Sabtu, 7 Oktober 2017

Rasa Dapurku (253) - Cendawan Goreng Celup Tepung



BismillahirRahmanirRahim



Rangup hingga sejuk.
Cendawan Tiram Goreng dikatakan amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Terus terang aku tidak pernah merasainya. Biasanya aku masak cendawan tiram bersama sayuran lain. Sup sayur dan tomyam antara yang menjadi pilihan. Kebetulan ada jualan di asrama kolej tempat aku bertugas. Pn Mazura agak sibuk membuat persediaan untuk jualan oleh pelajar Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ternampak cendawan tiram yang begitu segar dan cantik, Alhamdulillah Pn Mazura sudi menjual cendawan tiram yang masih mentah kepada aku.
Pn Mazura : Kak Jee nak beli ke cendawan ni.?
Aku            : Kan Maz nak jual malam ini, cukup ke?
Pn Mazura : Rasanya agak banyak cendawan ni, Kak Jee ambillah sebungkus, 1 kilogram.
Aku            : Waah, bagusnya. Terima kasih Maz.

Balik dari kolej aku terus mencari resepi di dalam blog. Resepi Azie Kitchen agak menarik untuk dicuba. Kebetulan semua bahan pun ada. Sebaik sahaja cendawan goreng diletakkan di atas pinggan, terus habis. Berlumba-lumba kami memakannya. Aihhh tidak boleh stop.....Terpaksa aku larikan sepiring untuk diambil gambarnya. Memang rangup.

Baru-baru ini aku memesan Cendawan Tiram Goreng di sebuah Kedai Makan yang agak terkenal di Bangi. Sekadar mahu merasa dan melihat gaya persembahannya. 
"Cendawan goreng yang awak buat lagi sedap dan segar." Komen suamiku.

RM4.80 sepinggan

Resepi Cendawan Tiram Goreng
Bahan2:
200 g cendawan tiram, bersih dan toskan
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil kunyit
Garam secukup rasa
1/2 cawan air atau secukupnya
Minyak masak.

Segar

Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan di atas kecuali cendawan dan air. Gaul sebati.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit  dan kacau sehingga mendapat adunan
   yang sesuai kepekatanya.Tepung bersalut elok dengan cendawan.\
3.Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan cendawaan tiram ke dalam adunan
   dan goreng sehingga kekuningan atau masak.Angkat dan toskan.

Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...