BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah kita diberi rezeki untuk berada di bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini.
"Ya Allah jadikanlah hilal ( bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkahan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."
Ramadan Bulan Ibadah
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No. 1793) Hadis Sahih.
Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
Ramadan adalah bulan Syiam ( berpuasa di siang hari ) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al_Quran, zikir dan doa)
Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai amalan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan menyediakan dirinya dengan rahmah Allah untuk masuk ke syurga.
Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk menganggu atau menggoda.
C&P
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Didoakan buat semua pengunjung blog ini, semoga kita semua diberi kesihatan terbaik untuk menunaikan kewajipan berpuasa sepanjang bulan mulia ini. Dengan penuh harapan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT. Direzekikan juga untuk bertemu dengan malam Lailatul qadr. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan