenal kerana ada Air Terjun Sagil. Oleh itu ianya D menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan mandi manda bersama keluarga. Sepanjang aliran sungai penuh dengan orang ramai.
|
Jauh juga kena jalan masuk ke dalam dari kawasan parkir |
|
Kawasan terbuka |
|
Ramai betul |
|
Kita makan dulu |
|
Ada gerai jualan |
|
Ada resort yang cantik |
Tidak mampu lagi untuk terus berjalan ke air terjun. Kami meneruskan perjalanan ke Muar, sempat juga pusing-pusing sekitar Bandar Muar. Hasrat untuk menikmati mi bandung yang terkenal tidak kesampaian. Kebanyakan kedai ditutup. Sempat aku membeli 2 kilogram lagi buah duku dengan harga RM7 sekilo. Yang dibeli di Tangkak tadi sudah hampir habis.
|
Gerai menjual buah duku |
Sempat singgah di Jeti Parit Jawa, Muar.
Melepasi Bandar Muar arah ke Melaka, lebih banyak buah duku dijual di tepi jalan. Kali ini harga yang ditawarkan lebih murah iaitu RM5 sekilogram. Aku pun singgah beli lagi 6 kilogram untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah sampai di rumah waktu malam. Puas menjamu mata melihat keindahan hutan Khatulistiwa yang masih dipelihara di Malaysia. Puas makan buah duku...11 kilogram tu.๐๐๐
Lawa
BalasPadamTerima kasih sahabat.
Padam