BismillahirRahmanirRahim
Penghujung bulan Mac 2021 seluruh negara meriah dengan kemunculan bunga Tekoma yang indah. Digelar bunga Sakura Malaysia, saban hari ada sahaja yang berkongsi gambar-gambarnya di laman sosial. Tekoma berbunga lebat di Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Penang.
Alhamdulillah aku bernasib baik dapat melihatnya dan merakamkan momen indah di hadapan deretan pokok-pokok Tekoma. Suamiku agak sporting melayan karenah aku dan Saffura yang mahu mengambil gambar pokok-pokok Tekoma.
3 lokasi menjadi pilihan kami untuk mendekati pohon Tekoma yang berwarna pink, putih dan kuning.
Gambar Lokasi 1 :
Lokasi ini betul-betul di tepi jalan, sesekali pemandu lori membunyikan hon kepada kami. Hairan kot melihat telatah kami.
Gambar Lokasi 2 :
Terletak agak jauh dari jalan raya, senang sikit kami bergambar di sini.
Kali ini pokok Tekoma berwarna kuning namun pokoknya lebih kecil saiznya. Bentuk bunga sama seperti yang berwarna putih dan pink. Kami temui pokok ini secara kebetulan, jauh dari laluan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan