Jumaat, 30 Jun 2023

Rasa Dapur KakJee (421) - Ketupat Kacang Daun Pisang.


BismillahirRahmanirRahim





Usai menyediakan menu untuk sambutan Hari Raya AidilAdha, tiba-tiba teringat pula nak buat ketupat kacang. Dah petang, esok pula dah nak raya, mana nak dapat daun palas kan. Kebetulan buat pulut kuning supaya ada menu pulut, malas pula nak cari lemang.

Okey lah , aku pun ambil daun pisang di belakang rumah. Guna cara ni lagi mudah dan cepat.

Jom tengok resipi dan cara membuatnya. KakJee buat tak banyak, khas untuk diri sendiri aje, bukan apa teringat kacang dalam ketupat tu, haish terliur la pulak. 

Resipi Ketupat Kacang Daun Pisang.

Bahan2:

1 1/2 cawan beras pulut - direndam 2 jam
1/2 cawan kacang ketupat, direndam dan direbus sehingga lembut
1 kotak santan (250 gram)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun pisang - dilayur
Tali 

Cara Membuatnya:
1.Basuk beras pulut dan masukkan ke dalam periuk.
2.Masukkan santan, kacang, garam dan air. 
3.Masak sehingga separa masak sahaja.
4.Letakkan satu senduk pulut atas daun pisang dan balut seperti membuat kuih lopis.
5.Ikat dengan tali supaya ianya kemas dan tidak pecah.
6.Kukus sehingga masak.


Dimakan bersama gulai daging korban pada hari raya kedua. Yummy.

 

Khamis, 29 Jun 2023

Salam Aidiladha 1444H

  BismillahirRahmanirRahim




                                          " Taqabbalallahu minna wa minkum "
 
                                      "Semoga Allah menerima amal kami dan kalian"

Syukur dapat meraikan Hari Raya Korban pada tahun ini dalam suasana tenang serta damai bersama keluarga tersayang. Walaupun dalam hati lebih senang beraya di kampung halaman bersama kakak-kakak, abang, adik serta ahli keluarga yag lain. Namun kita hanya mampu merancang.

Pun begitu aku agak berpuas hati dengan pengisian hari raya tahun ini yang selama ini tidak pernah aku merasainya.

Sehari sebelum raya aku agak sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk hidangan hari raya.

Pertama kali juga berpeluang solat sunat hari raya di Surau Al-Siddiq yang tidak jauh dari rumah. Solat diadakan tepat pukul 8:00 pagi dan selesai apabila jam menghampiri angka 9:00 pagi. Kemudian aktiviti menyembelih 11 ekor lembu berlangsung. Kami terus balik kerana dah lapar.


Ada Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Nasi Impit, Pulut Kuning,
Ketupat kacang dan Kek Batik.

Ambik gambar selepas makan.

Teringin pula nak rasa daging korban, jadi aku ajak jiran yang bernama Su untuk Masjid Bandar Tun Hussein Onn. Waktu tu pukul 12:00, aktiviti memotong daging masih berjalan untuk sebanyak 14 ekor lembu yang dikorbankan.

Selepas solat Zohor kami menjamu selera makan tengahari iaitu nasi putih dan gulai kawah daging. Alhamdulillan syukur menikmatinya. Kemudian kami juga diberi sebungkus daging korban, rezeki jangan ditolak.

Sedap!

Ramai juga yag hadir.

Petugas sukarela


Tahun ni aku buat korban di Uganda  yang diuruskan oleh Dr Jamilah Jaafar dan suaminya yang merupakan warga Uganda. Alhamdulillah.













Ya Allah
Semoga dipanjangkan usia kami semua dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki untuk terus membuat kebajikan dan kebaikan demi Islam. Aamiin.
Insya-Allah.


 

Khamis, 22 Jun 2023

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah.

  BismillahirRahmanirRahim



Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi izin Allah SWT untuk saya berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah yang dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Walaupun sudah masuk hari keempat namun masih belum terlambat untuk kita merebut peluang yang disediakan oleh Allah SWT. Perkongsian ini adalah daripada kumpulan mengaji yang dikenali sebagai ODOJ.


Amalan 10 Hari Pertama Zulhijah 

Sepuluh hari pertama di bulan Zulhijah, seringkali dikatakan sebagai sepuluh hari terbaik dalam setahun untuk melakukan lebih banyak amalan dan bentuk ibadah lainnya.

Nabi Muhammad ﷺ juga mengatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijah, “Tidak ada hari di mana suatu amal saleh lebih dicintai Allah melebihi amal saleh yang dilakukan di hari-hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijah).“ [HR. Bukhari]

Berikut ini adalah amalan yang digandakan pahalanya jika dilakukan dalam sepuluh hari pertama Zulhijah.

1.Zikir

Mengingat dan melantunkan asma Allah adalah salah satu amalan yang harus kita lakukan selama sepuluh hari pertama Zulhijah.

Nabi Muhammad ﷺ berkata: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal salih di dalamnya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari sepuluh hari tersebut, karena itu perbanyaklah tahlil (Laa ilaha ill-Allah), takbir (Allahu-Akbar), dan tahmid (Alhamdulillah) di dalamnya.” [HR. Ahmad]

2.Solat dan Doa

Selama sepuluh hari pertama Zulhijah, kita harus berusaha lebih sering melakukan salat sunah dan berdoa. Doa yang kita panjatkan terutama akan diterima Allah saat berpuasa, terutama di waktu sebelum sahur dan tepat sebelum berbuka puasa.

Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” 
[HR. Tirmidzi dan Malik]

3.Membaca Al-Quran

Membaca al-Quran adalah bentuk terbaik dari berzikir. Bacalah al- Quran sebanyak mungkin dalam sepuluh hari pertama Zulhijah, siang dan malam. Bahkan walaupun hanya satu ayat setiap hari. Tingkatkan bacaan al-Quran dengan menambah beberapa menit atau beberapa halaman saat melakukan rutinitas membaca al-Quran.

4.Bertaubat dengan Tulus

Manfaatkan hari-hari penuh rahmat ini untuk meminta ampunan kepada Allah atas segala kesalahan kita.

“Maka ada pun orang yang bertobat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung.” 
[Al-Qasas 18:67]

5.Sedekah

Allah berjanji untuk memberi ampunan atas dosa-dosa jika kita bersedekah dan memberi bantuan kepada sesama yang miskin dan membutuhkan. Sedekah bisa kita berikan dalam bentuk uang atau barang secara langsung atau lewat donasi online. Ingatlah, bahkan seuntai senyuman saja juga sudah dianggap sebagai sedekah.

6.Takbir

Ibnu Umar meriyawatkan bahwa Nabi Muhammad mengatakan, “Tidak ada hari di mana suatu amal saleh lebih dicintai Allah melebihi amal saleh yang dilakukan di sepuluh hari ini. Jadi perbanyaklah membaca tahlil (Laa ilaaha illallah), takbir (Allahu akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini.” 
[HR. Ahmad]

7.Puasa

Dikenal dalam bahasa Arab sebagai Yawm Arafah, berpuasa terutama dianjurkan untuk dilakukan pada hari ke-9 Zulhijah, di mana ini adalah Hari Arafah yang penuh berkah. Nabi Muhammad ﷺ terbiasa berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijah 
[Al-Nisai dan Abu Daud].

Seperti yang diriwayatkan Abu Qatadah, terkait Hari Arafah, Rasulullah ﷺ berkata, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” 
[Muslim]

8.Korban

Hari ke-10 Zulhijah adalah Hari Raya Idul Adha atau hari berkurban (an-Nahr) dan menandai puncak perayaan ibadah haji. Kurban ini dilakukan untuk memperingati perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim (AS), saat dia memberikan domba untuk dikurbankan sebagai tebusan pengganti anak lelakinya.

Nabi Muhammad ﷺ mengatakan, “Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) kurban yang lebih dicintai oleh Allah dari mengalirkan darah. Sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada Allah sebelum jatuh ke tanah.”
[HR. Tirmizi, Ibnu Majah]


Tahniah diucapkan buat semua sahabat dan kenalan yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Antaranya rakan-rakan dari KVK iaitu Pn Shafina, Pn Norbayani, Pn. Aminatun dan Pn NorAzlin. Tidak ketinggalan Pn Faizah Yusof.


Menjadi Duyufurahman  adalah idaman setiap orang Islam.


"Semoga  Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni."

Aamiin Ya Rabb.

Rabu, 5 April 2023

Doa Khatam Al-Quran Ramadan

 BismillahirRahmanirRahim



Salam 15 Ramadan buat pengunjung blog ni. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk meneruskan ibadah di bulan yang mulia ini. 

Pastinya ramai yang sedang berusaha untuk khatam al-Quran di bulan yang juga sinonim dengan 'Bulan al-Quran".

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185, yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang batil."

Berikut adalah doa khatam al-Quran yang boleh dibaca.

Semoga ianya memberi manfaat dan doanya diterima.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad  dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui.

Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani. Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. 

Wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah,jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu,sebagai cahaya penyuluh,semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran,selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan.

Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekelian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Aamiin.


Khamis, 23 Mac 2023

Marhaban Ya Ramadan

BismillahirRahmanirRahim



 Alhamdulillah kita diberi rezeki untuk berada di bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini.

"Ya Allah jadikanlah  hilal ( bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkahan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."

Ramadan Bulan Ibadah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No. 1793) Hadis Sahih.


Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.


Ramadan adalah bulan Syiam ( berpuasa di siang hari ) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al_Quran, zikir dan doa)


Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai amalan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan menyediakan dirinya dengan rahmah Allah untuk masuk ke syurga.

Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

Bulan Ramadan dipermudahkan  kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk menganggu atau menggoda.


C&P
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor



Didoakan buat semua pengunjung blog ini, semoga kita semua diberi kesihatan terbaik untuk menunaikan kewajipan berpuasa sepanjang bulan mulia ini.  Dengan penuh harapan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. Direzekikan juga untuk bertemu dengan malam Lailatul qadr. Aamiin.



Selasa, 7 Mac 2023

Visit My Malaysia - Kuantan 188, Pahang.


BismillahirRahmanirRahim


Ada mercu tanda terbaharu di Kuantan! Menara Kuantan 188, merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Mula dibina pada tahun 2017 dan siap pada tahun 2020.

Ada dek pemerhatian terbuka, restoran, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter.

Alhamdulillah kami berpeluang makan malam di Restoran Noriaku pada 27 Februari 2023. Ada menu masakan Jepun dan makanan barat dan hidangan nasi berserta lauk terpilih tidak lama lagi.

Terletak di pinggir Sungai Kuatan dan memiliki pemandangan keseluruhan Bandaraya Kuantan yang amat menarik. Cuma sayangnya waktu kami berkunjung ke sana, hujan pula. Jadi kurang jelas sedikit pemandangannya.


Jom naik lif

Dalam lif

Raikan ulangtahun perkahwinan - alhamdulillah.

Restoran


Jambatan menghubungkan Kuantan dan Tanjung Lumpur.

Tanjung Lumpur


Makan apa tu?


Restorannya.

Robot bertugas hantar makanan. Best gak!

Chicken Chop untuk suami

Spageti untuk Saffura

Saya punya

Shushi ni, kongsi.

Aiskrim mint yang sedap.

Jom makan.

Semuanya ni RM125.00

Sebelum balik.





Info

Jangan lupa singgah di Kuantan 188, memang best!


























Khamis, 16 Februari 2023

Bengkel Penulisan Buku Kisah Hidup 2023

BismillahirRahmanirRahim


Sijilnya

 
Alhamdulillah dapat menghadirkan diri mengikuti bengkel penulisan pertama secara bersemuka bertarikh 12 Februari 2023. Berlangsung di Pusat Pembelajaran Kejiranan, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Anjuran Tim Bkh Lembah Klang, UnIKH.

Saya antara yang terawal sampai, meja pendaftaran pun belum buka.

Duduk sebelah Puan Irni Fazrita, yang sudah berjaya menterjemahkan
empat novel bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Puan Sri Diah sentiasa memberi semangat buat penulis untuk berkarya

Ada meja disediakan untuk jualan buku.

Sambil mendengar kami dibenarkan makan-makan. Best!

Dengan Puan Halimatun yang awal-awal lagi sudah pesan buku
Eropah 1 dan Eropah 2. Beliau baru kembali ke Malaysia setelah
14 tahun di Arab Saudi bertugas sebagai jururawat (Jeddah & Riyadh)
Sudah beli lima buku travelog saya.


Wan Derina Dahili, peserta paling jauh, datang dari Miri. Gembira dapat
bersua muka dengan beliau. Dua buku, Eropah 1 & 2 sudah dipos ke sana.
Hari ni dapat bergambar dan beliau tambah koleksi dengan membeli buku
Bosnia pula.


Selesai makan tengahari dan solat, sesi sebelah petang adalah mempraktiskan teori yang telah diajar Mak Sri sesi pagi tadi. Kena perah otak ni.


Ada acara cabutan bertuah, saya pun bertuah juga.

Dapat juga hadiah misteri daripada Datin Noor Azila hanya untuk empat 
peserta.

Perah idea.

Semua sibuk menyiapkan tugasan.

Kena tampal aku janji oooo. Bila nak siapakan buku solo.


Siap tugasan masing-masing setakat hari ni.


Selesai sesi bertukar buku.


Dah sibuk nak balik la ni.

Jom...


Terima kasih Mak Sri Diah, ajk penganjur, semua peserta dan tidak ketinggalan buat mereka yang sudah membeli buku-buku saya hari ini. Syukur, alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki kalian. 

Dr Farhuda dengan Travelog Eropah 1 & 2

Puan Masita, Eropah 1 & 2.

Sahabat penulis Puan Noraini .

Sahabat penulis yang jauh dari Kelantan, Puan Noraihan.


Puan Lyna (kanan) beli tiga buku saya namun terlepas pandang termiss untuk bergambar.
Pinjam gambar ya Jihan.

Kawan FB, En. Sharif juga beli Travelog Eropah 2.

Puan Rashidah, kakak Dr Farhuda beli buku Bosnia.

En Fazid beli buku Eropah 2 dan Bosnia, Puan Noraini pula beli buku Bosnia.

Tersorok kat belakang tu. Meriah!


Didoakan agar cita-cita para peserta untuk menghasilkan buku solo tentang kisah hidup dipermudahkan. Insya-Allah. Jumpa lagi di lain waktu.





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...