BismillahirRahmanirRahim
20082022
Pi ke puncak 'Switzerland Kedah' sat.
Lokasinya terletak di daerah Yan, pernah menjadi penanda arah buat pelayar-pelayar yang mahu singgah di negari Kedah. Kami pernah ke sana lama dahulu, waktu tu tak secantik hari ini kerana ada kerja-kerja pembinaan bangunan hotel.
Kami berkereta ke puncak yang jauhnya lebih kurang 10 km dari kaki gunung. Laluannya agak mencabar jadi perlu berhati-hati ketika memandu. Jika tak berani, boleh sewa van yang sedia menanti di kawasan parkir kaki gunung.
Sepanjang pendakian, hanya hutan tebal kelihatan. Sesekali hon perlu dibunyikan apabila melalui selekoh yang tajam. Sampai di puncak, kereta perlu diparkir di kawasan yang ditetapkan. Hanya yang ada tempahan bilik di The Jerai Hill Resort sahaja boleh masuk percuma. RM4 untuk bayaran parkir.
Suasana nyaman mula terasa sebaik sampai di lokasi utama puncaknya yang memerlukan kita berjalan kaki tapi tak jauh pun. Rasa sejuk sikit dengan suhu lebih kurang 23 darjah celcius. Maklumlah kita sedang berada pada ketinggian 1,217 meter dari paras laut.
Jom layan gambar.
Laluan ke puncak. |
Jerai Ballroom |
Ada masjid. |
Nak pi mana tu? |
Pemandangan sawah. Jika hari cerah boleh nampak laut. |
Tempat tumpuan |
Lokasi utama |
Pokok Bromeliad pun banyak kat sini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan