Isnin, 20 April 2020

Travelog Eropah - Top Of Europe, Switzerland



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.


Kenangan paling manis di Switzerland ialah pengalaman menaiki keretapi dari Lauterbrunnen ke puncak Jungfrau. Jadi aku ingin kongsi beberapa gambar kenangan yang pasti mengiyakan kenapa Switzerland menjadi tumpuan pelancong. Juga sebagai tarikan untuk penggambaran drama atau filem yang popular.


Menanti masa berlepas.
Siap dapat paspot you.....memang have2

Laluan kami


Dari Lauterbrunnen naik keretapi hijau kuning

Pemandangan di atas keretapi.
MasyaAllah. Tabarakallah

Banyak air terjun...tak terhitung

Sungai pun banyak

Lauterbrunnen

Semakin tinggi

Lembu pun sihat je

Keretapi akan berhenti di beberapa stesen, kita boleh turun dan naik semula. Banyak resort.

Semakin tinggi

Peminat cerita  Crash Landing On You pasti perasan kan gambar ni.

Episod ke-16 CLOY

Sebenarnya kami dah ambil gambar dahulu tau baru CLOY.

Pemandangan yang mengasyikkan

Tengok je la

Tukar keretapi di  Stesen Kliene Scheidegg, tempat ini cukup terkenal. Naik keretapi warna merah pulak.

Ramai orang terutama dari negara India dan China


Masuk terowong dalam kawasan pergunungan yang dilihat tadi.Gelap ajelah.

Jom tengok apa ada kat puncak Jungfrau.

Laluan penuh dengan gambar sejarah pembinaan terowong keretapi.Kagum betul.
Idea Adolf Guyer-Zellear memakan masa selama 16 tahun untuk siap.

Jungfrujoch Railway adalah "highest railway in Europa" juga merupakan sebahagian dari Tapak Warisan UNESCO.


Laluan glasier yang tersanggggat sejuk, boleh sesak nafas ooooo.
Licin pulak tu!
Pelbagai replika diperbuat dari glasier

Berebut nak ambil gambar kat sini

Naik lif ke Top Of Europe @ Sphinx
Cuaca tidak berapa elok, angin bertiup kencang jadi pemandangan hanya berkabus. 


Suhu -2 darjah celcius


Bangunan ini dibina atas puncak gunung berbatu.
Kawasannya tidak terlalu luas.
Hasrat untuk bermain salji hancur berkecai kerana kawasan berkenaan ditutup akibat ribut.

Mampu tengok ajelah

Tengok dari dalam bangunan aje.


Ada ruang pameran oleh pengeluar coklat
terkenal Swiss iaitu Lindt

Shopping jap

Naik keretapi untuk turun dari Jungfrau, dapat pulak coklat.

Lapar ya dik!
Sempat berkenalan dengan Ibu Ida dari Bogor, Indonesia dalam perjalanan turun.

Memang tidak menyesallah bayar CHF200 (RM800++) seorang untuk merasa pengalaman indah ini.

Nantikan Travelog Eropah dalam bentuk buku.Insya-Allah.
Travel, Tulis & Terbit.









Sabtu, 18 April 2020

Rasa Dapur KakJee (333) - Ayam Masak Beriani


BismillahirRahmanirRahim




Resepi Ayam Masak Beriani dari blog Mat Gebu, seperti biasalah derhaka sikit-sikit. Ayam boleh sahaja digoreng terlebih dahulu, jika mahu menjimatkan masa tak perlu goreng pun okay. Aku juga tambah kentang supaya nampak banyak sikit...hihi.

Resepi Ayam Masak Beriani
Bahan2:
1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
Sedikit kismis
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar/pudina
1 biji tomato
2 biji kentang - dibelah 4 dan direbus hingga lembut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar  rempah beriani jenama Mak Siti
Garam
Air
Kunyit
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji cili hijau*
bahan * dikisar halus

Cara Membuatnya:
1.Gaul ayam bersama garam daan kunyit. Perap 15 minit dan goreng separuh masak.

Ayam siap digoreng separuh masak
2.Panaskan 1 senduk minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga harum.
3.Masukkan rempah beriani dan kacau sekejap. Masukkan pula sos tomato dan soso cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sehingga  naik minyak.
4.Masukkan ayam, kentang, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
5.Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
6.Masak sehingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Masukkan tomato, kacau dan masak sekejap.Tutup api.





Khamis, 16 April 2020

Rasa Dapur KakJee (332) - Nasi Minyak


BismillahirRahmanirRahim



Kita sedang melalui Fasa ke3 PKP yang dijangka berakhir pada 28 April 2020. Dengan penuh harapan kita doakan agar virus ini berlalu pergi.

Rindu pula dengan nasi minyak yang biasa dijamu sewaktu kenduri kahwin pada hujung minggu. Disebabkan selalu makan nasi minyak jadi aku tidak pernah membuatnya. Terasa pula tekak ini untuk menikmati nasi minyak yang lembut dan wangi dengan aroma daun pandan. Kebetulan aku mahu mencuba resepi ayam masak beriani, jadi keduanya aku satukan buat makan tengahari.Sedap! Resepi ini aku rujuk dari Blog Mat Gebu dengan sedikit olahan.

Resepi Nasi Minyak
Bahan2:
2 cawan beras basmati, direndam 30 minit dan ditoskan
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
2 cawan air
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih *
2 inci halia* (bahan * dikisar)
Garam secukupnya
Secubit gula
4 sekawan (penumis)
Sedikit pewarna saffron
1 helai daun pandan
Sedikit kismis

Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Masukkan penumis dan bawang besar, kacau hingga  bawang layu dan bau harum. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Kacau sekejap, masukkan air dan biarkan mendidih.
2.Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Apabila mendidih masukkan beras, kacau rata dan biarkan sehingga nasi kering.

Nak guna periuk nasi elektrik pun okay.

3.Bila nasi kering, buat lubanag dan masukkan pewarna saffron. Masukkan kismis. Tutup dengan penutup periuk. Perlahankan api supaya nasi masak sempurna.
4.Gembur nasi perlahan-lahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidang.



Selamat Mencuba

Rabu, 15 April 2020

Travelog Eropah - Switzerland 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.

Perjalanan ke Switzerland diteruskan yang berjarak kira-kira 267 kilometer dari Nancy, Perancis melalui lebuh raya A35. Pengalaman menarik apabila melalui sebuah terowong yang merentasi pergunungan Vosges sejauh 6.95 kilometer dengan bayaran tol sebanyak 9.4 euro.

Selepas terowong kami berhenti untuk makan dan rehat. Masak ala kadar sahaja.

Perjalanan seterusnya menyaksikan pemandangan ladang yang luas terbentang dengan kawasan pergunungan. Aku dapati banyak bangunan istana di atas puncak gunung tersebut. Itulah antara kehebatan negara Eropah yang penuh dengan istana dan gereja. Ada papan tanda menuju ke perkampungan terkenal di Perancis iaitu Colmar. Namun suamiku menolak untuk singgah.Huhu sungguh kecewa.

Istana nun di sana

Tiba di sempadan dua negara iaitu Saint-Louis, Perancis dan Basel, Switzerland. Untuk masuk ke negara Eropah yang ke7 baru bertemu sekatan laluan antara dua buah negara. Paspot tidak pun diminta, hanya kami perlu membayar tol untuk menggunakan lebuh raya sepanjang berada di Switzerland yang dipanggil vignette sticker. Ianya ditampalkan pada cermin hadapan kereta sepanjang berada di Switzerland. Berharga CHF40 dan laku dalam tempoh setahun.

Petugas siap hulurkan mesin kad kredit untuk bayaran..memudahkan urusan sungguh depa nih.


Inilah negara yang paling ingin aku kunjungi. Teringin sangat untuk melihat negara yang dinobatkan sebagai "The world's best country" dari segi ekonomi, kualiti kehidupan, sistem pengangkutan awam, eco friendliness, sistem pendidikan dan sebagainya. 


Apartmen kami di Aarau.
Pemandangan sekitar apartmen pun sudah cukup memukau.
Buah ceri sedang masak ranum, pokoknya tidak jauh dari tempat tinggal kami.


Hari ke 13 (7/7/2019)

Lauterbrunnen

Jalan utama dipenuhi resort dan kedai.

Staubbachfall paling popular di Lauterbrunnen

Pemandangan pusat bandar Lauterbrunnen dari  Staubbachfall

Air terjun Trummelbach juga terkenal dan boleh di masuki, siap ada lif lagi.


Grindelwald

Dalam perjalanan balik kami singgah di Grindelwald. Perjalanan melalui jalan yang sempit di dataran yang agak tinggi. Sepanjang jalan adalah aliran sungai di mana airnya mengalir dengan deras yang berwarna biru putih. Hujan lebat menyambut kami jadi tidak dapatlah kami ke mana-mana sekadar menjamu mata dari dalam kereta. Pemandangan amat indah di sini, lebih cantik dari yang dilihat di Lauterbrunnen. Ramai orang Arab menginap di sini, resortnya pula nampak esklusif sangat.



Resort di Grindelwald.


Interlaken

Berpusing-pusing sekitar Interlaken dalam keletihan, jadi kami tidak singgah di pekannya. Namun 
sempat kami singgah berehat di Tasik Brienz yang luas dan cantik. Interlaken membawa maksud antara dua tasik iaitu Tasik Thun dan Tasik Brienz.

Tasik Brienz


Keretapi 
Tasik Lungern 
Lucerne/Luzern

Ejaan berbeza namun ianya tempat yang sama. Hari  semakin gelap namun jam sudah pun pukul 9.30 malam ketika kami singgah di sini. Parkir kereta berhampiran Planetarium tidak jauh dari tasik.



Tasik Luzern

Hari 14 (8/7/2019)
Kami mengambil keputusan untuk ke Vaduz hari ini. Namun kisahnya akan menyusul kemudian. Pulang dari Vaduz kami singgah di Zurich.

Zurich




Mencari kedai untuk membeli sesuatu...mahal gile!


Kedai beli barang ketika di Switzerland.

Hari 15 (9/7/2019)
Bertolak ke Geneva.

Singgah di Laussane

Apartmen terletak di Perancis berhampiran Geneva

Kelihatan Kota Geneva dari kawasan apartmen kami. Ada ladang gandum yang luas sedang masak buahnya.

Hari 16 (10/7/2019)
Sempat ke Evian yang juga terletak di Perancis yang terletak di pinggir Tasik Geneva. 


Air Evian percuma, ambil je le buat stok.
Letih

Cantik juga bandar Evian

Tasik Geneva

Tasik Geneva berbentuk bulan sabit dengan keluasan kira-kira 345 kilometer persegi. Merupakan tasik terbesar di Eropah dan melangkaui sempadan antara Perancis dan Switzerland. So, hari-hari kami berada Switzerland dan Perancis....waah.




Bangunan di Geneva ni sama je tingginya.

Ada bahagian Tasik Geneva mempunyai pantai yang sesuai untuk mandi manda.

Sambung lagi dengan Switzerland ya.
Travel, Tulis & Terbit.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...