JANDA BAIK , PAHANG
BismillahirRahmanirRahim
Visit My Malaysia untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Aku mulakan dengan lawatan kami ke Janda Baik yang terletak di Bentong, Pahang. Merupakan sebuah kampung rezab Melayu yang terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, sekitar 600 meter dari paras laut.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti mandi sungai, berbasikal, meredah hutan dengan menaiki ATV atau quatbike. Boleh melawat ladang buah-buahan seperti buah tin, markisa atau durian. Banyak ladang sayur-sayuran. Ada perkampungan orang asli. Beberapa lokasi air terjun tetapi kami tidak jumpa atau cari.
Rumah penginapan seperti chalet, resort dan homestay yang terdiri daripada pelbagai peringkat sehingga yang mewah pun ada. Dibangunkan berhampiran sungai jadi termasuk dalam pakej sungai tersebut. Ada juga kawasan mandi awam dengan disediakan pondok untuk disewa. Tidak boleh sesuka hati masuk ke dalam sungai dan mandi.
Makan minum tidak perlu risau kerana banyak kedai makan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan bermula dari awal pagi.
Semasa berada di kebun buah tin, suasana terasa seperti di Cameron Highland. Udaranya lebih sejuk berbanding di Kuala Lumpur dan nyaman rasanya. Banyak anak sungai mengalir melalui kampung, amat sesuai untuk berkelah dan berkhemah. Deruan air sungai yang mengalir cukup menenangkan. Ada bunga berwarna kuning terang dari pokok besar sekitar sungai yang memberikan bau yang cukup harum.
Tarikh : Mac 2018
Lokasi : Janda Baik, Bentong Pahang.
Jarak : 50 ++ kilometer dari Cheras.
Masa Perjalanan : 1 jam melalui Lebuhraya Karak
|
Cantik...kalah sungai kat New Zealand |
|
Jalan ke Janda Baik , melalui R&R Genting Sempah. |
|
Pintu Gerbang ke Janda Baik |
|
Banyak kedai makan di tepi jalan |
|
Sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan Janda Baik |
|
Kebun buah tin. Pokok buah tin untuk dijual semurah RM80 sepokok yang kecil |
|
Pemilik kebun buah tin |
|
Ditanam di dalam kawasan khas. |
|
Buahnya sebesar buah epal. Daun untuk buat teh. |
|
Sempat beli RM15 untuk 2 biji. Menyesal hanya beli 4 biji. |
|
Manis dan sedap.Nak lagi.... |
|
Kebanyakan laluan sungai adalah milik persendirian. Perlu menyewa chalet atau pondok yang disediakan. |
|
Melepaskan geram, makan dalam sungai sebab tak boleh mandi...huhu |
|
Titi menghubungkan jalan dengan chalet yang disediakan |
|
Sungai kecil berhampiran kebun buah Markisa dan sayur-sayuran.Pokok durian pun banyak. |
|
Laluan air sungai. |
|
Sekitarnya sunyi....puas ambil gambar |
|
Chengal Hill Retreat, macam best je |
|
Chengal Hill Retreat |
|
Banyak sungai-sungai, tidak jauh dari Teratak Pak Lah |
|
Kawasan berkelah terletak di tepi jalan raya utama ke Janda Baik |
|
Ada pondok untuk disewa. |
Puas tengok kehijauan dan sungai di Janda Baik. Rasa mahu pergi lagi tapi mesti bermalam supaya banyak aktiviti dapat dibuat. Dalam perjalanan balik, kami melalui jalan lama ke Bentong. Ada air terjun di sebelah kiri jalan.Waah bestnya, namun tiada orang di sekitarnya menjadikan kami takut untuk duduk lebih lama di situ.
"Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung
dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan
berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum
yang memikirkan." [Al Quran surah Ar Ra'd , ayat 3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan