BismillahirRahmanirRahim
Salam Aidilfitri
Eid Mubarak
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.
Harapan kebanyakan umat Islam untuk meraikan Aidilfitri tahun ini bersama keluarga di kampung tidak kesampaian. Tahun lepas, kita beraya dalam suasana PKP1 dan tahun ini dalam suasana PKP3. PKP kali ini bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021. Sedih namun redha.
Semoga tiada lagi ancaman pandemik Covic-19 pada tahun hadapan. Aamiin ya Allah.
Seperti tahun lepas KakJee membuat persediaan untuk menyediakan juadah hari raya sehari sebelumnya. Seperti biasa, suami KakJee menganyam daun kelapa untuk dibuat ketupat nasi. Dia memang pakar, sekejap sahaja sudah siap 25 sarung ketupatnya.
Daun kelapa dan daun untuk ketupat palas boleh dibeli di pasar atau di kedai Acheh. Biasanya dibeli awal supaya tidak kehabiasan.
Siap sarung ketupat nasi |
Daun palas dibuka dahulu untuk lembutkannya |
Semua juadah siap sebelum berbuka puasa kecuali ketupat daun palas yang KakJee buat pada sebelah malamnya. Sebabnya ialah untuk merasa agar sesuai tahap lemak dan masinnya. Begitu juga dengan kuah lodeh, KakJee sediakan di awal pagi hari raya.
Gantung ketupat nasi selepas dimasak. Petua agar tahan lama. |
Sempat buat Kek Buah Kukus, 4 jam nak masak. |
Pastinya sambutan pada tahun ini lebih ketat berbanding dengan tahun lepas. Antara larangan yang dikeluarkan oleh MKN termasuklah,
1.Larangan rentas daerah dan negeri kecuali kecemasan, kesihatan, bekerja, temu janji vaksinasi, ekonomi dan pasangan jarak jauh.
2. Tidak boleh anjurkan perhimpunan sosial seperti kenduri, tahlil, majlis makan dan sebagainya.
3.Tidak dibenarkan aktiviti sukan dan rekreasi kecuali secara individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan bersenam.
4.Semua institusi pendidikan ditutup.
5.Hanya 3 orang sahaja dalam kereta persendirian dan teksi termasuk pemandu.
6.Tidak dibenarkan ziarah rumah ke rumah atau ziarah kubur.
7.Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dihadkan kepada 50 orang.
Aktiviti Hari Raya AidilFitri 2021
8.30 : Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah.
9.15 : Bergambar
10.00 : Menikmati juadah hari raya
11.00 : Menyantuni saudara mara dan sahabat melalui FB dan WhatsApp
1.00 : Rehat
3.00 : Live bersama ahli keluarga melalui WhatsApp
Malam : Menyantuni saudara mara dan sahabat melalui FB dan WhatsApp
Jom menyamu selera di hari raya
Kuah Lodeh, Kuah kacang, Rendang Tok dan Rendang cili padi ayam kampung. |
Semua dimasak takde order tau |
Ala kadar aje |
Menu yang dimasak sendiri memang sedap. |
Layan gambar-gambar sempena hari raya yang diterima di WhatsApp atau dilihat di FB.
Keluarga sepupu, Siti Zaleha Harun
Keluarga sepupu Siti Khadijah Harun dari Johor
Keluarga sepupu, Zulkafli Harun
Sepupu dan jiran di kampung, Ahmad Fathi Osman
Abang suami, Azmi Basir |
Salam Aidilfitri daripada keluarga kecil kami. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan