BismillahirRahmanirRahim
Sudah lama sebenarnya aku tidak menyediakan nasi arab di rumah. Dengan alasan setiap minggu ada jemputan majlis kahwin jiran, keluarga dan sahabat. Satu lagi yang membimbangkan aku ialah tidak mampu untuk menahan selera makan. Kerana aku peminat tegar nasi Arab....hihihi.
Untuk memenuhi permintaan rakan-rakan satu panitia, aku akur sahaja. Nasi Kabsah Kambing menjadi pilihan aku sempena mesyuarat pertama bagi tahun 2019. Alhamdulillah rempah kabsah yang dibeli di Berkat Madinah Sungai Chua begitu sedap. Semasa daging kambing sedang dimasak di dalam pressure cooker selama 1 jam, aromanya cukup menggoda.
Puan Norbayani : Nasi Arab memang takde kuah ye?
Puan Aslina : Memang tak ada kuah kak, kalau kat Mekah ada salad dengan cili hijau je.
(Puan Aslina baru pulang dari mengerjakan umrah bulan Disember lepas)
Puan Norbayani : Kat Saba ada kuah kari.
Aku : Ohhh itu nak memenuhi selera orang Malaysia.
Sebenarnya kuah yang terhasil dari rebusan daging kambing dan rencahnya ada di rumah. Tidak sempat pula aku membawanya. Malamnya kami sekeluarga menikmati nasi kabsah bersama kuah tersebut. Sedaplah pulak.....layan je la.
Menjamu selera bersama rakan-rakan satu panitia di Bilik Cenderawasih |
Resepi Nasi Kabsah Kambing (20 orang makan)
Bahan2
Untuk Rebusan daging.
2 kilogram daging kambing - dipotong ikut saiz yang sesuai
4 sudu besar rempah kabsah
1/4 cawan minyak zaitun/masak
2 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong empat
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam periuk tekanan dan tumiskan bawang besar. Kacau sehingga
keperangan menggunakan api yang sederhana.
2.Masukkan daging kambing dan rempah kabsah, kacau sehingga menjadi warna perang.
3.Masukkan tomato dan air sehingga menutupi daging kambing. Tutup periuk tekanan
dengan penutupnya dan masak dengan api sederhana selama 60 minit atau sehingga
daging lembut.
4.Keluarkan daging dari air rebusan tadi.Ambil 1 cawan untuk memasak nasi.
Selebihnya boleh diperisakan dengan garam untuk dibuat kuah.
Untuk Memasak Nasi Kabsah.
* Untuk lebih jelas sila lihat Resepi Nasi Kabsah Ayam Untuk Jamuan di dalam blog ini.

7 cawan (1 kg) beras Nasi Arab dibasuh dan direndam selama 30 minit
1 inci halia*
10 biji bawang putih*
bahan * dikisar
1 biji bawang besar didadu/dihiris
3-5 helai Daun Bay (ikut saiz)
3-5 biji cili hijau
4 sudu besar minyak sapi
4 jenis penumis, lebihkan buah pelaga
3 biji lemon kering
Pewarna Za'faran @ Saffron @ pewarna kuning
Gajus yang telah dibakar atau goreng(pilihan)
1 cawan air rebusan kambing + 9 1/2 cawan air
[Nisbah beras : air = 1 : 1 1/2
Cara Membuatnya:
1. Panaskan 2 sudu minyak sapi di dalam sebuah periuk yang sesuai.
(Boleh juga guna kuali kemudian pindahkan ke dalam periuk)
2. Masukkan bawang besar yang didadu dan goreng sehingga hampir garing.Masukkan
bahan kisar dan kacau sebentar.
3. Masukkan beras dan goreng sehingga rata (sekejap sahaja)
4. Masukkan air rebusan kambing dan air mengikut sukatan. Masukkan bersama semua
bahan lain seperti daun Bay dan penumis.
5. Masukkan limau kering. Perisakan dengan garam. Masak sehingga air kering.
6. Buatkan 2/3 lubang pada nasi yang telah kering dan masukkan pewarna Saffron
(campurkan dengan sedikit air) atau Saffron yang direndam bersama sedikit air).
Masukkan cili hijau.
(campurkan dengan sedikit air) atau Saffron yang direndam bersama sedikit air).
Masukkan cili hijau.
7. Tutup periuk dengan penutup yang sesuai ( rapat) dan biarkan sehingga nasi masak
sepenuhnya. Gunakan api paling kecil. (dalam 30 minit).
8. Letakkan 2 sudu besar minyak sapi setelah nasi masak dan tutup periuk kemudian
tutup api.
* Untuk lebih jelas sila lihat Resepi Nasi Kabsah Ayam Untuk Jamuan di dalam blog ini.
Untuk Salata @ Sambal Nasi Arab
7-8 biji buah tomato yang ranum
10 biji cili padi
4-5 biji cili merah
1/4 biji bawang besar
2 tangkai daun ketumbar/ pudina
1/2 biji air lemon
Garam
Kisar semua menggunakan food processor (tanpa air)
sehingga semuanya hancur dan halus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan