Sabtu, 27 Disember 2025

Rasa Dapur Kak Jee (427) - Cekodok Pisang Bebas Gluten

BismillahirRahmanirRahim


Rupanya, boleh je buat  jemput-jemput pisang atau cekodok ni tanpa tepung gandum (gluten).
Rasanya pun lebih enak dan tak perlu risau nak makan banyak. Resipi kali ini Kak Jee ubah suai daripada resipi cucur jagung sebelum ni. 

Nak bagi petua, jika buat cekodok apa pun elakkan tambah tepung kemudian. Maksudnya masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair sehingga perlu tambah tepung lagi. Insya-Allah lembut kejadiannya nanti.

Mai tengok resipinya.

Resipi Cekodok Pisang Bebas Gluten

Bahan2
Pisang yang sesuai dan dah ranum dalam 6-8 biji (ikut saiz)
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung ubi kayu
Garam
Sedikit gula Melaka jika perlu
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya:
1. Pisang dilenyek sehingga hancur elok dalam bekas yang sesuai.
2. Masukkan tiga jenis tepung sambil digaul sehingga sebati. Masukkan garam dan gula jika kurang manis.
3. Tambah sedikit air jika adunan agak keras. Pastikan adunan boleh dijemput atau dibentuk.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga agak garing,

Selamat mencuba!




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rasa Dapur Kak Jee (427) - Cekodok Pisang Bebas Gluten

BismillahirRahmanirRahim Rupanya, boleh je buat  jemput-jemput pisang atau cekodok ni tanpa tepung gandum (gluten). Rasanya pun lebih enak d...