Sabtu, 15 Februari 2020

Travelog Eropah - Netherlands



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi
sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.

Dari Copenhagen kami ke Bremen, Jerman dan bermalam selama satu malam sebelum 
meneruskan perjalanan ke Amsterdam, Netherlands.

Sekitar tempat tinggal kami adalah ladang-ladang bunga yang luas.

Melawat ladang bunga lavendar.

Papan tanda lengkap dengan jarak.

Amsterdam

Kota  Amsterdam yang penuh dengan basikal.


Naik cruise paling mudah untuk melihat kota air ini.

Kincir angin lama di Zaanse Schans

Rumah tradisional di Zaanse Schans

Warna hijau sahaja di Zaanse Schans

Kasut kayu

Mimar Sinan Camii, Leiden

Bersama Imam Masjid 

Bahagaian solat utama masjid yang merupakan bekas gereja.

Rumah moden di Leiden

Tumpang bergambar ya

Bunga Hydrangae (Bunga Tiga Bulan) popular di sini sewaktu summer.

Giethorn

Giethorn

Jom bersampan di Giethorn

Pantai luas di Noordwijk

Rotterdam

Kota Pelabuhan Rotterdam

Kinderdijk


Kinderdijk dalam senarai UNESCO



Selasa, 11 Februari 2020

KOLEKSI ILMU - NASI LEMAK KUKUS


BismillahirRahmanirRahim




Alhamdulillah berpeluang menambah skil memasak di Kolej Komuniti Hulu Langat pada 13 Januari 2020. Kelas pertama yang aku ikuti bagi tahun 2020. Seramai 15 orang peserta mengikuti kursus ini. Disebabkan terlalu teruja, aku terlupa mengambil gambar kesemua rakan-rakan baharu.

Ada 4 resepi yang diajar iaitu nasi lemak kukus, sambal sotong kering, sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah. MasyaAllah semuanya sedap belaka. Mengambil masa kira-kira 5 jam untuk siap kesemuanya.


Peserta membantu cikgu menyiapkan bahan-bahan
Cikgu Hazlilawati binti Zainal menunjukkan cara memasak nasi lemak kukus



Selepas direndam, dikukus kali pertama, digaul santan,
tiba masanya untuk dikukus semula.


Menggoreng ayam berempah.


Dah siap. Tengok gambar pun tahu pasti sedap


Sekali masak 2 sambal terus.

Sambal ikan bilis. Memang banyak minyak..tak suka buang selepas dimasak.

Sambal sotong.

Dapat sijil lagi



Ahad, 9 Februari 2020

KOLEKSI ILMU - KEMBARA ILMU FOTOGRAFI DI SHAH ALAM



KEMBARA  ILMU FOTOGRAFI DI SHAH ALAM


Pagi hari Ahad yang cerah, pada 24 November 2019 seawal pukul 7.00 pagi aku sudah bergerak menuju ke Shah Alam. Dengan tenang suamiku memandu kereta di jalan raya yang terasa begitu lapang tanpa banyak kenderaan berbanding dengan  hari bekerja. Jarak sejauh 40 kilometer dari rumahku kami lalui dalam masa lebih kurang 50 minit. Kali ini aku akan mengikuti kursus Bengkel Penulisan Travelog.

Sejujurnya aku memang suka mengambil gambar apatah lagi setelah menerjunkan diri di dalam dunia penulisan travelog. Prinsip aku selama ini ialah ambil gambar dahulu, ceritanya boleh difikirkan kemudian. Lantas aku kurang menghayati objek yang mahu dirakamkan. Mujurlah aku ini jenis yang sedar diri lalu berusaha memperbaiki kekurangan diri. Aku mahu belajar untuk mendapatkan gambar yang menarik agar pembaca terpaku melihat indahnya gambar-gambar di dalam buku-buku aku nanti.

Seperti yang ditetapkan oleh penganjur kami diminta berkumpul di kawasan Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam pada pukul 8.00 pagi. Aku sampai pada pukul 7.50 pagi. Semasa turun dari kereta aku sudah terpandang seseorang yang  memakai baju berwarna biru. Sesuai dengan permintaan pihak penganjur.

Dengan senang hati aku mendekatinya dan bertanya, “Peserta bengkel fotografi ke?”

Dia pun tersenyum dan membalas pertanyaanku,"Ya." Suzana namanya.

Taklimat dimulakan sebaik sahaja semua peserta seramai 15 orang selesai menikmati nasi lemak sambil berkenalan antara satu sama lain. Sambil mendengar syarahan oleh Encik Ahmad Safir A Gani, ada sahaja pertanyaan dilontarkan oleh para peserta. Beberapa panduan asas mengambil gambar menggunakan telefon pintar semasa pengembaraan atau travel diberikan.





Gambar-gambar miliknya yang dicetak dalam saiz yang besar dijadikan contoh bagi setiap panduan yang diberi. Semestinya para peserta begitu kagum dengan gambar-gambar yang ditunjukkan. Encik Ahmad Safir A Gani adalah jurufoto profesional dan pengasas Jurufoto.com (https://jurugambar.com). Melalui laman sesawang ini beliau memaparkan foto-foto menarik dan artikel yang berkaitan dengannya.

Usai taklimat oleh Encik Ahmad Safir A Gani pada pukul 11.00 pagi, semua peserta dibawa menaiki sebuah van dan selebihnya menaiki kenderaan Encik Zaidi Ismail. Taman Botani Negara Shah Alam menjadi lokasi kami yang kedua untuk mengaplikasikan ilmu yang baru diterima. Setelah masing-masing membeli tiket berharga RM3, kami pun masuk ke dalam kawasan Taman Botani, Kali ini kami dibahagikan kepada dua kumpulan.





Kumpulan Encik Ahmad Safir A Gani diajar bagaimana mengambil gambar seperti yang dipelajari. Masing-masing mula menggunakan telefon pintar untuk merakam gambar sebaik mungkin. Apa sahaja yang dilhat menarik menjadi tumpuan kami. Semua peserta tanpa rasa malu mahu mendengar komen bagi setiap gambar yang diambil.






Bangunan, dinding, kanak-kanak yang sedang berbasikal, sawah padi, pokok menjalar, pokok pinang, denai dan langit yang membiru menjadi bahan untuk dirakamkan. Ilmu berkaitan dengan perisian yang boleh diambil melalui telefon pintar untuk menambah nilai terhadap gambar yang diambil turut dicurahkan. Nyata perisian tersebut menjadikan gambar bertambah ‘wow’ dan melekat lebih lama untuk ditatap.

Ketika keluar dari lokasi taman itu, kami berpeluang beramah mesra dengan kumpulan Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) yang diketuai oleh Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Mereka sedang mengadakan pameran bersama tiga orang wanita lain iaitu Siti Jumaidah Bensali, Salehah Abu Nor dan Nurul Atiqah Tamarun. Mereka berempat akan ke Antartika pada 18 Disember 2019. Misi mereka ialah untuk membawa balik kapsul lama yang ditanam beliau pada tahun 2004 dan menanam kapsul masa baharu.






Aktiviti berehat sebentar apabila kami dibawa menikmati makan tengahari di Medan Selera yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam pada pukul 12.30 tengah hari. Seterusnya kami ke lokasi ketiga  iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Saya pernah melihat Blue Mosque di Kuala Lumpur,” kata Ahmed, petugas di kaunter Zeynep Hotel Istanbul mengejutkan kami buat seketika.

“Ohh…Masjid Shah Alam.” Sambut aku dan suami setelah Ahmad menjelaskan ciri-ciri masjid yang dilihatnya.

Sejak itu kami mengelarkannya Masjid Biru, sesuai dengan  kubahnya yang berwarna biru. Blue Mosque atau Masjid Ahmad di Istanbul pun tidak sebiru Masjid Shah Alam. Selepas solat kami tidak melepaskan peluang untuk mencari sudut-sudut yang sesuai untuk dirakamkan.




Pukul 3.00 petang kami tiba di lokasi terakhir iaitu Selangor International Islamic Arts Complex terletak tidak jauh dari masjid. Kali ini kumpulan kami berguru pula dengan Encik Zaidi Ismail. Aktif menulis artikel di dalam majalah Dewan bahasa, Pelita Bahasa dan Klik Web DBP juga beberapa buah buku. Turut memberi ceramah, membentangkan kertas kerja dan kursus penulisan dokumen rasmi  di pelbagai jabatan dan kementerian.



Beberapa panduan untuk menulis esei berbentuk travelog. Selain gambar yang menarik dan berkaitan dengan cerita, maklumat yang berkaitan dengan lokasi, tarikh, masa, jarak temph dan peta perlu disertakan. Unsur-unsur yang berkaitan dengan masyarakat setempat, bahasa dan budaya boleh juga dijadikan fokus penulisan. Membuat catatan dalam telefon pintar dan media sosial seperti Facebook dan Instagram (IG) amat membantu.

Suasana yang agak panas dan agak sibuk di ruang hadapan kompleks tidak langsung menghilangkan tumpuan kami untuk menadah ilmu yang diberi.

Bengkel berakhir di kompleks ini dengan ucapan penutup oleh penganjur bengkel  iaitu Puan Nurul Syahida Hassan pengasas Syarikat Syahida Hassan Enterprise (SHE). Tidak lupa beliau mengingatkan akan tugas yang perlu disiapkan oleh para peserta. Akhir sekali kami bergambar buat kenangan di hadapan bangunan kompleks.

Pukul 5.00 petang kami kembali ke Taman Tasik Shah Alam. Sempatlah kami menikmati minum petang di Kedai Kopi sebelum semua peserta kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Banyak ilmu yang diperolehi hari ini sama ada secara teori atau praktikal. Kini masanya mengaplikasi apa yang sudah dipelajari. Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam bengkel ini.

Berikut adalah beberapa kaedah yang telah dipelajari berserta contoh.



Gambar Kaedah Peraturan Ruang Ketiga (Rule of Third).
Menghasilkan gambar lebih menarik dan seimbang antara latarbelakang
dan subjek.
Guna grid pada kamera telefon pintar supaya lebih mudah.
Objek terbahagi kepada  3 bahagian, boleh di tepi kiri atau kanan atau di tengah.
Terbaik di tengah persilangan garisan mendatar dan menegak.

Gambar Kaedah Garisan Utama (Leading Line).
Cari garisan menuju objek/tempat.

Gambar Kaedah Garisan utama (Leading Line)
Cari leading line untuk fokuskan sunjek.

Gambar Kaedah Berlapisan (layering)
Layering - Foreground, Midground & Background


Gambar Kaedah Bingkai (Framing)@ Frame dalam Frame
Contoh frame adalah tingkap,pintu,pintu gerbang dan lain2 objek.


Gambar Kaedah tengah/simetri.
Penggunaan warna kontra seperti merah, biru dan
 kuning untuk menonjolkan objek.

Gambar Kaedah Corak & Tekstur.(Pattern & Textures)
Puan Nurul Syahida Hassan

Gambar Kaedah Moving Subject

Gunakan grid mendatar dan menegak sebagai rujukan. Bahagikan
langit dan bumi/lautan dengan garis lurus mendatar.Lebihkan ruang
untuk langit.(2x)

Panduan am mengambil gambar kembara
1.Warna pakaian - Pilih baju/tudung/beg dan sebagainya berwarna terang seperti merah, kuning atau biru. Terutama jika di kawasan nature/alam di mana persekitarannya hijau, biru gelap dan kelabu. Atau persekitaran salji. Pastikan apakah warna majoriti tempat yang dituju.Penggunaan warna kontra akan menonjolkan subjek utama dalam gambar.

2.Melihat warna persekitaran - Gambar yang menarik adalah gambar yang mempunyai warna yang ceria.Dalam gambar wujudkan suasana separation between subject and background, jangan blend subjek utama dengan background.

3.Tiada subjek/imej dalam gambar yang menjadi pengacau yang boleh menganggu penglihatan untuk melihat subjek utama atau ganggu keceriaan gambar.
   
           
                                       
Beg kuning dan tudung biru sebagai warna kontra.
Pengacau adalah objek dalam bulatan.
4.Mencari Mercu tanda(Landmark)- Menunjukkan anda berada di kawasan berkenaan seperti KLCC namun ianya bukan keutamaan.

5.Gambar Menegak & Melintang - Banyakkan gambar dalam bentuk melintang/horizontal/landscape.
Terlalu banyak gambar menegak, sukar untuk melihat keseluruhan suasana lokasi berkenaan.

6.Paras Mengambil Gambar (level of shooting) - Ambil gambar dari aras
   - bawah mata
   - dada
   -  pinggang
Mengambil gambar secara berdiri tegak biasanya menjadikan subjek manusia kelihatan pelik seperti nampak pendek.

7.Tetapan Kamera (Camera's Setting) -
   -Aktifkan fungsi HDR dalam kamera.
   -Jangan aktifkan funsgi 'noise reduction'. Ia akan menjadikan gambar 'soft' dan tidak jelas (sharp)
   - Gunakan fungsi panorama untuk landscape.
   - Jangan guna format gambar 16.9 sebab ambil gambar vertical/menegak, gambar akan mempunyai
     keluasan yang pelik.
   - Kawal kecerahan/exposure
   - Jangan zoom

8.Perisian dan peralatan tambahan
   -Snapseed untuk edit gambar yang diambil
   -guna gorilla pod untuk telefon.

9.Banyakkan latihan ambil gambar.

10.Teknik Pantulan
    -Boleh menggunakan cermin, lopak air,sungai, laut,bangunan bercermin,permukaan berkilat
     dan lain-lain.

11.Gambar 'close up'lebih menarik kerana memfokuskan sunjek dan menghasilkan gambar yang
     lebih terperinci.

12.Gunakan tetapan manual
     -Seperti 'esposure','balance','ISO' dan 'shutter speed' bersesuaian dengan pencahayaan.Nampak
       gambar lebih professional.



Selamat Mencuba.

Sabtu, 1 Februari 2020

Rasa Dapur kakJee (322) - Kerabu Daun Selom


BismillahirRahmanirRahim




Sudah dua kali kami singgah makan nasi di Kedai Makan Cantik yang terletak di Sungai Ramal, Bangi. Lebih 100 jenis lauk pauk untuk dipilih, memang ramai pelanggan yang datang. Aku tidak tertarik sangat dengan lauk pauk, hanya kerabu menarik minat aku. Kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku dan kerabu kacang botol. Sedapnya.

Kebetulan ada ulam daun selom, buat kerabu pun sedap nih.

Resepi Kerabu Daun Selom
Bahan2:
1 ikat daun selom dihiris 
Sedikit tauge
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
1 1/2 cawan kelapa parut
1- 2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil udang kering*
1 batang serai*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
bahan2* dikisar
sedikit serbuk lada hitam
garam secukupnya
sedikit gula perang(jika suka)
sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan kisar, cili kering dan lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan kelapa.
2.Perisakan dengan garam dan gula. Gaul rata dan tutup api. Sejukkan.



3.Gaul kelapa yang dimasak  bersama daun selom, taugeh, bawang besar dan cili.

Selamat mencuba.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...